Pembentangan dari kumpulan pensyarah dan penyelidik itu membuat aku termenung lama. Seakan tak dapat beri tumpuan pada perbincangan Tan Sri Siti dan kumpulan penyelidik ZuriatCare.
Bukan hari itu baru aku dengar pembentangan statistik pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah. Bukan ini kali pertama aku berfikir musibah apakah yang menimpa umat ini.
Jauh aku termenung, memikirkan bertahun lamanya penglibatan dalam NGO memberi didikan kepada masyarakat, seakan tidak memberi kesan lagi. Bukan satu NGO, berpuluh NGO yang wujud untuk selesaikan masalah ini. Agensi kerajaan juga banyak inisiatif tapi belum mujarab lagi.
Catatan statistik setiap sepuluh minit berlalu lahirnya seorang bayi luar nikah terus membunuh rasa tenteram.
Mereka tak perlu wujud. Ya, bayi luar nikah tidak perlu wujud. Tapi dengan berleluasanya zina, itulah punca musibah umat ini tidak pernah berpenghujung.
Usai perbincangan, aku berjumpa dengan Pengarah kami, "Tn Hj, sampai bila kita mahu terus mengkaji? Bukankah dah tiba masa kita turun padang seperti NGO lain dan selamatkan anak-anak remaja lain dari terperangkap?"
Seakan memahami jiwa kemasyarakatan yang telah lama sebati, beliau meminta aku bersabar dengan satu proses yang diambil untuk membawa solusi kepada kementerian.
Musibah ini sebuah ujian untuk umat Islam. Aku berpegang bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati. Mencegah perbuatan zina itu lebih baik daripada menyelesaikan masalah yang timbul hasil penzinaan.
"Tak semua benda kita mampu buat sendiri," Ibrahim memecah lamunan.
"Ya. Aku tahu, tapi aku tak boleh tunggu,"
...bersambung
No comments:
Post a Comment