Pages

Wednesday 28 July 2010

Pasca KONWANIS

Semangat KONWANIS masih menebal. Sayu berpisah dengan akhwat yang datang dari kawasan lain.. berjumpa semula dengan ex-SAK-ians, k ika, k lin, k marhaida, k akmal dan ramai lagi.. semuanya pulang tepu dengan pembentangan kertas kerja yang mahal dan berharga..

"Identiti dan Jati Diri Wanita Daripada Perspektif Islam" oleh Ustazah Noraqilah Bahrin (Ketua Wanita ISMA Perak)"

Seorang wanita itu harus mempunyai jati dirinya yang tersendiri. Arus perdana yang membawa wanita ke hadapan bahkan cuba berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki bukan isu yang asing lagi..akan tetapi, wanita harus SENTIASA SEDAR akan TUGAS ASASInya, iaitu MENDIDIK GENERASI ANAK-ANAK PENYAMBUNG RISALAH.

di dalam Islam tiada halangan bagi wanita yang mahu bekerja, akan tetapi, bagaimana tanggungjawab asasinya itu akan dilaksanakan dan diseimbangkan dengan tugasan lainnya yang akan menjadi persoalan utama. beberapa panduan diberi di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah bagi wanita muslimah yang sentiasa menyedari hakikat ini..

"Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden" oleh Ustazah Norsoleha Mohd. Salleh (Ketua Wanita ISMA Pusat)

Kesan Pasca Moden yang boleh dilihat pada masa ini adalah wanita sudah mampu berada di posisi penting di dalam sesebuah syarikat bahkan bilangannya semakin bertambah. Ada pula gaji mereka lebih tinggi dari suami masing-masing, bukan situasi yang ganjil.

lalu cabaran inilah yang harus didepani wanita dalam menempatkan diri di dalam masyarakat, namun pada masa yang sama masih berpegang dengan jati dirinya.

"Pembentangan: Sumber Pengambilan Sebagai Asas Jati Diri Pasca Moden – Kajian Ilmiah Buku Teks Sirah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA/KAP) di Negeri Sembilan" oleh Ustaz Ahmad Sanusi bin Azmi


Betapa pentingnya keaslian sesuatu sumber syarak, begitulah yang harus diaplikasikan dalam menyusun buku tarbiah buat generasi anak-anak yang hanya menerima tanpa menapis, hanya tahu membaca dan menghafal belum mampu menganalisis.

Pincangnya sumber yang diperolehi dan digunakan untuk mendidik anak-anak akan menghasilkan generasi yang pincang dan terpesong..

di antara banyak-banyak pembentangan yang ada, FORUM paling saya minati. sangat interaktif. rata-rata memang tak sempat nak tidur kerana lantangnya suara panel, merdunya apabila ayat-ayat Allah dilantunkan.. sangat meremang bulu tengkuk dek terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan..

Forum oleh Ustazah Nik Norsaha & Puan Hjh. Rohani Dato’ Shahir memang mengundang geli hati dek telatah mereka..

Ustzh Nik berkongsi pengalaman beliau dalam mentarbahh anak-anaknya yang ramai dan beliau juga masih bekerja, meneruskan mentarbiah masyarakat dan istiqamah dengan dakwahnya!! satu cabaran yang saya lihat bukan mudah..

beliau berkongsi pengalaman bagaimana usaha yang boleh dilakukan untuk menjadi isteri yang solehah, ibu yang menyejukkan hati anak-anak dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa ke akhir hayat mereka. juga tidak lupa, teknik me"mukau" suami dan anak-anak yang berkesan, huhu... supaya suami sentiasa sayangkan kita dan anak-anak akan sentiasa mudah mendengar kata.

Puan Rohani pula adalah salah seorang daripada idola saya dalam bidang pengurusan kewangan. beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua. Perunding di Hijrah Wealth. Management Sdn. Bhd. saya pernah bercita-cita mahu bekerja di syarikat ini.. hihi..

cabaran sebagai wanita yang bercita-cita tinggi dalam kerjaya banyak menyedarkan saya bahawa begitulah besar cabaran yang akan saya lalui.. bukanlah saya bercita-cita terlalu tinggi, akan tetapi pasti kita semua ada sesebuah pencapaian yang ingin kita capai dalam bidang masing-masing.. namun apa yang penting, jangan melalaikan tugas asasi kita iaitu tumpuan pada keluarga dan dakwah...

sungguh sangat banyak mutiara yang dikutip namun tak mampu ditafsirkan dengan kata-kata, hanya menuntut amal untuk membuktikan kefahaman dan kesungguhan.

KONWANIS diceriakan dengan siri persembahan yang sangat banyak dengan nasyid Merah Saga oleh adik-adik NAZIM, pentomen/teater oleh adik-adik KRIM, nasyid oleh akak-akak PEMBINA, berzanji dengan kumpulan marhaban.. sudah lama tidak mengikuti konsert yang hanya melibatkan yang berjantina perempuan.. sakan lah kami berteater, bernasyid dan bergelak ketawa!!

"di antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak di mana tiada naungan selain naungaNya, adalah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah."

semoga KONWANIS memberi "makna" dan selautan ilmu yang menuntut amal buat saya dan anda..

4 comments:

  1. salamalayk,
    seriusly,ana 1st time pg pn rse seronok sgt ;p

    ReplyDelete
  2. salam.
    saya terjumpa blog awak dan dapat tahu yang awak adalah student ACCA in uitm shah alam.
    just nak tnya, in case awak tahu e answer.
    caner nak apply ACCA untuk study overseas yer? sekarang saya degree accountancy.
    n about scholarship, caner nak apply yer?
    tq n i appreciate if u reply it :)

    ReplyDelete
  3. wsalam..

    Insya-Allah nanti saya reply dalam entry sebab jawapannya agak panjang..

    ReplyDelete
  4. sy pun gembira jumpa awak :)

    kak lin

    ReplyDelete