Sunday, 6 June 2010

22nd year of birth

Salam.

Saat tulisan ini mula ditaip, suasana exam menyelubungi, genap 4 hari lagi, kertas pertama akan bermula. Juga sedang ber"camping-dlm-bangunan" bersama ukhti-ukhti mutiara agama... Juga dalam kondisi dunia yang gempar dengan keganasan Yahudi laknatullah yang menyerang kapal Mavi Marmara.. gempar dunia tanpa mengenal agama mengutuk kekejaman Israel..

dan juga,
Saat ini, saya sedang menghitung hari menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke 22.. 6 Jun 1988.. usia mungkin sudah tua, ataupun banyak orang kata matang, tapi entahla.. antunna saja tahu saya ni macam mana.. huhu..

ia saat yang istimewa, buat saya khususnya..

syukur. teramat syukur.. kerana kali ni menyambut ulangtahun bersama akhawat dalam suasana yang cukup tenang dan penuh mawaddah.. Alhamdulillah... saat yang tak akan dilupakan.. first time keharuan melanda bila celebrate birthday..

sebelum salam wida' lepas habis mukhayyam, saat semua mata memandang, saya membalas dengan riak muka "kenapa korang pandang macam tu?", rupanya ada yang membocorkan rahsia.. maka sebelum pulang kami dijamu surprise birthday cake, yang sebelum itu dihadiahkan buat semua kuntuman2 doa penguat jiwa, pengikat ukhuwah dan penyubur kasih sayang... apakah nilai doa qudama'2 dan ukhti2 solehah di saat ulang tahun kelahiran? itu tak dikira wish di facebook lagi... di sms lagi.. subhanallah! sungguh, Ya Allah, makbulkanlah doa kami..

4 tahun. juga genap 4 kali jugalah saya menyambut ulangtahun dalam suasana exam.
alah bisa tegal biasa. masa kecik2 dulu (19 y.o) bolehlah merengek dengan umi suh datang bawak segala bagai hidangan. kini, giliran aku pula yang meraikan mereka.. hanya kami bertiga yang menyambut kelahiranku.. mereka yang banyak berkorban untuk anak kesayangan dia ni.. haha..

Semoga Allah membalas dengan kebaikan sebanyak-banyaknya buat semua insan yang terlibat dalam segenap episod hidup ini, mereka-mereka yang aku hormati.. di antara banyak manusia yang dihormati, pastilah mereka berdua akan tersenarai di antara dua teratas... Umi dan abah..

kalau di antara anak-anak Umar al-Khattab, Abdullah bin Umar yang paling mirip dengan bapanya, dan di antara anak-anak Abdullah bin Umar, Salim bin Abdullah bin Umar lah yang paling mirip dengan datuknya..

aku memohon, di antara adik beradikku yang sembilan ini, segala kebaikan ibu dan bapaku menjadi sumber inspirasi, kerana mulianya mereka di mataku akan keluhuran akhlak, kesungguhan dalam usaha dan ketabahan melalui liku hidup.

Juga kerana tarbiah dan dakwah yang alhamdulillah aku masih sempat menghirup kenikmatannya...

25 tahun yang lalu, satu hati di UK dan satu hati di Terengganu dipertemukan dalam taaruf untuk membina sebuah Baitul Muslim untuk melahirkan generasi penyambung risalah.. yang kini bilangannya 9 orang.. alhamdulillah..

Umi adalah seorang pendamping suami yang cukup setia. setia ketika senang dan susah. Abah pula sentiasa menjadi hero buat kami. mengajar kami zilion ilmu melalui ketegasan dan diplomasi yang ditunjukkan. mereka adalah murabbi erti kehidupan buat kami. Kami belajar erti hidup bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada daripada mereka. Syukur dengan nikmat Iman dan Tarbiah.

Mereka murabbi yang mengajar kepentingan ilmu dalam kehidupan. Mereka sentiasa memilih sistem pelajaran terbaik buat kami. menjadikan HIRA' dunia awal kami, seawal tahun satu hingga Form 5. setelah aku mengikuti Seminar Baitul Muslim yang disampaikan oleh Ust Halim, ayah teman seperjuanganku, sungguh aku mengerti mengapa umi abah berkeras agar kami tetap bersekolah di situ. kerana ilmu Tarbiah yang mahal ada di situ, kerana Rijal ada di situ.

walau ketika ini baru aku mengerti sejarah 25 tahun yang lalu... apabila semakin lama aku dalam tarbiah ini, semakin aku mengenali dunia yang mereka lalui dahulu..

teringat waktu dulu-dulu abah selalu menyanyikan lagu "Fityatal Haq", "Al-Ardhu Lana" dan lain-lain lagu IM. masa tu rasa macam lagu tu ketinggalan zaman dan tak sedap. tapi bila meniti usia yang meningkat, rupa-rupanya, itulah lagu yang membangkitkan semangat untuk terus kukuh tapak kakinya atas jalan yang panjang..

juga tak dilupakan murabbi-murabbi yang tak jemu membentuk dan mendidik "jiwa degil" ini mencari jalan yang pasti, jalan yang lurus mencari redha Allah.

Sungguh kehidupan ini ibarat satu pengembaraan seorang manusia from zero to hero (atau boleh jadi from hero to zero???). Hero pada definisi diri sendiri. kita memutuskan atas cara hidup yang bagaimana yang akan mewarnai pengembaraan yang panjang, memutuskan jenis bekalan yang akan dibawa, memutuskan teman seperjuangan yang akan bersama dan memutuskan arah destinasi akhir kita.

meletakkan diri pada jalan yang mengukur tahap kesabaran dan redha pada ketentuan Allah. menjadikan insan-insan soleh sebagai Qudwah dan akhirnya membentuk diri mengikut acuan yang terbaik.. Insya-Allah..

Sungguh, tiap tahun berlalunya umur pasti akan dikenang apa yang dilepaskan, tapi bukankah tahun berikutnya lebih utama untuk dirisaukan dan dirancang dengan teliti?

usia "tua" sering dikaitkan dengan langkahan ke maratib amal yang berikutnya. usikan ukhti dan sahabat akan Bait Muslim saya ambil positif. jika ada rezekinya, sampailah serunya. Allah kan baik..

Setahun mendatang samada akan mengakhiri zaman kampusku atau tidak, itu pasti akan disusuli takdir Allah yang maha Indah. Insya-Allah sem depan aku akan menyambung Final Stage ACCA, Professional level, untuk tempoh setahun akan datang.. lebih banyak cabaran dan masa-masa yang akan dicuri untuk mengisi hari-hari yang akan berlalu dengan kesungguhan dalam semua amal dan jihad. Menuntut ilmu kan jihad yang membawa pahala juga, kan?

Allahumma Innaka Ta'lamu Anna Hazihil Qalb..
Sanah Helwah Ya Khairunnisa!!

No comments:

Post a Comment