Monday, 2 April 2007

sayonara jahiliyyah

"innal Islam wal jahiliyyah LA yajtami'an"
"sesungguhnya islam dan jahiliyah itu tidak bersatu"

alhamdulillah, masih diberi nikmat umur yang panjang untuk terus merangkak dan berlari di atas muka bumi Allah yang luas ini..

hurm.. selalu kita dengar, nikmat yang paling utama bagi setiap insan adalah nikmat iman dan islam.. tanpa iman dan islam dalam hidupnya, tidak lengkaplah dia sebagai seorang insan~

'ala kulli hal, jom selami satu hadith rasulullah:

" Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api" (riwayat al-Bukhari)

daripada hadith tersebut, dapat kita simpulkan bahawa kemanisan iman itu, hanya dicapai bilamana kita berikrar untuk tinggalkan kekufuran dan jahiliyyah dan sudah termaktub dalam fitrah hati itu sendiri, tidak boleh bersatu iman dan kufur.

firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 208,

" wahai orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"

daripada ayat al-quran ini, dapat kita rumuskan bahawa kita perlu membentuk diri dan kehidupan dengan manhaj Islam dan meninggalkan jahiliyyah secara total, di mana tiada percampuran antara Islam dan jahiliyyah.

hurm, panjang mukaddimah..

sebenarnya, tanpa kita sedari, dalam banyak-banyak tindak-tanduk yang kita lakukan, banyak terselit perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan ragu-ragu.. kita selalu ikut akhlak rakan-rakan yang x elok, menjadi teman rapat buat maksiat, selalu mengumpat, mengeji dan berbohong dan banyak lagi.. semua 2 sikap2 yang ada pada masyarakat jahiliyyah dan kita kena betulkan diri kita balik.. jadi, macam mana kita nak bergerak meninggalkan jahiliyyah yang ada dalam diri kita? jom kita cek, samada semua ni dah lengkap dalam diri kita..

Akidah yang sejahtera
kita kena berpegang bahawa tiada tuhan selain Allah, beramal dengan panduan al-Quran dan Sunnah dan inilah titik pemisahan utama dgn jahiliah, tapi kalau bila azan 2, kita lagi rela tunggu sampai habis cerita kat tv, cek balik, mase 2, kita utamakan sapa?

Ibadah yang sahih
setiap amalan yang kita lakukan mestilah ikhlas lillahi taala!
Fudhail ibn Iyadh: "orang yang paling baik amalan ialah yang paling ikhlas dan yang paling betul amalannya"
cbe cek, bile kite nak solat, hati kita kat allah atau dok pk byk lg keje x siap..

Akhlak yang murni
mencontohi akhlak Rasulullah dan ini lambang pemisahan mukmin dan jahiliyyah. dan sesungguhnya malu adalah semulia-mulia akhlak.
kite nak cegah mungkar, tapi dok sibuk mengumpat si fulan kat belakang.. cemane 2h?

Manhaj hidup yang lurus
cara hidup yang diamalkan mestilah berteraskan syariat, bila syariat mewajibkan pakai tudung, tanpa soal, kena pakai tudung, bila syariat mewajibkan tutup aurat dengan sempurna, kena tutup aurat dengan sempurna tanpa sengaja meringan-ringankan aurat..

Wala' (penolong) yang benar
  • wala kepada allah
bila kita susah, sape kita cari dulu? boyfriend? girlfriend? kekasih hati?
tepuk dada, tanya iman..
  • wala kepada rasul
siapa yang kita jadikan idol? siti nurhaliza? mawi? or sesape je?
sape mereka semua 2 kalo nak dibandingkan dgn nabi?
  • wala kepada mukminin
dalam urusan sehari-hari, kita lagi banyak minta pertolongan dari orang islam atau orang kafir? bila nak maju dalam bisnes, kite pk nak untung je tanpa kita sedari, kita bagi banyak sangat keuntungan pada orang kafir...

hurm.. alhamdulillah, tajuk sayonara jahiliyyah ni dapat dari daurah yang lepas, saje nak kongsikan dgn semua orang.. jadi, sama-sama insafi diri, cek-cek balik ade lagi x racun jahiliah dalam hati kite yang kotor ni?

dalam setiap perbuatan, kita nilai balik adakah membawa kepada keredhaan atau same je ngan sikap masyarakat jahiliyyah.. masyarakat yang jahil tentang agama dan sentiasa menidas insan lain..

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment