Monday, 12 January 2009

air dicincang takkan putus..

"inna mal mukminuna ikhwah" -al-qur'an

"air dicincang takkan putus" -peribahasa

masih banyak lagi potongan ayat al-qur'an, hadith, kata-kata hukamak dan sebagainya yang menerangkan erti persaudaraan.. tapi, percayalah.. persaudaraan yang dibina atas kalimah Allah saja yang akan bertahan hingga akhir hembusan nafas.

mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, hanya ketika sama-sama membincangkan bagaimana menegakkan kalimah Allah.. hubungan yang dibina, diikat dan disatukan seperti Ansar dan Muhajirin, dua jiwa berbeza yang menjadi satu.. itulah dikatakan Ukhwah Fillah..
saya sudah lama ingin mencoret perihal persahabatan dan persaudaraan, tapi masih tak mendapat contoh terbaik.. alhamdulillah.. kelmarin, sabtu, 10 jan sempat saya berkonvoi 4 kereta dengan saudara-saudara dari Uitm, menuju ke:

"Rapat Umum: Selamatkan Gaza"
di Stadium Shah Alam.

yang dianjurkan oleh Aman Palestin dengan kerjasama ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
kami mendapat tahu program ini dengan "short notice" kira-kira 3 hari sebelum program bermula. bayangkanlah bagaimana untuk menghimpunkan manusia dalam masa yang sangat singkat. poster 1000 keping untuk ditampal di sekitar shah alam juga diterima pada sehari sebelum program bermula.

dengan kekuatan yang sangat terdesak dan sedikit, kami berempat bertungkus lumus cuba membantu agar program ini berjaya.

"intansurullaha yansurkum"

itu janji Allah. walau sedikit, kami saling menguatkan "siapa yang benar, Allah akan tolong taw..." seorang sahabat mengingatkan... lalu bekerjalah kami menampal2 di setiap sudut yang boleh dicapai.. pernah seorang bertanya: "ramai ke yang datang?" lalu dijawab.. "Allah tak tengok hasil, tapi Allah kira apa yang kita dah usahakan.. kita buat je yang termampu.. Allah tengah tengok tu.."

dengan tidur yang tak berapa lena, selepas bersarapan ala kadar, seawal 7.30 pagi kami sudah bersiap mengangkut adik-adik di IPT2 ke program (program bermula 9 pagi).. alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar..

itulah harga kemanisan UKHWAH (IKATAN) yang dibina hanya kerana KERJA untuk ALLAH. tiada gaji, tiada elaun, hanya Infaq menjadi SAHAM di akhirat.. insya-allah.. amiin3x..

itulah UKHUWAH FISABILILLAH..

alhamdulillah, dengan kehadiran 10000 umat islam seluruh Malaysia berkumpul di situ bagi menyatakan kutukan terhadap YAHUDI PENGECUT

dan membakar jiwa dengan semangat "UMAT ISLAM ITU SATU"

yang uniknya,
wakil2 politik negara, NGO-NGO dan wakil2 IPT berkumpul, mengenepikan fahaman masing-masing, berkongsi satu perasaan yang sama...

itulah dikatakan "air dicincang takkan putus" bila antara setiap manusia itu diikat atas nama "La Ilaha ILLALLAH", kita semua bagai adik beradik yang menuntut bela atas saudara kita yang dibuli..

benarlah janji Allah, "Setiap MUSLIM itu BERSAUDARA"

saja saya ingin sisipkan beberapa komen pada program tersebut:

"ini adalah perhimpunan yang sangat berbeza, saya tak pernah lihat perhimpunan aman yang mengasingkan lelaki dan perempuan" -pihak media

"Semangat yang dibakar bukanlah kerana untuk mengutip derma semata-mata, tapi lebih kepada memahamkan umat Islam siapa musuh, siapa saudara kita.. maka, program ini berjaya memberi kefahaman yang jelas sekaligus mengutip dana yang besar atas dasar kefahaman, bukan desakan semata-mata." -wakil IPT

"kemenangan bagi Umat Islam datang dari Allah, jika pihak sana BENAR dalam menegakkan kalimah Allah, maka Pertolongan Allah akan datang... kita di sini pula, haruslah bekerja untuk agama Allah, supaya Allah tetap memberi pertolongan kepada kita, selagi kita BENAR dalam janji kita" -ustaz

satu pertanyaan dari seorang kawan:
"mana datang kekuatan belia yang sangat ramai ni? dari persatuan mana ye?"

jawapan: itulah hasil tarbiah yang mengikut 100% manhaj Rasulullah.. insya-allah..

apa pilihan yang kita ada?

wallahua'lam...

2 comments:

  1. salam'alayk .


    (^*,)

    rasa sgt best masa kat rapat umum tu . grateful to allah .

    allahu ma'ak , ya ukhti !
    teruskan juhud ~

    ReplyDelete
  2. wsalam..

    rasa sangat "ISTIMEWA"

    allahu ma'ana.. insya-allah..

    amiin..

    ReplyDelete