"Salam. Info terkini ll4gaza. Diserang israel. 2 syahid 30 cedera parah"
1 June
"Kapal ditawan oleh israel. 12 syahid 30 cedera. 2 anggota aqsa syarif dari Malaysia di tangkap."
Sejak dapat sms dari abah pagi semalam, satu rasa singgah dalam hati. bertubi-tubi sms dihantar ke hp abah.. tengok buku pun macam dah tak lalu. Fikir: "orang lain dah dapat syahid... bestnya.." bila dapat tahu ada kawan abah (org Mesia) atas kapal tu, lagi berbuku rasa..
bila dah duduk dalam "gua", hanya hp nan satu nilah penyambung berita.. hari ni, keluar juga dari "gua", nak cari internet, nak baca sendiri.. mintak abah forward emel dari aqsa sharif. Subhanallah.. dapat tahu lagi banyak berita. dari yahoogroup dan laman web ISMA pun ada.. tak ketinggalan dari pihak Israel. Rasa macam betul2 hidup dalam suasana perang. Rasa macam dekat sangat... Ya Allah, selamatkanlah mereka..
Biasanya, dalam sela waktu penat stadi, buku kisah para tabiin yang ditatap. kisah yang menguatkan motivasi. Kisah mereka pergi berjihad, menimba ilmu, menyebarkan ilmu dan merasa 'izzah dengan Islam.. Allah.. Kisah Ummu Rabi'ah al Ra'yi yang membelanjakan 30 ribu dinar hasil wang simpanan suaminya untuk pendidikan anaknya, setelah 30 tahun, ketika suaminya pulang dari medan perang dengan selamat, rasa takut dimarahi suaminya kerana telah menghabiskan wang simpanannya, tapi apabila melihat kehebatan anaknya yang diangkat menjadi salah seorang ulama Madinah, kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terkata.. juga kisah Mu'azah al Adawiyah yang sangat kurang tidurnya.. kukuhnya jiwa mereka...
Israel.. bangsa yang hina lagi dihinakan.
Al-Baqarah: 120
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗOrang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Allah...
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murkaYa allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”
No comments:
Post a Comment