Tuesday, 3 November 2009

bila dasarnya aqidah dan....... dakwah.


pengantin lama dan dot dot dot... hikhik..


Salam... ini dia..! he..

asif lambat update entry ni, buat akhawat sak yang tak dapat hadir sama ke majlis ni.. Majlis Walimah Anak-anak Ustaz Halim : Uswah Hasanah dan Shuhaib Ar-Rumy, Khairah dan Qamarul Naim.

hari yang sangat cerah di serabutkan dengan keputusan 2 awlawiyat: antara akhwat yang nak kemas rumah sewa (pindah terus) dan ukhti yang dah lama tak jumpa... mungkin 4 tahun lagi baru jumpa semula.

oleh kerana janji nak kemas rumah dalam pukul 10 pagi, dengan pujuk rayu saidatunnisa yang beria nak pergi ke walimah puan Uswah dan Puan Khairah, kami bertolak agak awal hari itu, seawal 8.30 pagi dari Shah Alam menuju ke Seremban. Sempat sesat kejap kat bandar Seremban dan tumpangkan abe Bangladesh (penunjuk jalan ke KTM), kami pick up Sakinah dari KTM Seremban....

Terus ikut sketch peta ayah Nisa, alhamdulillah, selamat mencemar duli ke Kenduri Anak-Anak Ustaz Halim dalam pukul 11 pg lebih.. comel je, sepanjang jalan, nampak banner "Kenduri Anak-Anak Ustaz Halim"... kan biasanya orang letak nama pengantin.. huhu...

sesampai saja kami di situ, call Khairah suruh jemput ktorang kat luar tapi Uswah yang angkat... apelagi... ternaik suara satu oktaf! hehe.. kanak-kanak..

Last-last masuk juga, jumpa Puan Uswah yang berseri-seri depan pintu, kononnya nak nangis tapi tak jadi... hehe.. sebabnya:

"Uswah, mana Yahya.. tak sabar dah ni nak dukung.."
"Alamak... dah lupa letak kat mana..."

aduhaila.. mungkin dia tengah serabut banyak benda nak fikir kot..

So, duduklah kitorang tengok orang-orang merewang dan sempat juga mencemar duli ke bilik pengantin, Puan Khairah... sangat sederhana... suka!

mungkin sesetengah orang beranggapan bila dah kahwin, mungkin banyak bezanya.. berisilah... nampak matanglah.. etc... tapi seronok je tengok teman yang tak lekang senyumnya ni, sama je macam kat sekolah dulu, cuma manisnya lebih sikitlah... ibu muda katakan..

so, datang awal, balik pun awal.. balik sufi askari terus sebab kena gotong royong kemas rumah pulak.. urm, ya, lupa nak cakap, kami dah tak duduk sufi askari lagi kerana beberapa masalah yang perlu dielakkan.. tapi, semangat sufi askari tu tetap ada.. insya-Allah..

cerita akad nikah uswah boleh rujuk post2 sebelum ni..

alhamdulillah, trial exam tadi dah habis... minggu depan klas macam biasa, sebulan lagi baru final.. petang ni nak balik rumah, tunaikan hak keluarga pula...

Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment