Saturday, 15 August 2009

Impian Al-Faruq

"Umar. Umar al-Khattab."
"kenapa pulak?"

"sebab dia special."

tak semua benda yang kita rasa dapat dicerita. Kagum, hormat, respek, ta'jub tu datang sendiri. ketokohan sahabat Rasulullah yang memang tak dapat ditandingi manusia zaman sekarang. alangkah bertuah hidup di bawah tarbiah direct dari Rasulullah dan wahyu Allah.

sebab tu cemburu dengan Umar. Hatinya yang keras hanya dapat dilembutkan dengan lantunan ayat suci Al-Qur'an. sekarang, ayat-ayat cinta dari Allah tu kerap dialunkan di corong2 suara. cuma "zuqq"nya tu macam dah hilang. peliharalah kami Ya Allah.

Sangat protective. sangat menjaga keselamatan Rasulullah dan sangat mencintai kekasih Allah itu. Hinggakan tiba berita wafatnya Rasulullah, bagai tak dapat mempercayai walau sekelumit hingga sanggup menghunus pedang bagi sesiapa yang menyebarkan berita yang baginya "palsu".

Semangat Umar dalam meninggikan kalimah Allah sangat aneh. macam tak penat langsung, bekerja dan menguruskan kebajikan rakyat ketika zaman Khalifahnya. Rakyat didahulukan, Syariat Allah diutamakan. Hebat. bukan mudah nak menjaga rakyat yang ramai, malah tak dilupakan meluaskan empayar Islam. dan kegigihannya dicontohi para tabiin yang meneruskan tugasnya hingga Islam menguasai 2/3 dari dunia.

satu hari yang indah...

Umar r.a berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Impikanlah!! Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu 'Ubaidah al-Jarrah, Mu'adz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah."

Abu 'Ubaidah al-Jarrah: Orang yang mendapat gelaran "kepercayaan ummat Muhammad”

Dalam musyawarah pemilihan Khalifah yang pertama (Yaumu s-saqifah), ‘Umar bin Khaththab mengulurkan tangannya kepadà Abu ‘Ubaidah seraya berkata, “Saya memilih Anda dan bersumpah setia dengan Anda. Karena saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:. “Sesungguhnya tiap-tiap ummat mempunyai orang dipercayai. Orang yang paling dipercaya dari ummat ini adalah Anda (Abu ‘Ubaidah).” Jawab Abu ‘Ubaidah, “Saya tidak mau mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita shalat sewaktu beliau hidup (Abu Bakar). walaupun sekarang beliau telah wafat, marilah kita imamkan juga dia.” Akhirnya mereka sepakat memilih Abu Bakar menjadi Khalifah Pertama, sedangkan Abu ‘Ubaidah menjadi penasihat dan pembantu utama bagi Khalifah.

Mu'adz bin Jabal: Mu'adz adalah pemimpin ulama yang paling depan.

seorang sahabat nabi yang memiliki banyak keutamaan, beliau termasuk salah satu orang yang mengumpulkan Al-Qur'an di zaman Rasulullah, salah satu yang pernah memberi fatwa di zaman Nabi.

Kecemerlangan Mu'adz diakui oleh ramai orang, Kecemerlangan inilah yang menjadikan Rasulullah memuji Mu'adz:

"Umatku yang paling tahu akan yang halal dan yang haram ialah Mu'adz bin Jabal."

Salim Maula Huzaifah: terkenal sebagai di antara 7 ulama' Madinah.

Pada suatu hari, Rasulullah saw berpesan kpd para sahabat dgn sabda baginda bermaksud, "Ambillah oleh kamu al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah bi Mas'ud, Salim Maula Abu Huzaifah, Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal."

Salim Maula Abu Huzaifah ra pada mulanya hanya seorang hamba. Kemudian dia diambil sebagai anak angkat oleh seorang pemimpin Islam terkemuka bernama Abu Huzaifah bin 'Utbah ra. Apabila Islam menghapuskan tradisi menasabkan anak angkat kepada bapa angkatnya, Abu Huzaifah menjadikan Salim saudara dan maulanya (hamba yang telah dimerdekakan)

Dengan kurnia dan nikmat Allah swt, Dalim mencapai kedudukan yg tinggi dan terhormat di kalangan orang-orang Islam. Dia berjiwa besar, berakhlak mulia dan memiliki taqwa yang tinggi. Salim menjadi imam bagi org2 yg berhijrah dari Makkah ke Madinah pada setiap kali mereka solat di masjid Quba'. Dia menjadi tempat bertanya mengenai Kitabullah hingga Rasulullah saw memerintahkan para sahabat belajar darinya.

Rasulullah saw juga pernah bersabda kepadanya, "Segala puji bagi Allah yg menjadikan dalam golonganku seorang seperti kamu."

Pada Salim terhimpun keutamaan2 yg terdapat dalam Islam. Kelebihannya yg paling menonjol ialah dia mampu mengemukakan apa yang dianggapnya benar secara terus terang. Ini terbukti dlm peristiwa selepas pembukaan Makkah di mana Rasulullah saw menghantar beberapa rombongan ke kampung2 di sekitar Makkah utk berdakwah, bukan utk berperang. Salah satu pasukan tersebut dikepalai oleh Khalid bi Al-Walid ra. Di kalangan anak buahnya ialah Salim Maula Abu Huzaifah ra.

Semasa beroperasi, terjadilah suatu peristiwa yg menyebabkan Khalid terpaksa menggunakan senjata dan menumpahkan darah. Salim membantah keras tindakan Khalid itu. Walaupun Khalid seorang bangsawan Makkah dan Salim pula dahulunya hanya seorang hamba, dia tidak pernah merasa rendah diri kerana Islam telah menyamatarafkan mereka! Dia juga tidak menganggap Khalid sbg seorang panglima yang kesalahannya harus dibiarkan begitu saja, tetapi baginya Khalid adalah rakan kongsi dlm kewajipan dan tanggungjawab! Dia tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi, bahkan dia hanya melaksanakan peranan nasihat menasihati yg dianjurkan oleh Islam.

Rasa tidak senang Rasulullah saw atas peristiwa yg berlaku reda bila diberitahu bahawa ada org yg menegur kesalahan Khalid iaitu Salim Maula Abu Huzaifah.


'Umar bin al-Khattab ra berkata, "Andai Salim masih hidup, pasti dialah yang akan menggantikanku."

Generasi RIJAL yang dibanggakan.
"Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu 'Ubaidah al-Jarrah, Mu'adz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah."

walau cemburu dengan Umar, masih ada peluang untuk jadi seperti RIJAL yang diimpikan Umar. walau ada keraguan akan kemampuan diri, semangat dan usaha perlu berterusan, hingga mampu untuk sama-sama bergerak dengan yang lain bagi meninggikan kalimah ALLAH.

Insya-ALLAH. Nak jadi RIJAL..

"Ayanqusud Din wa Ana Hayy?"
Apakah agama ISLAM itu mundur sedang aku hidup?

No comments:

Post a Comment