SIRAH MUZIKAL sudah melabuhkan tirai, meninggalkan kenangan-kenangan dan peristiwa yang tercatat dalam episod hidup setiap penggeraknya!
ia adalah sebuah INISIATIF yang KREATIF.. segunung tahniah buat yang bertungkus lumus bergadai nyawa untuk meneruskan program yang julung kalinya diadakan di zaman milenia ini..
Sungguh program sedemikian tak akan berhasil atau berjaya dilaksanakan tanpa kehadiran pemuda pemudi yang "memahami" tugasnya..
membuat saya mengimbau kenangan di bangku sekolah dulu.. sangat merindukan detik-detik itu walau hampir 5 tahun ia berlalu..
Saban tahun akan diadakan acara seumpama Sirah Muzikal, walau tak sehebat atau segah dan tiada jemputan ternama atau artis ternama, saya pasti, setiap pelajar SMIH akan sentiasa menceritakan kenangan-kenangan manis yang terpahat.
Ekspo Dunia Islam.. satu-satunya acara tahunan yang saya rindui.
di dalamnya disajikan teater Islami, konsert nasyid lagu-lagu arab oleh pelajar2 Hira' banin (lelaki) dan banat (perempuan) juga pameran-pameran kreatif, tak dilupakan rakaman video telatah pelajar hira' yang pelbagai ragam, juga forum dan pementasan pentomen yang sungguh kreatif.. ia bukanlah hiburan semata-mata.. akan tetapi mesej yang disampaikan cukup mendalam dan bermakna sehingga menjadi inspirasi buat isi tanah terik itu..
pengisian mengenai sejarah tarbiah dan dakwah bermula di zaman Rasulullah sehinggalah ancaman dan tentangan yang dihadapi.. dari situlah kami mengenal zionisme, komunisme, nasib al-aqsa, pejuang-pejuang agama seperti izzuddin Al-Qassam, yahya Ayyash, Sheikh Ahmad yassin dan semuanya..
walau hanya di atas pentas berbumbung kanvas putih, dengan dikelilingi khemah penonton, biar hujan atau panas terik, setiap penonton pasti tak akan menganjakkan kaki bagai menonton sinetron di televisyen, takut terlepas babak yang istimewa...
mungkin ada yang merasa pelik jika saya pecahkan rahsia bahawa semua ini berjalan tanpa percampuran pergaulan antara lelaki dan perempuan, menjaga batas pergaulan dan adab islami sesama kaum, perantaraan kami hanyalah guru-guru, walau setakat nak memberitahu huruf di backdrop senget, tiada interaksi secara langsung. dan saya yakin keberkatan Allah itu datang bila adanya penjagaan batas-batas syariat oleh semua pihak.
kami pelajar perempuan masih boleh berteater dan bernasyid di sebuah dewan yang dikhaskan dan menjadi kawasan larangan kepada mana-mana lelaki, walaupun lelaki itu sudah berkahwin.. huhu..rindunya saat2 begitu..
cumanya, itulah, di sekolah lain, lain pula di luar sekolah.. tapi, gerak kerja dan semangat yang sama masih boleh dipraktikkan , ya tak?
suatu pelajaran yang istimewa yang saya pelajari, sebenarnya penyampaian dakwah itu tidak sepatutnya disempitkan caranya.perlu ada satu anjakan paradigma, cuba mengkreatifkan pemikiran agar sebenarnya motif dakwah iaitu untuk menyampaikan menjadi kenyataan dan dapat dihayati oleh penerimanya walau bagaimana pun caranya asalkan masih di dalam batas adab islami..
Subhanallah..
apalagi apabila ia dilaksanakan oleh orang-orang yang "memahami" sebenar-benarnya syariat dan mendukung risalah nan hebat ini.. mereka beramal dengan kefahaman dari tarbiah yang diperolehi saban hari..
penghayatan kepada pengisian itu sangatlah penting kerana sebenarnya itulah motif kita.. bukan mendapat kenamaan atau kemegahan..
natijah dari sesebuah usaha itu sebenarnya datang dari keberkatan yang Allah turunkan dan keberkatan itu lahir dari keredhaan Allah terhadap hambanya. bila adanya kepincangan, pasti hilang keduanya, keberkatan dan keredhaan.. na'uzubillahi min zalik!!
kepada semua yang berusaha keras dalam menjayakan Sirah Muzikal ini, "semoga Allah memberi kebaikan dan menerima segala amalan kita.. ilal liqa'.. next Sirah Muzikal.."
p/s : bukan bangga dengan sekolah sendiri, cuma mengagumi masih wujud suasana seperti itu.. sekiranya ia masih ada lagi..
refleksi yg sgt bagus...
ReplyDeletesama2 muhasabah diri...
ana setuju...EDI(ekspo dunia islam) memang best...walaupun tiada artis yang gah sehebat nazrey,muadz dan fareast...walaupun hanya dilakonkan di dalam musolla yg serba kekurangn...tetapi impaknya sangat mendalam dlm diri ana sehingga ke hari ini...semoga SIRAM dapat memperbaiki segala kekurangan utk masa akan datang serta lebih menjaga batas2 pergaulan di kalangan pelakon terutamanya...CAIYO SIRAM! GOOD JOB PEMBINA! TAHNIAH KHAIRUNNISA!
ReplyDelete