Monday, 19 July 2010

My MOST WANTED book : pawns in the game

"Pawns In The Game"
-Bidak-bidak di papan catur-
oleh William Guy Carr 
(1958) -terbit 1 tahun selepas Malaysia diisytiharkan "Merdeka"

Alhamdulillah, akhirnya ketemu jodoh dengan buku ini..
Sangat menginginkan masa-masa men"tadabbur" isi-isi penting dalam buku ini.
Jazakillah pada Ukhti Ili yang meminjamkan buku yang di"pinjam" dari orang lain.. panjang sungguh hikayat buku ini untuk bertemu dengan saya.. walau tak dapat edisi English, edisi B.M cetakan entah tahun berapa (late 90's kut) itu sudah memadai untuk saya memahami isi-isi penting sebelum berjumpa edisi english 
(sape ade?, nak pinjam.. >_<~ sape ade jumpa kat mana2 bukstore?)

Pertama kali mendengar kupasan buku ini semasa tingkatan 3 kalau tak silap. ketika zaman usia mentah. Disaji tapi tidak disantap (dalam maknanya tu). masa jiwa baru nak mengenal dunia (alasan..)..

Kali kedua ketika Mukhayyam Khariji PEMBINA di Perak tahun 2008, lima tahun selepas kupasan yang pertama. Peluang kedua yang tak akan dilepaskan!! pembentangan yang ringkas+padat+mendalam oleh pembentang yang telah diberi taklifan untuk mengupas isu-isu penting yang terkandung dalam buku ini.. tatkala teman di sebelah sudah "syahid", mata+telinga+hati harus ditadahkan untuk mendengar, melihat dan menghadam fakta-fakta penting yang dibentangkan.. kerana ia cebisan SEJARAH yang penting dan barangsiapa yang tidak mengenal sejarah, dia akan dimakan olehnya (ditelan zaman)..

Buku yang mengisahkan agenda IBLIS sejak zaman penciptaan Adam sehingga kini..
dan ia tidak semudah itu untuk menilai isi kandungannya kerana buku ini membongkar rahsia agenda IBLIS dalam menyesatkan dan menjauhkan manusia dari Allah.. dari agenda inilah lahirnya organisasi yang dikenali sebagai ILLUMINATI..

dan buku ini penting kerana : agenda mereka belum TAMAT..
anda curious nak tahu apa isi kandungannya?

4 comments: