Friday, 6 June 2008

eid milad!!

tarikh keramat: enam jun sembilan belas lapan puluh lapan (060688)

alhamdulillah..

saat ini mungkin aku sedang berperang dengan kaLkULatOruS n boOkzz.. entry ni aku taip ketika persiapan ntok final exam. kire wat scheduled post..

sehingga ke saat ini, satu paper telah selamat aku jawab, paper management costing. insya-allah aku sudah berusaha bersungguh-sungguh dan itu menandakan aku akan hadapi hanya lagi satu paper, managing finance (paper fevret). doa-doakan aku!! takut dan mengharap~

alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan pada Ilahi yang masih membenarkan aku untuk terus hidup mengecap nikmat tertinggi, iaitu nikmat iman dan islam. tak dilupakan nikmat ukhuwwah.. juga nikmat quwwah.. dan segala nikmat yang lain.. tak terhitung semuanya! alhamdulillah..

seterusnya, jutaan terima kasih buat ummi, ummi, ummi dan abah yang membawa aku ke dunia ini.. segala teguran, nasihat dan pandangan yang menjadikan aku lebih matang..

usia 2o tahun..

huhu..

mungkin akal warasku dan hatiku kini masih tak dapat menerima kenyataan bahawa "im getting OLDER!!!" huhu..

tapi, hakikatnya, sepanjang usiaku 20 tahun ini.. begitu banyak perkara aku pelajari.. begitu banyak konflik yang aku hadapi dan begitu banyak peristiwa yang membuatkan aku semakin dewasa... dewasa ke aku? huhu..

kisah cinta dan persahabatan, kisah pertemuan dan perpisahan, kisah kejayaan dan kegagalan, kisah satu perjuangan, kisah cita-cita dan impian, kisah suka dan duka, kisah kesunyian dan kegembiraan.. semua itu warna-warni kehidupan..

aku teringat satu kata-kata dari seorang yang amat aku kasihi, dengannya aku masih berpegang dengan prinsip aku, lebih istimewa, ia adalah kata-kata ketika ulangtahun hari lahirku yang ke 18.

"khairun, satu persoalan yang akan ditanya di akhirat kelak adalah bagaimana kita menghabiskan masa remaja kita, maka jadilah rijal yang dekat dengan Allah, yang mana usia remajanya diisi agenda-agenda yang besar hingga jiwanya terbang tinggi jauh dari pautan nafsu dan duniawi."

masa remaja adalah satu percaturan yang AMAT besar bagi semua orang. di situlah stage yang menentukan level kematangan dibentuk, level akhlak dididik dan di situlah kita mengenal diri kita sendiri.

maka, saja ingin aku kongsikan sedikit khatirah yang insya-allah sama-sama kita muhasabah semula diri kita..

aku teringat tatkala musim awal aku melangkah ke alam universiti. memang berbeza. segalanya berbeza. lalu aku sering membuat perbandingan antara dua alam yang berbeza, alam sekolah (hira') dan alam universiti (uitm).

dan seringkali itulah aku mengadu dan menyesali bahkan kadang-kadang bagaikan tidak mensyukuri langsung aku ditakdirkan berada di situ!! astaghfirullah.. betapa hebat goyahan iman tatkala hidup dalam suasana totally 100% berbeza dari alam persekolahan.. tak de tazkirah, kuliah maghrib, iftar jamaie.. qiyamullail jamaie.. ma'thurat jamaie.. bahkan solat jemaah!! semuanya harus dilakukan secara fardi.

tambahan pula pelajar course yang aku ambil.. hakikatnya, hanya tiga lima orang yang memakai hijab secara LENGKAP!! syukur.. pelajar lelaki pula usah dikira, boleh dikira dengan jari siapa yang solat lima waktu!!! bahkan ada yang hanya solat seminggu sekali (solat jumaat) bukan aku menuduh, mereka sendiri mengaku!! (aku cuma cuba memberi gambaran jelas keadaan aku masa tu.. bukan mengaibkan insan2 tertentu.. tapi ini hanyalah pandangan random.. boys yang baik pun ade jugak.. =D)

bayangkan suasana aku pada ketika itu..kecamuk..~

lalu dalam mendung yang tak sudah, Allah beri kan hujan pula~

duduk satu bilik dengan sahabat yang tak ada basic agama, batas aurat yang tak dijaga, solat pun on off, aku mengenali satu persatu peribadi manusia beraneka jenis..

seburuk2 rupa manusia pada pandangan manusia, ada kebaikan Allah sudah beri pada mereka, lalu aku melihat sudut kebaikan pada diri mereka... cuba husnud zon.. masa tu memang keyakinan nak teruskan hidup di uitm tahap 0.0001.. memang "down" habis la~

pada mulanya payah nak bergaul, cakap asek nak speeking.. tapi bersyukur jugak mereka ni menerima dengan baik kehadiran aku yang "amat berbeza" dengan mereka.. penerimaan luar jangkaan..

"kalau Allah nak bagi hidayah kat seseorang tu, tak kire cemane, die tetap akan dapat hidayah!!"

satu hari, berlaku peristiwa yang membuatkan aku amat terharu bilamana aku sedang bersiap2 nak solat maghrib, salah seorang dari mereka berkata:

"khairun, jom jemaah?"

malunya aku kerana mereka yang memulakan ajakan untuk berjemaah.. insafi betapa lemahnya aku dalam mengajak kepada kebaikan.. =(

lalu, saban hari solat kami berjemaah, lalu dilanjutkan dengan tazkirah semasa menunggu isyak dan alhamdulillah, akhirnya kami berjaya membuat halaqah al-qur'an sendiri.. hebatnya mereka!!! hanya sedetik hidayah sudah berubah!! aku juga yang lemah~

dan alhamdulillah, dunia aku kembali ceria.. hidup bersama mereka.. dan aku tak rasa rugi langsung hidup dengan mereka.. walau mereka ada kekurangan, kita sendiri pon ada kekurangan, kan?

sebenarnya, tak kisah dengan siapa yang kita bergaul, semua tu terpulang pada diri sendiri macam mana nak bawa diri.. dengan orang kafir(zimmi) ke, dengan penagih dadah ke, dengan rockers ke, dengan mat rempit ke, dengan sesape je.. janji 'izzah(bangga) kita pada Islam mestilah tinggi baru derg akan syok kawan ngan kte..

itu kisah aku dengan mereka yang kurang pengetahuan agama~ seronok hidup dengan mereka...

"we hardly appreciate valuable things until we almost loosing it"

lalu apa yang paling patut kita syukuri adalah Allah masih memelihara iman kita. betapa aku insafi lemahnya aku walau aku di kalangan insan yang ditarbiah.. insya-allah..

susahkan berenang melawan arus? lenguh tangan dan kaki..

doakan aku tetap kuat berenang melawan arus ini..

so, sepanjang tempoh remaja yang Allah kurniakan ini, aku pelajari berzilion perkara mengenai bagaimana perasaan jika HIDAYAH itu kita yang cari.

maka, sedikit nasihat ingin dikongsikan, satu nasihat yang pernah diberi kepadaku dulu.. kepada adik2 yang bakal memasuki alam universiti, jangan takut menghadapi masyarakat sekeliling.. dan jangan biarkan suasana yang mencorak peribadi kita, tapi biarlah peribadi kita yang ditarbiah ini yang merubah suasana sekeliling kita.. aku bukanlah yang terbaik, cuba perbetul diri jua..

semua tu payah.. tapi manis..

semoga Allah tetap memelihara iman kita semua.. doakan aku!!

selamat hari lahir, khairun!! da tua da =D

No comments:

Post a Comment