Tuesday, 9 February 2010

KoBanna : Catatan seorang Mahasiswi














Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya berkongsi pengalaman saya sepanjang Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna.. kelapangan waktu awal tahun ini terasa amat ganjil pula... seminggu hanya 3 hari kelas setiap hari 4 jam sahaja.. moga dapat penuhkan masa dengan "sesuatu".. kebetulan hari Selasa dan Jumaat "cuti free"... alhamdulillah...


keseronokan bertemu rakan-rakan sekolah, senior dan junior.. kerinduan terubat bertemu bekas-bekas guru sekolah.. semangat mendengar pembentangan Ustaz Rusdi selaku bekas Guru Besar saya dulu masih terasa.. walaupun 10 hari sudah berlalu, compilation kertas kerja KoBanna tetap menjadi bahan bacaan pilihan di senggang-senggang waktu.. saya rasa ada kepentingan di situ untuk saya hadamkan makna dan isinya..


kesannya:


1. saya rasa menyesal tak dapat ajak para pemimpin2 mahasiswa di Uni untuk sama-sama ke KoBanna..
2. saya rasa menyesal tak dapat ajak lecturer saya yang sangat bersemangat keMelayuan..
3. saya rasa bertuah dan bersyukur kerana segala persoalan yang biasanya berlegar di minda seorang mahasiswa telah terjawab..

penampilan saya yang dilabel "presiden yang islamik" suatu ketika dulu memberi berbagai tanggapan pada pihak pentadbiran dan pelajar umumnya yang menyangka saya membawa agenda parti2 tertentu.. bahkan hatta di dalam kelas sekalipun, jika ada isu politik yang berlaku, lecturer akan tujukan soalan pada saya, kononnya meminta respon saya sebagai seorang yang "aktif" dalam parti2 tertentu..

dan saya menerima suasana ini secara positif.. jika manusia mengambil jalan untuk bersyak wasangka, silakan.. tiada rugi bagi saya di situ.. kerana jika sekiranya mereka mendengar hujah dan  jawapan2 yang saya utarakan, pasti mereka akan terkejut. kerana saya bukanlah seseorang seperti yang mereka sangka..

dan inilah cabaran "salah faham" yang saya hadapi. jika anda juga seperti saya, bersikap positiflah..

KoBanna membuka minda saya dan semua hadirin yang hadir hingga ke saat akhir program. Jika di Uni, saya selalu dijadikan sasaran untuk meluahkan perasaan ketidak puashatian siswa-siswi yang "pening-bosan-meluat" dengan situasi politik yang tak ubah seperti kanak-kanak yang merebutkan permainan...

namun, KoBanna seakan melontarkan solusi-solusi ke arah melakar agenda-agenda bangsa yang berpaksikan "kesatuan Melayu Islam" dengan berani dan melalui corong-corong pembesar suara tanpa berselindung ketakutan dan membawa hasil kajian dan hujah yang seimbang. berulang kali jika saya berdiskusi dengan siswa-siswi yang "pening-bosan-meluat" ini, saya menyatakan bahwa tiada solusi lain yang ada melainkan "orang Melayu harus bersatu" dan "mengamalkan prinsip-prinsip Syarak"... kerana itu, barulah kita mendapat kekuatan dan pertolongan Allah..

kita mengambil pengajaran kepada apa yang berlaku di Mesir.. dan Turki..

Mesir lemah kerana umat Islamnya lemah
Turki lemah kerana umat Islamnya lemah

dan umat Islam Malaysia lemah kerana Melayu lemah...

jika mereka bertanya siapakah yang harus diikuti atau disokong, saya tiada jawapan di situ.. bahkan saya sedang menunggu jika ada di antara mereka yang bergerak selari dengan model pembangunan bangsa yang berpaksikan membawa kegemilangan Melayu Islam...

Tokoh yang dijadikan role model dalam pembentangan kertas kerja KoBanna adalah Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.. tokoh yang ideanya masih digunakan dalam aktiviti-aktiviti pengislahan dan pembaikan generasi manusia di seantero dunia dalam menghadapi ancaman-ancaman Barat, agar kembali beriman kepada Allah dan meninggalkan dasar-dasar Barat yang mendokong doktrin Humanisme dan isme2 yang lain...

konvensyen ini sepatutnya dihadiri para pemimpin2 mahasiswa terutama Uni saya yang 100% bumiputera, dalam memimpin mahasiswa lainnya ke arah agenda pembangunan bangsa yang berkesan kerana mereka adalah barisan pimpinan yang mendapat kepercayaan mahasiswa-mahasiswi di Uni mereka.. dan yang lebih penting, merekalah yang bakal mencorakkan program-program di Uni untuk mengisi jiwa-jiwa isi kampus secara am..

keutuhan Bangsa Melayu dan kedudukan Agama Islam sejak akhir ini sering digugat sesetengah pihak yang "takut Melayu akan bersatu" adalah bukti kita sedang diserang secara psikologi... kalau kita larut dalam arus ini... siapa lagi yang akan tinggal untuk membela negara kita yang sangat dicintai...

apakah kita mahu nasib Melayu berakhir seperti masyarakat Islam Indonesia.. atau Pakistan... atau Iran... atau akhirnya dijajah dan dihalau dari bumi sendiri seperti di Palestin...??

Ya Allah... selamatkanlah umat Islam di seluruh dunia, setiap masa dan setiap tempat...

to be continued...

2 comments:

  1. Salam..it was very good explaination about kobanna, made me jelous since I cannot attend that convocation because of certain reasons,but the issue of hassan al banna attract me a lots,you r very lucky of having opportunities to join the event..keep it up,im waiting for your next entry k ws

    ReplyDelete