Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
dengan sepenuh kerendahan hati, aku memohon agar detik-detik yang telah kulalui di medan ini menambah rasa cinta pada JALAN MENUJU ILAHI, aku memohon segala kesalahan dan kekurangan sepanjang tempoh ini dikurniakan pengampunan dariMU..
Oh Tuhan, jiwa-jiwa itu milikmu dan di dalam genggamanmu. hanya Engkau Maha Arif apa adanya di setiap hati-hati kami. lalu aku memohon, janganlah Kau tunjuki kami jalan selain jalan yang membawa kami DEKAT PADAMU...
amiin...
ALHAMDULILLAH!
dan akhirnya.. aku berlepas diri dari salah satu amanah di dunia ini. seberat-berat perkara adalah AMANAH.. dan perkara yang paling aku takuti adalah persoalan terhadap amanah yang dipikulkan.
dan akhirnya... kalimah PRESIDEN itu lucut dari namaku. Surah Qasas:60..
"And whatsoever ye have been given is a comfort of the life of the world and an ornament thereof; and that which Allah hath is better and more lasting. Have ye then no sense?"
"Dan apa jua (harta benda, pangkat dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"
*******************************************************************************
rahsia yang tersimpan kukuh..
setelah sekian kali..
bukan tak sengaja aku rahsiakan, sebab beberapa perkara perlu dirahsiakan. kerana itu maaf, buat kesekian kalinya, aku terpaksa merahsiakan perkara ini. dan niatku bukan untuk menyakitkan kamu tetapi untuk menjagaku.. bukan kamu seorang yang mendapat tempiasnya, bahkan semua orang. kawan-kawan sekolahku, teman sebilikku, teman sekuliahku kecuali orang-orang yang tahu bukan dari mulutku sendiri. dan niatku juga untuk mengkhabarkan perkara ini setelah semuanya berakhir... dan berbaik sangka adalah yang terbaik..
tujuan aku menulis perkara ini adalah untuk menjadi bukti bahawa hutangku kepada Tuhanku masih ada yang perlu dilangsaikan, juga sebagai peringatan buat diriku yang mudah lupa, bahkan untuk kukongsikan dengan orang-orang terdekat denganku.. juga sebagai nasihat buat kepimpinan seterusnya...
segalanya bermula dengan deraian air mata keinsafan. 2 tahun lalu..
malam-malam yang berlalu menjadi saksi insan yang berteleku seorang diri. amanah yang baru terpikul diinsafi kesekian kalinya.. sejak di bangku sekolah, aku diajar untuk merasa insaf di atas amanah yang dipertanggungjawabkan.. bahkan ada di antara kami yang menangis kerana takut dengan amanah.. terima kasih buat teman di Hira'.. lalu, persoalan demi persoalan mengetuk hati..
mampukah aku?
apakah niatku?
inikah jalannya?
adakah aku akan menzalimi sesiapa?
apa yang mahu kubawa?
apakah haluannya?
apakah yang kuharapkan?
dan sepanjang tempoh itu, semua persoalan ini terjawab. bagiku, memikul amanah bagaikan meletak hujung pisau tepat ke arah jantung. dan aku serius memikulnya.. namun, aku bukanlah manusia yang sempurna. masih ada cacat celanya...
meletakkan niat yang betul adalah akar kepada setiap tindak tanduk kita. jika niat kita untuk menjadi terkenal atau disanjungi manusia, itulah yang akan kita perolehi tanpa kurang atau lebih walau sedikitpun..
aku bersyukur diberi peluang untuk hidup bersama mereka, mengenali manusia dan memahami setiap mereka. dan inilah yang mematangkan diri... kerana mereka aku cuba menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.. demi mencari redha Allah semata..
aku berterima kasih pada insan-insan yang sangat bermakna dalam episod hidup kali ini. setahun bersama mereka mengenalkan aku pada pelbagai jenis manusia, kelemahannya dan juga kekuatannya.
aku berterima kasih pada insan-insan yang sangat bermakna dalam episod hidup kali ini. setahun bersama mereka mengenalkan aku pada pelbagai jenis manusia, kelemahannya dan juga kekuatannya.
aku juga manusia biasa, seorang pelajar biasa yang cuba untuk melakukan sesuatu luar biasa bagi mencabar kemampuan diri. dan manusia ini penuh dengan semangat yang berkobar-kobar.. juga perfectionist (bak kata seseorang) - maksudnya memastikan setiap perkara berjalan dengan baik...
tapi, aku teringat pesan seorang murabbi.. "kalau nak cabar kemampuan diri, biarlah pada tempatnya, saluran yang betul dan adab yang betul".. cuba fikir-fikirkan...
sebenarnya, di sepanjang tempoh itu, kerap persoalan ini timbul:
"siapa harus aku jadikan role model untukku jejaki langkahnya dalam memimpin manusia yang pelbagai ragamnya..."
ada di antara kita mula menyebut satu persatu nama yang terkenal sebagai role modelnya, malah kehebatan setiap idolanya.. dan aku juga sama...
Rasulullah s.a.w: contoh terbaik untuk diikuti jika aku dalam situasi hilang sabar, tertekan, kerja yang bertimbun dan menunjukkan contoh terbaik..
Abu Bakar r.a: aku mengagumi teladannya dalam hal ehwal hubungan sesama manusia..
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna: semangat seorang rijal yang membakar hingga ke hujung hayatnya..
As-Syahid Muhannad at-Tahir: jiwa yang sungguh merindukan syahid. dan perasaan bangganya beliau dengan Islam yang dimiliki.
dan ramai lagi...
Subhanallah.. hebat sungguh mereka. dicontohi manusia seantero zaman, dan mereka juga pernah menjadi pemimpin.
lalu bentuk pemimpin apakah aku? manusia yang melihat saja boleh mengadilinya..
aku ingin berterima kasih buat teman seperjuangan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, yang sangat berdedikasi:
Acap & Azira: terima kasih kerana beri kepercayaan yang tak berbelah bagi..
Amirul: idea-idea yang bernas yang dilontarkan dan bantu k nisa melancarkan tugas yang bertimbun..
Syafiq: tiada secretary yang mampu menggantikan awak!
Tim: penjaga harta yang amanah! awak membuktikan yang awak adalah treasurer yang terbaik!
Kak Hajar dan Hani: bersama kita bergerak bagi meneruskan kerja kita yang takkan habis.. sampai akhirat.. exco Kerohanian yang paling disayangi..
Amalina: You're given a great brain! Love your job!
Aina: Thanks sebab sentiasa memastikan bilik gerakan sentiasa kemas lepas k nisa sepahkan..
Farhana: There's a lot job to do!! hehe..
Khalilah: Great to have you with us! amik gamba k nisa banyak2 ye..
Izani: U are the best la, man! U prove me u r right~
Arfifi: A Leader doesn't need a follower, yet he has one.... himself.
juga tak ketinggalan,
SMF Puncak: walaupun jarak memisahkan, percayalah, k nisa sayang Puncak juga.. cuma tak terzahirkan saja..
aku juga ingin berterima kasih kepada teman-teman di dalam PEMBINA, yang menyokong dan menasihati aku dalam setiap gerak geri agar sentiasa tabah dan thabat.. memahami tugas dan keperluanku.
juga memohon maaf pada semua dan halalkan makan minum ya..
kalau ada hutang tak terlangsai, boleh tuntut ya.. Insya-Allah..
segala kebaikan itu datangnya dari Allah.. Astaghfirullahal Aziim..
Terima kasih semua... kenangan yang indah..
P/s: Selalu nak cerita pengalaman sepanjang tahun lepas, tapi... x boleh..sebab semuanya takkan termakna dengan kata-kata.. hehe..
salam..
ReplyDeleteagak terharu r bce en3 kali nie..
tq 4 da wish, u also a good leader, i dont have any problems while working with you..hehe..
salam kak nisa,
ReplyDeleteit has been great working together with you =)
sorry kalo amalina ade terkurang or tersilap kat mane2.
thnks alot for giving me a chance to be a part of the smf clan as well.
dan juge thnks utk tunjuk ajar kak nisa selame ni
=)