bila saya merasa cukup dengan apa yang ada. senyum hingga ke telinga.. merasa rendah dan kecil di hadapan Pemberi Nikmat.. hati yang cukup lapang dengan pemberian yang tak terkata.. membuat kaki yang longlai kembali bugar melajukan langkahan.. tiada masa untuk berehat!
ke-AJAIB-an.. itu kata yang singgah di sel otak.
bila kita merasa terlalu sukar, terlalu sempit, terlalu mendesak.. kita akan mengharapkan keajaiban. siapa lagi yang boleh memberi keajaiban kalau bukan Dia Yang Maha Pemberi Nikmat..
ALHAMDULILLAH..
rentetan peristiwa dan detik-detik menghampiri Ramadhan cukup garam-gulanya untuk membuatkan saya merasa SYUKUR, setinggi-tinggi SYUKUR yang tak terkata..
bagaimana perasaan Muhajirin apabila dipersaudarakan dengan Ansar, begitulah berbunganya hati saya, apabila diperkenalkan dengan ukhti2 baru penguat langkahan di medan.. segala yang tersirat, hanya kepada Allah saya serahkan.. Syukur kerana sempat merasakan Nikmat itu..
apabila merasa perlukan kekuatan, percayalah hanya Allah yang boleh memberi..
apabila merasa penuh dengan kekurangan, percayalah hanya Allah yang boleh memenuhi..
apabila merasa kesempitan dan kekangan, percayalah hanya Allah yang boleh melapangkan..
cuma perlu YAKIN dan PERCAYA..
saban hari, saya berdoa agar dikurniakan teman yang soleh penguat langkah, lalu bukan sekadar teman yang soleh, tapi mujahidah muslehah!! bukan seorang, tapi lebih ramai dari itu..
kalau Ansar menawarkan isteri buat Muhajirin, sepetang bersama, kami menceritakan pengalaman kami di medan, berkongsi suka duka, dan berjanji saling meringankan beban.. Subhanallah.. cantiknya pertemuan itu!
'....sebab tulah, ana cukup suka bersama akhawat, bila kita lemah, futur dan hanya kita dan Allah yang mengetahui betapa dahsyatnya keadaan kita, bila bersama akhawat, ibarat bateri dicaskan semula, melihat qudwah, semangat, dan dzatiyyah yang ada pada akhawat.. dan kita pun meneruskan perjalanan yang terputus.."
semenjak itu, saya selalu membisikkan kata semangat penguat jiwa..
DAKWAH tu ALLAH YANG PUNYA.. Dia akan memilih manusia yang akan membawanya, cuma adakah kita akan terpilih sebagai ahlinya ataupun tidak, Dia yang memegang hala tuju Agama miliknya, kita hanya ibarat pemandu sebuah kenderaan.. Dia yang akan menyelamatkan Agama miliknya, dengan memberi bantuan kepada pembawa-agamaNya.. Dia lah Allah, Tuhan Semesta Alam..
dan barang siapa yang menjauhi Tuhannya, dialah golongan yang rugi..
inilah nikmat sebelum Ramadhan yang tak akan pernah saya lupakan..
p/s: pembaca mungkin kurang memahami situasi sebenar, kerana ia sesuatu yang terlalu berharga hingga tak terucap dengan baris ayat.. terlalu complicated..
salam..
ReplyDeleteJumpe nanti cite eh! ;)