Friday, 15 October 2010

Ustaz Kacak Part 3

"Hari ni ustaz kacak tu ada kat kuliah maghrib. cepatlah Ain. nanti terlepas aku nak menatap wajahnya yang sangat beriman tu."
"Haisy. bukan macam tulah Hawa. kita ni nak dengar kuliah maghrib sebab nak dapat pengisian. nak tambah ilmu pengetahuan. nak tambah keinsafan dan keimanan. lagipun, bukan "ustaz" awak tu yang bagi ceramah. Ustaz Ibrahim kan?"
"tak pelah Khaulah, dapat tengok sikit-sikit pun jadilah.."
"betul cakap Khaulah tu. jom sama-sama betulkan niat. nanti yang dikejar tak dapat..."

"... yang dikendong berciciran. hihihi.." serentak Khaulah dan Ain mengingatkan.
"korang ni memang nak sakat aku je tau.."

Khaulah memaut bahu Hawa.
"hai, takkan marah kot cik adik."
"takdelah..." Hawa mencebik.
"ni sayang Hawa lebih ni.." giat Khaulah.
sama-sama ketawa. inilah teman seperjuangan yang akan mencorakkan warna-warni kehidupan.

Ummi selalu berpesan,
"Manusia ni tak boleh hidup seorang diri. dia perlukan teman dan sahabat. supaya dapat dia berkongsi masalah dan berkongsi pendapat. sebaik-baik sahabat ialah apabila terlihat wajahnya, terdengar kata-katanya, bertambahlah iman pada Allah. Sahabat yang baik akan sentiasa mendorong sahabatnya membuat kebaikan, bukan tenggelam di dalam keseronokan dunia yang sementara. dan apabila sahabatnya meraih kebaikan, itulah saat yang paling menggembirakan dan terindah buatnya. bahkan di dalam perselisihan pendapat, sahabat yang baik akan menunjukkan jalan terbaik untuk menyelesaikannya tanpa pergaduhan.

carilah sahabat yang baik dan jadilah sahabat yang terbaik. warnai kehidupan bersahabat dengan semangat ukhuwah yang sahabat Rasulullah tunjukkan. Insya-Allah itulah ikatan yang kekal hingga ke syurga. bertemunya untuk mendamba kasih Allah dan berpisahnya kerana menyahut cinta Allah."
tiba-tiba teringat pada Safiah. apa khabarnya sekarang ni ya?


Setibanya di surau, kelibat Aiman melintas di hadapan mereka, seperti sedang mencari sesuatu. apabila terlihatkan mereka, Aiman kelihatan sedikit terkujat, Khaulah hanya mampu memalingkan wajah. Khaulah lantas menolak Ain dan Hawa ke dalam isi surau.

mereka menuju ke bahagian muslimat yang ditabiri sehelai kain di antara jemaah lelaki dan perempuan.
.
"Tadi dia pandang awaklah!" giat Ain.
"Iyelah tu, tapi rasanya cik Khaulah kita pun dah mula terpikat nampaknya.."

cubitan mesra menyapa paha Hawa. Bisa tapi tawa yang pecah.

"Ehem. Ehem.. Assalamualaykum, Insya-Allah kita akan mulakan majlis kita pada malam ini dengan Ummul Kitab Al-Fatihah." suara Hafiz mengambil perhatian. Khaulah meletakkan jari telunjuk di bibir isyarat diam pada temannya.


tamat pengisian tadi, solat Isya secara berjemaah diadakan sebagai penutup kepada kuliah Maghrib. Perjalanan pulang dari surau ke bilik agak sunyi. Ain dan Hawa mungkin dah mengantuk. walaubagaimanapun, kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz Ibrahim yang bertajuk "Generasi Al-Qur'an" tepat menusuk di dadanya.

"Umat Islam akhir zaman hanya akan kukuh dan terjaga dari fitnah kerana adanya sekelompok manusia yang digelar "Generasi Al-Qur'an". mereka dididik dengan bimbingan Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah malah beriman dengannya, mereka mengamalkan Islam secara istiqamah di dalam hidup. mereka bermujahadah untuk memasukkan kefahaman yang sahih ke dalam hati orang lain dengan apa yang dimiliki malah meraikan kesediaan manusia dan kelemahannya.

mereka juga mendidik dan mengubah masyarakat sekitarnya agar tunduk pada agama Allah sebagaimana Rasulullah dan sahabatnya membina empayar keagungan Islam dahulu kala. Inilah sekelompok manusia yang digelar "Generasi Al-Qur'an", yang mempelajari agamanya untuk diamalkan dan manhajnya adalah Al-Qur'an."

semoga aku termasuk di dalam sekelompok manusia yang digelar Generasi Al-Qur'an.. Amiin.. Khaulah melihat dua sahabatnya yang lena di katil masing-masing. penat sangat agaknya. Ain, Hawa.. Khaulah sayang sangat awak.

2 comments:

  1. rindu kepada generasi AL-QURAN yang dilahirkan di bumi hira'...adakah mereka masih seperti dulu? atau hanyut ditelan arus modenisasi dunia...ku berdoa dan berharap agar diriku tergolong dalam golongan itu jua...Ameen

    ReplyDelete
  2. menunggu sambungannya. hehehe. go go kak nisa!

    ReplyDelete