assalamualaykum!!
alhamdulillah aku masih hidup berbekalkan iman..
alhamdulillah aku masih hidup di dunia ini untuk berjuang menentang nafsu..
nafsu...
satu bende asing yang ada dalam diri dan amat sebati ngan kita.. pada hari ini.. semalam dan hari itu..
ada manusia berjuang menentang nafsu
ada manusia hanyut dengan nafsu
ada manusia tenggelam dengan nafsu..
aku melihat amat sedikit hatta aku sendiri.. di kalangan umat manusia akhir zaman ini, berjihad menentang nafsu mereka.. berlatarbelakangkan suasana aku sekarang, kehidupan di IPT adalah sebenarnya satu jihad, jihadutta'lim, jihad dengan nafsu dan jihad menegakkan kalimah Allah.. bukan mudah malah amat payah sekali untuk kita kekalkan keadaan diri kita dalam sentiasa mendekatkan diri dengan allah..
dengan suasana sekeliling aku yang amat berbeza dengan suasana aku setahun yang lalu, aku dapat rase kadang-kadang aku bagaikan perenang di lautan luas... tanpa daratan... ada sekali ombak menyapa.. aku terhayun ke sana ke mari... ada kala aku kumpulkan kekuatan untuk beranang mencari daratan... dan adalaka aku hampir putus asa..
bila aku sampai di uitm, aku rasa aku ingin sekali menjadi qudwah hasanah di kalangan manusia, tapi, aku tak mampu, aku diuji dengan berbagai perkara.. rakan-rakan yang aku kenali bukan seperti rakan-rakan aku yang aku kenal lima tahun yang lalu.. pada mulanya, aku rasa sukarnya aku ingin menjalankan pengislahan kerana aku bukanlah org yg amat tinggi kesabaran... aku kadang-kadang mengamuk dgn diri sendiri kerana aku masih rasa aku ni amat pengecut.. aku kecut menyatakan kebenaran... malu aku pada diri sendiri bila aku tak dpt berbuat apa-apa bila kemungkaran di depan mata... aku harap aku dapat kembali kepada khairunnisa' yang kuat di sekolah dulu...
apakah aku sedih? memang.. pada mulanya aku seakan mencari-cari identiti diri aku sendiri.. siapakah aku sebenarnya? apa yang aku mahu?
memang sebenarnya aku amat-amat merindui laman tarbiyah yang aku tinggalkan hampir lima bulan yang lalu.. (seblom 2 ngajar kat ctu kejap) kadang-kadang bile kuar dr pagar uitm y mendung dan aku masuk pagar sekolah yang panas terik.. (mmg skola panas ponnn) aku rase tanak balik uitm semula..
tapi aku mulai sedar, tak selamanya aku kena bergantung pada sekolah.. aku kene berdiri atas kaki sendiri jua akhirnya.. aku kena cari peluang untuk mengislahkan masyarakat..
sepatutnya kita merasa tidak merdeka lagi selagi negara kita masih dijajah sistem sekularisme, selagi ada tanah-tanah islam yang dirampas tak diselamatkan, selagi masyarakat masih mementingkan dunia berbanding akhirat..
"kullu nafs zaaaiqatul maut" setiap yang hidup pasti akan mati. hari khamis yang lalu, ketika aku bersiap utk ke ceramah di ukm, umi btaw ayah teh meninggal dunia akibat sakit barah hati.. (al-fatihah) teringat kali terakhir aku berjumpa arwah, arwah sihat walafiat. mungkin sebagai tazkirah pada diri sendiri... aku berfikir aku juga akan mati... tapi, bila? esok? dua saat lagi? seploh tahun lagi??
semalam aku berborak ngan nodie, roommate aku. aku berbangga dgn sikap die yang amat prihatin dgn situasi dunia sekarang.. dan die amat-amat menginsafkan aku bahawa x byk ilmu yang aku ada..
aku inginkan segalanya damai, aku inginkan satu sistem islam yang memimpin aku.. aku ingin meninggalkan dunia dengan usaha-usaha dakwah aku berhasil dlm tegakkan kalimah lailahaillallah.. tapi banyak mana aku dah sumbangkan?? aku lihat kanan, rakan aku masih islam hanya pada nama, aku lihat kiri, anak-anak yang lahir tidak dididik dengan ilmu islam secara keseluruhannya... aku lihat atas, aku lihat bawah, aku lihat belakang, aku lihat depan, arGh!! masalah umat masih tak selesai.. macam mana daulah nak tertegak??
aku teringat kata-kata ustaz fauzi asmuni ketika aku berpeluang mangikuti ceramah ghulamudda'wah... target kita adalah untuk menegakkan agama islam secara keseluruhannya di dalam sistem kehidupan manusia di dunia, kita x kan capai apa yang kita mahu andai kita masih berpeluk tubuh. daulah islamiah akan tertegak scr berperingkat-peringkat... fard muslim, usrah muslim, jamaah muslim, bilad muslim dan akhirnya daulah islamiyah..
andai kita masih di peringkat fard muslim, bayangkan jauhnya lagi perjalanan kita mencapai daulah islamiyah.. mungkin isu ini boleh aku huraikan di lain hari..
aku nak highlightkan yang selagi kita hidup, tanamkanlah jihad yang sebenar2 jihad.. menurut imam hassan al banna, jihad boleh didenifisikan kepada 8 dan di antaranya apabila kita sibuk memikirkan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah umat walaupun kita masih belum melaksanakannya, itu masih dikira sebagai jihad..
dan ketahuilah bahawa antara orang yang mendapat maungan allah di akhirat adalah pemuda yang terdidik jiwanya, yang benci dengan kemungkaran. sangat beruntung org yang sentiasa membetulkan agama(amar ma'ruf nahi mungkar) ketika umat sedang fasad... yang penting, kita mesti kuat, mengajak yang ma'ruf walaupun kita dijauhi..
aku harus tanamkan...
walau aku rimas dgn dunia yang fasad,
walau aku kecewa dgn sikap manusia,
walau aku geram dgn fasad yang nyata,
aku harus tabah... demi beban dakwah ini...
insya-allah..
No comments:
Post a Comment