Monday, 26 January 2009

BOIKOT=satu solusi? atau rugi?

bismillah..

saya terpanggil untuk menulis tentang boikot barangan US dan Israel: satu solusi atau merugikan diri... pelbagai reaksi saya saksikan.. ada yang sangat bersemangat memboikot.. ada yang boikot separuh-separuh.. ada yang boikot time perang je, bila dah aman nanti, belilah balik~

adui.. parah melihat reaksi yang pelbagai..

saya memberi contoh: di seksyen 3, ada sebuah francais McD. contoh terdekat yang saya ada.

seorang sahabat memberitahu, McD seksyen 3 menghadapi penurunan 90% dari jualan bulanan mereka, jika biasanya mereka dapat mengutip jualan RM100 000++ sebulan, kini, hanya RM10 000++ yang dapat dikutip. Allahu Akbar!!!

saya tak pasti kebenaran berita itu, tapi jika benar, bukankah ia membuktikan boikot adalah satu usaha yang BERKESAN?

saya ceritakan pada kawan saya yang pernah menjadi pelanggan tetap di McD, dia sendiri menjawab dah tak pegi situ sejak sebulan yang lalu..

jika anda masih rasa rugi sebab tak makan aiskrim McD, Prosperity Burger dan segalanya.. ketahuilah, anda adalah penyumbang utama bom fosforus pada Umat Islam yang Fakir di Palestin...

satu lagi reaksi kelakar: seorang sahabat bertakbir melihat IKLAN McD di akhbar...

kenapa?
jika sesebuah syarikat yang menghadapi KRISIS PADA JUALANnya, mereka akan menyebarkan iklan agar produk mereka mendapat perhatian semula..

maka: jika US atau Israel mempromosikan barangan mereka, ia menandakan MEREKA TERDESAK mahukan wang!!!

jadi.. teruskan boikot!! itu senjata rahsia kita~

No comments:

Post a Comment