Tuesday, 2 September 2008

maaf.. saya berpuasa..

bismillah..

Ya Allah, ampunkanlah kami andai kami tersalah atau kami terlupa..

Ramadhan memunculkan diri lagi.. dan Ramadhan kali ni takkan sama dengan Ramadhan yang sudah berlalu...

apa yang membuatkan diri ini begitu bersyukur masih berpeluang mendidik diri dalam bulan tarbiah ini, adalah nyawa yang masih Allah pinjamkan.. yang membuatkan ana terus memperbaiki diri.. biar apa orang nak kata..

begitu berharganya nyawa ni.. kita dapat rasakan bila kematian itu bagai menjemput2 kita.. andai kata ana hilang nyawa pinjaman Allah tika dalam kemalangan yang lalu.. tiadalah ana untuk menaip keyboard ni.. tiadalah ana untuk merasa pahala yang berlipat ganda.. andai diberi pilihan, mahu rasanya nyawa ini dicabut tatkala iman berada di tahap tertinggi..

manusia berubah.. setiap masa manusia berubah.. jangan tipu andai kata manusia ni tak berubah langsung..

dan syukurnya andai perubahan itu didorong iman dan keyakinan yang mendalam.. bukan kerana manusia.. kerana manusia itu akan mati.. tapi biarlah kerana Tuhan, kerana Dia tak akan mati.. usah paksa diri untuk hidup di takuk lama andai hidayah itu cerah di hadapan mata. usah paksa diri untuk tidak memperbaiki diri jika takut dicerca manusia.. kenapa takut dikata hipokrit jika berubah kepada yang lebih baik? sedangkan hipokritlah kita jika kita sendiri menafikan perubahan diri kita kerana takut dikata manusia hipokrit.

kita milik Allah.. jiwa kita milik Allah.. mereka juga milik Allah.. buku amalan kita milik diri sendiri.. pahala dan dosa ditanggung sendiri..

apa salahnya akur pada naluri fitrah?

bukankah kebaikan itu yang dicintai manusia..
mungkin ada manusia yang bertepuk tangan melihat kemungkaran.. tapi itukah kita?
nauzzubillah..

betapa Ramadhan amat di nanti2..
kerana jiwa yang kotor ini bisa aku cloroxkan..
kerana hati yang gelap ini bisa aku suluhkan..
kerana lidah yang mudah berkata-kata ini bisa aku diamkan dari yang lagha..
kerana mata yang bisa melihat ini dapat aku tundukkan..
kerana tangan yang dapat memegang ini bisa aku guna di jalan yang ma'ruf..
kerana kaki yang bisa melangkah ini bisa aku halakan ke jalan yang diredhai..
kerana harta yang dikurnia bisa aku labur untuk sahamku di sana..

kerana aku, Khairunnisa.. akan berusaha untuk jadi lebih baik dari yang semalam.. dan insya-allah, menjadi yang terbaik.. amiin..

Ramadhan Kariim..
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api nerakaMu..

salam mujahadah.. kembalilah kepada fitrah..
wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment