Friday, 8 September 2006

perigi, timba ngan epal~

salamullahialayk~

ape maknenye perigi mencari timba?

perigi sepatutnya menunggu timba mencarinya, tetapi suasana sekarang dah jadi terbalik bila perigi menangis bila timba tak datang-datang dan perigi pon berjalalanlah mencari timba. kan ke pelik cane perigi leh cari timba?

isu perigi mencari timba.. cbe bayangkan knape timba mencari perigi? sebab die nak sesuatu, iaitu air. tapi, perigi taktau bile timba nak cari perigi... perigi juga tak tahu kalau allah dah takdirkan ade timba yang nak cari perigi, tentu perigi akan berjumpa dengan timba 2. tapi, perigi pon tak sabar-sabar.. die nak jumpe timbanya secepat mungkin..

ungkapan sebiji epal pon menarik~

sebuah pohon epal yang dilebati buah-buah epal yang besar-besar, sedap-sedap, merah-merah, manis-manis, diduduki jua sebiji epal yang terdapat nun jauh di puncak pohon epal. epal yang sebiji ini special sebab die ade kat atas sekali, biasanya epal yang kat atas ni sukar digapai manusia, mendapat cahaya yang mencukupi, oksigen yang bersih bagi pertumbuhannya.

kuasa Allah yang menjadikannya begitu istimewa di antara epal-epal yang lain.. tapi, epal yang sebiji ini merasa risau andai tiada manusia yang sudi memetiknya, lantas ia menggugurkan dirinya ke tanah.. datang si tukang kebun mengutip buah-buah di atas tanah... epal ini pon gembira kerana ia menjadi milik seseorang.. epal diletakkan bersama-sama epal yang lain yang turut berada di atas tanah.. epal juga melihat tukang kebun itu mengambil tangga untuk memetik buah-buah epal yang berada di puncak pohon.. betapa susahnya tukang kebun itu mahu mengambil buah-buah di atas kerana tangganya bergoyang... kemudian, epal-epal yang dipetik dan bukan dikutip tadi diletakkan di sebuah bakul yang lain...

selepas itu, baru dia sedari betapa bertuahnya bila dia berada di atas sana kerana ia susah digapai, sukar dicemari dan lebih mulia darjatnya... namun, apakan daya sebiji epal mahu memanjat semula pohon epal yang besar itu dan tamatlah riwayat epal itu apabila dijadikan jem, bukan pai yang mahal harganya...

aku menginsafi keadaan aku sekarang~

pernah juga aku bagai nak gugurkan diri ke tanah macam epal 2, tapi alhamdulillah masih ada tangan-tangan yang pegang aku erat kembali agar aku sama-sama berada di atas puncak pohon...

aku bukanlah mengharapkan junjungan,
tapi kehormatan,
aku bukanlah mengharapkan kemuliaan,
tapi kebaikan..

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

wassalam

No comments:

Post a Comment