sangat teringin berkongsi idea dan tazkirah bagi kita semua. terutama saya sendiri... pemangkin motivasi awal untuk menghadapi waktu2 sukar dan langkahan2 yang berat.. manusia perlukan motivasi, dzatiyyah(tolakan dalaman) yang tinggi untuk menghadapi liku-liku kehidupan.
ada di antara kita yang beruntung mempunyai teman-teman yang mampu menarik tangannya dari terjerumus perkara-perkara mungkar, tapi masih ada di antara kita yang tidak berdaya menghalang dirinya sendiri dari melakukan kemungkaran.
lalu, keluhan bentuk manakah yang disukainya? pasti ia suatu hari akan menunjuk orang di sekelilingnya sebagai akibat dirinya menjadi sesat. setiap yang terlintas pasti akan dipersalahkan kerana tidak menegur kesalahannya. patutkah begitu?
seseorang yang lemah mampu menjadi kuat kerana dirinya sendiri. lihatlah contoh seorang pengemis. kesempitan hidup dan kekurangan diri memaksanya untuk mengemis bagi sesuap nasi. hari pertama menjadi pengemis pasti sukar. hasilnya pula sedikit dan mungkin tak mencukupi. malam itu sebelum mata lena, pasti esoknya dia berazam untuk menambah "pendapatan"nya. pelbagai strategi disusun. dari berseorangan, dia mencari teman pengemis lain. dari berdua, kini berlima. menggunakan segala kepakaran yang ada..
pernah saya melintasi sekumpulan kanak-kanak pengemis di tengah2 gerai seksyen 2. tahu apa yang ada di tangan mereka? PSP. adik beradik saya pun tak pernah berjumpa benda alah tu. kanak-kanak itu tak menyedari mata saya yang ralit memerhati. berbalik kepada kisah pengemis tadi. bagaimana kesempitan hidup/masalah mereka menjadi tolakan yang sangat tinggi untuk gigih berusaha. kaitkan dengan kisah kanak-kanak tadi. bagaimana kegigihan berusaha mereka menjadikan mengemis satu kerjaya bagi mereka, agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain dan mereka tidak mempedulikan manusia yang memandang serong kerana itu bukan penghalang bagi mereka!!
seseorang yang lemah mampu menjadi kuat kerana dirinya sendiri. itu baru contoh seseorang yang tidak mempunyai tahap ilmu yang tinggi.. malah tak berpeluang pun nak mendaftar sebagai pelajar sekolah rendah! tapi mereka selesa hidup begitu... sampai bila? hanya mereka ada jawapannya.. sekiranya mereka menyedari hakikat kehidupan itu matlamatnya adalah ALLAH, pasti pengemis2 tersebut akan mengubah masa depannya dan saya tak menafikan mereka akan menjadi lebih hebat dari kita!!
lalu sahabat-sahabatku...
teruslah sahut cabaran ini! set matlamat yang tepat dan betul supaya segala usaha dibawa ke arah yang betul.
khusus buat sahabat-sahabat yang mengambil ACCA...
kegagalan bukan bukti kebodohan kita. tapi ada kekurangan dan kelemahan yang boleh diatasi asal jangan menyerah kalah. beuntunglah kalian yang sangat optimis dan strategis dalam menyusun agenda-agenda hidup anda...
kesibukan bukan penghalang untuk berjaya. kalau mereka boleh, kenapa tidak kita?
JOM lakukan yang terbaik untuk semester ni...!
p/s:
jika seseorang yang lemah mampu menjadi kuat kerana dirinya,
maka seseorang yang kuat juga mampu menjadi lemah kerana dirinya..
ca...
ReplyDeletegudluck eh utk sem2 yg akan dtg..
"ganbate ne!"
=)
yu...
ReplyDeletetime kaceh ye utk kata-kata itu...
yosh!
ganbatte!! onegaishimasu!!
wah..ade tambahan kate2 disitu..nape yue xpenah dgr pon...huhu..ca lg expert nampaknye~weee~tahniah3x..
ReplyDelete