Salam alaikum
Masya-Allah.. dah berhabuk.. bersawang-sawang lagi tuh.. dah lama tak menjenguk nih..
Alhamdulillah.. syukur zillion kalinya ke hadrat Allah pemegang hati-hati manusia, pentadbir seluruh alam dan pemberi rahmah dan hidayah..!! syukur kepada Tuhan sekalian manusia..
Fabiayyi aala i rabbikuma tukazzibaan!!
Maka nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan!!?
Masya-allah.. salam kepada semua warga maya.. semoga kita sama-sama dalam jalan yang lurus.. jalan mereka yang Allah kurniakan nikmat.. bukan jalan mereka yang dimurkai.. bukan jalan mereka yang sesat.. insya-allah..
Semoga kita semua tidak hanyut di lambung ombak kesibukan duniawi.. kesibukan menuntut ilmu.. kesibukan mencari harta.. kesibukan kerja-kerja harian yang tak pernah putus-putus.. semoga urusan kita tetap tersusun awlawiyatnya dan semoga dunia ini tak menjadi beban dalam mencari matlamat akhir kita.. akhirat yang pasti akan datang..
Alhamdulillah khamis yang lepas hingga ahad yang lalu Allah masih memilih ana untuk mengikuti mukhayyam pembina nasional di kuala kangsar perak. tema mukhayyam kami adalah UKHUWWAH. "menyemai ukhuwwah, menuntut amal dan melakar sejarah!!"
Walau berbeza asal-usul, latar belakang, loghat yang berbeza dan pekerjaan yang pelbagai.. kami berkumpul di bawah satu naungan kasih sayang bertemakan dakwah. Masya-allah.. pastinya mukhayyam ini tak akan sama dengan mukhayyam yang lain. Kerana ana terlalu merindukan biah solehah.. biah yang menjaga dan terjaga. mahal dengan harga pengorbanan dan wangi seperti di syurga!!
Alangkah seronoknya bertukar gossip-gosip hangat sesama akhawat akan mehnah dan tribulasi dalam jalan yang sukar ini.. saling mengingat dan menguatkan antara sesama akhawat walau pertemuan hanya 3 hari 3 malam.
Bagai seorang Ghulam yang setiap hari bertemu rahib dan tukang sihir bergilir-gilir.. pastinya pertemuan dengan rahib lebih dinanti-nantikan..
[mesyuarat khemah biru]
Khemah kami berwarna biru. Hanya kami bertiga di dalamnya. Khemah biru yang kecil itu terlalu besar buat kami. Kami: ana, kak aiman dan kak izzati. Pastinya selalunya ana jugalah yang paling muda.
Kak izzati baru mendirikan baitul muslim tiga minggu yang lalu. Merah inai di jari bertatahkan tiga bentuk cincin menyerlahkan seri pengantin barunya. Lalu dia selalu menjadi bahan gossip hangat kami. Gossip hangat "baitul Muslim".
ana hanya sekadar pemerhati. Selalunya kak aiman pasti mencelah dengan pelbagai cerita dan gosip2 hangat. Kami bermusyawarah mengenai baitul muslim. Selalu ana dengar kisah baitul muslim. Biasanya baitul muslim pasti dikaitkan dengan tuntutan dakwah. Bahkan kawan ana ada juga yang mendirikan baitul muslim kerana tuntutan dakwah.
ana menjadi tertarik bila kak aiman menceritakan kisah sekeping hati.
"kita semua ada sekeping hati. Andai kata kita jatuh cinta pada seorang lelaki, kita akan menyerahkan separuh hati kita padanya. Andai tak bersambut, hiduplah kita dengan separuh hati sahaja. Lalu ditakdirkan kita diuji lagi. Mungkin lelaki yang berbeza, lalu kita serahkan separuh hati kita padanya dan hiduplah kita dengan suku hati. Andai kata ia berulang-ulang, lalu saiz hati kita akan semakin mengecil. Lalu Allah takdirkan kita bertemu Ikhwah yang soleh dan mendirikan baitul muslim, sanggupkah kita menyerahkan sisa-sisa hati yang masih berbaki padanya?"
"bersabar dan menjaga diri malah selalulah berdoa agar dapat kita berikan sepenuh hati kita pada suami kita, bukan separuh-separuh atau suku-suku.."
Kak izzati pula tak lupa berpesan pada kami:
"cuba muhasabah balik.. kita ni boleh ke menjadi sayap kiri terbaik buat zauj kita. Takut juga kita yang menjadi isteri yang melalaikan rijal dakwah dan urusannya. Ada ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat, menjadi mangsa bebelan jika pulang usrah lewat malam. Sanggup ke kita ni ditinggalkan berbatu-batu selama berbulan-bulan hanya semata-mata tuntutan dakwah?"
Persoalan ini dah berjuta kalinya mengetuk gegendang telinga ini. Tapi mungkin ana sering saja buat tak endah. Belum sampai masa, mungkin. Otomatik alasan tercipta. Bahkan terlalu banyak persediaan perlu diselesaikan sebelum bersedia sepenuhnya. Urusan jiwa, iman, fizikal dan mental mesti settle dulu.. semoga hadirnya kita dalam suasana baitul Muslim itu sebagai pembantu dan pendokong bagi rijal itu, bukan lagi perlu dididik dari awal, supaya masa yang ada tak tersia-sia baginya dan boleh ditumpukan dalam pembentukan rijal lain.
Sayap kiri..
Seekor burung pastinya cacat jika sebelah sayapnya patah. Bukan sahaja tidak boleh terbang malah kesakitan akibat patahnya sayap itu pasti merisaukan hati kecil burung itu.
Hurm.. bolehkan kita menjadi sayap kiri yang kuat baginya? Mungkinkah? Hurm..
Pastinya anda kePELIKan dengan isu yang ana utarakan secara tiba-tiba setelah lama menyepi, boleh jadi sebagai galakan, boleh jadi sebagai perkongsian dan boleh jadi satu perancangan.. hehe.. erm.. ala kulli hal, setiap permulaan amalan ada niatnya.. betul tak.. bergantung pada niat la…
Jadi, seruan kepada akhawat2.. ayuh persiapkan diri mulai sekarang!! Jangan hanyut dengan dunia couple, teman tapi mesra atau seumpama dengannya.. pasti ada ikhwah yang soleh hadir dengan lamaran kerana iman.. amiin.. insya-allah..
No comments:
Post a Comment