sebelum kami mengambil haluan masing-masing, beliau menoleh kepadaku dan berkata:
" Jagalah masa mudamu sebelum tiba waktu tua! "
mendalam tapi jelas maksudnya..
beberapa Khatirah yang boleh kusimpulkan:
1. Penjagaan Kesihatan.
Di usia belia remaja, mudah saja kita ke hulu ke hilir tanpa rasa penat dan sakit pada sendi-sendi. Mudah saja kita berjalan kaki atau berlari sejauh yang mungkin kerana bekalan tenaga yang sepertinya tak pernah habis. Mudah saja kita mendaki gunung dan mengayuh kayak berulang kali tanpa pernah serik.
namun, tanpa penjagaan kesihatan yang terbaik, pasti kita akan kehilangan masa-masa emas tersebut.. penjagaan kesihatan bukan hanya setakat bersukan dan beriadah, tapi harus disusuli tabiat pemakanan yang sihat dan betul.
2. Betapa singkatnya masa..
"Ke mana masa muda remajamu dihabiskan?"
persoalan wajib yang akan ditanya Allah kepada kita di akhirat kelak. kenapa masa muda yang menjadi persoalan? kerana betapa berharganya masa muda itu diisi dengan perkara-perkara yang penting sebagai bekalan masa tua.. perkara-perkara yang tak mampu dilakukan di waktu kaki tak mampu melangkah, di waktu telinga dan mata mula kurang berfungsi..
lalu apa yang harus diisikan?
apakah pekerjaan yang terbaik di sisi Allah melainkan menyampaikan Agamanya dan memakmurkan alamNya dengan Islam?
apakah pekerjaan yang terbaik di sisi Allah melainkan menyampaikan Agamanya dan memakmurkan alamNya dengan Islam?
No comments:
Post a Comment