Monday, 28 October 2013

..... dan masa pun menjalankan tugasnya

Dengan nama Allah Tuhan Yang Esa, tiada Sekutu apatah lagi yang menyerupaiNya.. Dia Yang Maha Sempurna dengan ZatNya.

Subhanallah... hampir terlupa wujudnya medan karya ku ini yang melebihi setahun usia tidak terusik. Sungguh Allah Maha Mengetahui betapa pelbagai episod kehidupan yang penuh hikmah yang dilaluiku sepanjang tempoh itu sehingga tak tercatat di karya alam maya ini..

Sungguh. Masa yang telah berlalu memberi hikmah yang tak tertakwil.

Apa yang pasti, aku semakin menghargai masa yang telah berlalu yang banyak mengajar dan mengubah paradigma dan fikrah diri. Bila diintai post-post lama.. satu perasaan aneh timbul : "..akukah tu?" huhu.. seolah lebih matang dari usia =P

Walau apa pun, itulah pengajaran yang dapat dirasakan bila ada catatan berkenaan perjalanan hidup yang berlalu pantas ingin menemui masa kematian.. tanpa catatan kehidupan, mungkin aku semakin melupai usia-usia emasku di dunia ini.. untuk dikenang saat merindukan kenangan-kenangan usia muda yang penuh cabaran dan adventure.

Walau apa pun, aku sungguh bersyukur pada Ilahi atas segala nikmat tarbiah dan rezeki bersama sebuah gerakan Islah yang memberi zilion pengalaman dan pendidikan dalam lebih memahami tugas seorang manusia di sisi Tuhannya..

Kini aku semakin memahami manusia dan tabiatnya, perwatakan yang pelbagai, perasaan dan keinginan mereka.. bagaimana Allah menyusun episod demi episod agar aku semakin memahami hakikat diri sebagai hamba yang mendamba kehidupan Syurga yang abadi. agar aku menggerakkan setiap sendi agar ia dimanfaatkan buat bayaran Syurga yang menuntut pengabdian total kepada Tuhannya.
 
Syukur ya Rabb.. kerana mengizinkan aku melangkah di jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini. Semoga langkah ini semakin kental dan mantap dalam meniti jalan menuju SyurgaMu nan indah..

-ok, hati dah sebak, tekak dah perit-

InsyaAllah, kita jumpa lagi =D

No comments:

Post a Comment