Monday, 21 November 2011

Ustaz Kacak Part 4

gomenne kudasai.. lama tak update U.K, masa sangat mencemburui =D happy reading!


"Nak jumpa Ummi tak?"
"Ummi mana? Ummi Suleim student Yaman tu ke?"
"Haish.. Hawa ni.. Bukan.. Ni Ummi yang Khaulah selalu cerita tu.."
"Owh, Ummi yang jadi mak angkat Khaulah masa belajar dekat Johor dulu tu ke?"
"Ha, yang tu lah.. nak jumpa tak?"

"Jumpa apa?" Ain yang baru selesai mandi terus menyampuk.
"Jumpa bidadari!" Hawa sengaja menyakat. Itulah, lain kali bagi salam dulu sebelum menyampuk.
"Bidadari? Bidadari mana? nak jumpa.. nak jumpa.."

"Hawa... tak baiklah dia ni.. hihi.. Tak de Ain, tadi Khaulah tanya Hawa nak tak jumpa Ummi, Ain nak ikut sama?"
"La.. Hawa ni.. ingatkan ada bidadari turun dari langit la tadi.. Ummi rupanya.."
"Betullah.. kan ke hari tu Khaulah cakap Ummi tu bidadari dia?" tungkas Hawa.
"Ok.. apa-apalah, bidadari ke Ummi ke.. korang nak jumpa tak ni?"
"Hehe.. Sori Khaulah.. Bila kita nak jumpa?"
"Ahad ni. Ada MABIT dekat rumah Ummi."
"MABIT.. tu apa?"
"Mabit tu bermalam dalam bahasa arab. tapi Mabit yang kita nak pergi ni, Malam Bina Iman dan Taqwa. Ada tazkirah, qiamullail, riadhah dan boleh jumpa ramai kawan-kawan baru.. nak ikut?"
"Wah! macam best je. Nak ikut.." Ain separuh menjerit.
"Ok, Insya-Allah esok kita pergi naik teksi sama-sama ya.."
"Hawa pun nak ikut sekali. Sekarang juga Hawa kemas barang-barang.."

Bahagia. Bahagia ditemani rakan-rakan yang lembut hati dan suka kepada kebaikan. Teringat kepada Safiah, Mumtazah, Fatimah, Sakinah dan Diyana. Lebih-lebih lagi Ummi. rasa tak sabar nak bertemu muka lagi.


Hari yang redup dan berangin sepoi bagai meraikan perjalanan mereka lewat asar itu memberikan rasa tenang dan bersemangat yang luar biasa. Wajah Ummi sudah terbayang di birai mata. Kelembutannya, kasih sayangnya, suaranya dan redup pandangan matanya. Ada satu rindu yang menuntut hutang dilangsaikan. Hutang Ukhuwwah.

"Seorang mukmin itu dikatakan bertemu dan berpisah kerana Allah bila mana, ketika bertemu mukmin yang lain bertambah imannya dan ketika berpisah juga menambah imannya."
"Macam mana ketika berpisah pun boleh bertambah iman, Ummi?" lembut Sakinah bertanya.

"Bila kesan iman yang bercambah dan terbentuk ketika dia bersama saudaranya itu membekas sampai ketika dia berpisah dan kesan iman itu tidak pudar, malah diperbaharui lagi apabila bertemu lagi. Semasa berpisah, itulah saat kesan iman kepada Allah itu diuji.. sama ada dia tetap istiqamah atau tidak.. jadi, mukmin itu kena sentiasa berhutang ukhuwwah untuk recharge imannya.."
"Hutang Ukhuwwah? dalam berukhuwwah pun kita berhutang ya?" Tanya Safiah.

"Ok, hutang tu apa?"
"Hutang tu ringkasnya kita meminjam sesuatu barang dari seseorang dengan niat kita akan memulangkan semula." terang Mumtazah.

"Bagus. Ok, apa dia ukhuwwah?"
"Ikatan persaudaraan antara dua mukmin yang berasaskan iman." Safiah lancar menjawab.
"Adakah ikatan iman di antara dua mukmin itu perlu disuburkan atau ia akan bercambah secara automatik?
"Mestilah kena suburkan, Ummi, pokok pun boleh mati kalau tak siram air.." Safiah cuba menjawab.


"Ahsanti! Ok, sekarang Ummi nak tanya, apa hukum kalau kita berhutang harta?"
"Harus berhutang kalau perlu tapi wajib bayar." Pantas Diyana menjawab.

"Kalau kita berhutang harta wajib dibayar, kalau kita berhutang ukhuwwah?"
"Wajib bayar!" Seloka Mumtazah.
"Ok, ana rasa ana dah faham maksud Ummi. Hutang Ukhuwwah tu maknanya, kita saling menyuburkan  ukhuwwah itu untuk saling recharge iman kita yang macam roller coaster ni.. kejap turun kejap naik.. begitu ke Ummi?" Khaulah cuba menerangkan setelah cuba mencerna apa yang cuba disampaikan Ummi.

"Subhanallah.. tepat sekali! Begitulah Hutang Ukhuwwah. bila kita merasa kita berhutang ukhuwwah, kita cepat-cepat mahu melangsaikan hutang kerana ia wajib. dan cara untuk melangsaikan hutang ukhuwwah tu kita wajib dalam erti kata mesti melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyuburkan ukhuwwah. Siapa boleh bagi contoh?"


"Ziarah!"
"Meraikan kejayaan dia.. bagi hadiah.."
"Selalu keep in touch! sms... email.. call"
"Berkongsi masalah dia.. dengar dan bantu semampunya.."
"Bersangka baik dengannya.."
"Wah! Bagus-bagus belaka anak-anak ummi ni. semua jawapan tepat.. dan banyak lagi cara untuk kita suburkan ukhuwwah.. betul?"

Lima kepala mengangguk serentak. Mata dan telinga fokus untuk mendengar penerangan Ummi selanjutnya.

"Kalau anak-anak ummi sentiasa merasa dia berhutang ukhuwwah, dia akan sentiasa ziarah, sms, telefon,. bertanya khabar, berjumpa di program-program tarbiah dan istiqamah dalam tarbiah....

....tapi awas, kalau kita dah tak terasa berhutang ukhuwwah lagi, hancur berkecailah ukhuwwah itu. dan kesannya akan terpalit pada iman kita. umpama kalau charger handphone kita hilang.. dan tiba-tiba bateri dah habis, boleh lagi kita guna telefon tu?"
"Boleh, dengan syarat kita kena recharge balik handphone kita." Khaulah cuba memberi idea.
"Tepat sekali!"


Memori emas. Memori yang paling berharga. Sengaja menambah kerinduan. 30 minit perjalanan terasa lama. Mungkin kesesakan jalan di Shah Alam di waktu-waktu orang balik bekerja melambatkan perjalanan.

"Alamak!.." Ain menjerit kecil tiba-tiba.
Dua pasang mata melihat Ain.
"Kenapa?" Risau Khaulah.
"Ain tertinggal charger.. Habislah.. Sempat ke bateri ni tahan sampai esok?" Bateri tinggal separuh.
"Tak pe Ain, Ain pakai Sony Ericsson kan? Insya-Allah kalau ada kawan-kawan kita kat sana yang pakai Sony kita pinjam ya?" tenang Khaulah memberi solusi.
"Tak pe ke Khaulah? Ain dah la tak kenal siapa-siapa.."
"Jangan risau.."

Sebab ukhuwwah itu so sweet...


p/s: terima kasih tak terhingga kepada anda-anda yang hadir dalam hidup menyubur hari dengan sokongan tak berbelah bagi.. walau di mana kita berada, teruskan istiqamah!

1 comment:

  1. Alhamdulillah khairunnisa. Bijak sungguh anti bermadah. Tak sabar nak tunggu novel sulung anti diterbitkan :-) Bittaufiq wannajah!

    ReplyDelete