Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas, saya dan sahabat-sahabat saya serta murabbi yang dihormati sempat berjaulah (ekspedisi) ke Tampin N9 dan Melaka. Alhamdulillah, semenjak saya mengenali tarbiah ni, pembinaan jiwa manusia bukanlah tertumpu pada usrah semata-mata, walhal banyak lagi wasilah yang ada untuk proses pembinaan diri.. termasuklah jaulah, rehlah, daurah dan sebagainya..
destinasi asal kami adalah Walimah K Ika di Tampin. Namun, di sepanjang perjalanan banyak kisah-kisah lucu dan nasihat-nasihat yang mewarnai perjalanan kami selama 2 jam lebih itu, bertindak sebagai pemandu, saya lebih gemar mendengar penumpang lain bercerita. kebetulan di dalam kereta kami terdiri dari junior sekolah saya dan bekas guru sekolah saya.. Muallimah Elyah.. lalu banyak topik kami berkaitan sekolah...
macam-macam berita mengenai sekolah, kami update sama-sama.. sungguh, gua kecil itu beri makna yang sangat mendalam buat penghuni-penghuninya.. sebelum tiba ke tempat walimah, kami sesat beberapa kali (driver tak ingat map).. hihi.. tapi akhirnya kami berhenti solat di sebuah surau...
sebelum bergerak ke rumah pengantin, rohani dan akal kami disajikan dengan kisah Atho' bin Abi Rabah, seorang tabiin yang sangat mencintai ilmu.. kisah Atho' ini sangat terkesan dalam jiwa saya yang masih bergelar pelajar...
kehebatan Atho' dalam menuntut ilmu sangat dikagumi setiap manusia yang menemuinya, hinggalah pemimpin negara itu sendiri. dia dikenali sebagai gudang ilmu yang dihormati dan disegani kerana terlalu banyak ilmu yang dimilikinya... sehinggalah raja negeri itu sudi berkongsi tempat di singgahsananya dengan Atho' sambil diperhatikan semua menteri yang ada ketika itu.. segala permintaan Atho' ditunaikan, dan permintaannya bukanlah untuk dirinya, bahkan untuk rakyat jelata..
dari kisah Atho' ini, saya dapat simpulkan bahawa, tak semestinya dengan adanya jawatan baru kita boleh bantu orang lain.. dia bukanlah menteri atau raja, tapi dari permintaan yang dibuat, menunjukkan Atho' sangat concern keadaan masyarakat sekeliling... jadi, sebagai ahli masyarakat, kita sepatutnya sensitif dan mengambil berat keperluan manusia di sekitar kita, dari sahsiahnya, juga hak-hak kemanusiaan, gejala sosial hinggalah kesempitan dan kesusahannya...
di rumah pengantin, kami bertemu dengan seorang lagi bekas guru saya, iaitu Muallimah Rossita.. beliau menjemput kami ke rumahnya di MRSM Alor Gajah. kesempatan itu kami ambil untuk berkongsi khatirah dan pengalaman beliau dalam jalan dakwah yang sebati dalam jiwanya sejak menuntut ilmu di Timur tengah..
darinya, saya dapat kutip beberapa mutiara:
"kalau dulu, kita ditarbiah.. kini kita pula bekerja mentarbiah orang.. inilah kehidupan daie.. hidupnya untuk orang lain, demi menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat.. kita bukan ahli sufi yang saban malam ada kesempatan berzikir mengingati Allah, tapi dengan kerja yang kita lakukan dengan susah payah inilah, kita temui rasa dekat dengan Allah.. bila diuji dengan dugaan, tohmahan, herdikan dan fitnah, kekuatan datang dari dalam diri kita itu hanya dari Allah...
kita juga bukanlah ahli politik atau menteri yang bekerja keras memenuhi tuntutan rakyat di segenap penjuru, tapi dengan medan yang kita ada, kita terjun, selami dan memperbaiki akhlak manusia dengan ilmu dan kesabaran yang datang dari Allah..
jadi, semoga hayat kita juga berakhir dalam keadaan begini, cabaran ketika menjadi pelajar tak sama bila sudah bekerja, juga tak sama bila dah berkeluarga, juga tak sama bila dah ada anak yang ramai.. tapi, itulah modal kita bila kita bertemu dengan Allah nanti...
kemuliaan kita bukan di sisi manusia, tapi hanya di akhirat nanti.."
dan banyak lagi yang terkesan dalam hati.. tak terluah rasanya.. alhamdulillah, tak pernah rasa rugi berada dalam jalan ini, jalan yang dah terbentang susah-payah-perit-tangis-jauh ni.. bila kita hidup bersama orang-orang yang cekal-tabah-sabar-tenang akan lebih memotivasikan kita untuk terus maju ke depan..
... dan gigitlah agama ini dengan geraham-geraham kamu (pegang dengan kukuh)...
No comments:
Post a Comment