akhawat2 mesir
bismillah..
nukilan kali ini khusus buat tatapan akhawat di Mesir...
syukur pada Ilahi kerana masih diberi kesempatan ini untuk melakar secebis dua kata.. he.. erm.. setinggi-tinggi rindu buat Rasul s.a.w pembawa Rahmat seluruh alam, sahabat2nya yang penuh gigih meneruskan usaha menyebarkan agama Islam... juga salam sepenuh cinta dan rindu buat sahabat2 yang jauh di Mesir, fatin, sakinah, nasyitah, samihah dan uswah.. tak lupa senior2, kak Rodhi, kak Mahfudzah dan lain2 yang tak tersebut nama... semoga kalian tetap dalam keredhaan dan rahmat Allah dalam menempuh pahit getir hidup di sana.. he.. ucapan cam nak bagi syarahan jek..
kami akhawat mesia amat2 mengharapkan sokongan dan selaksa doa dari antunna.
tergerak hati nak menulis coretan ini agar kalian dapat tahu keadaan kami di sini. kita pun dah lama tak berborak panjang, dan saat itu amat2 ana rindui.. saat mata2 yang lain lelap menantikan waktu qiamullail, kita selalu berborak mengenai mehnah dan tribulasi bagaikan tak akan berjumpa lagi sepuluh tahun akan datang.. rindu katibah ngan antunna!! dan ana juga harap antunna di sana berkongsi rasa dalam perjalanan hidup di sana.. maknanya, kena reply la ni.. he..
semakin lama ana dalam jalan ni, semakin ana faham segala perkara yang antunna pernah lakukan dahulu. segala persoalan mengenai amal yang antunna lakukan dulu terjawab 80% kerana kami di sini juga berjuang melaksanakannya. lagi 20% masih dalam pencarian.. he..
urm.. memang tarbiah ana dapat dari zaman sekolah lagi, tapi, rupanya ana sendiri baru sedar ana tak pernah melakukan amal yang sebenar-benar amal. amar ma'ruf nahi mungkar dah biasa dan tepu dalam diri tapi tak pernah ada penerusan dalam kerja. patutlah selama ni cam asik tak "menjadi" je... rupanya tak ikut cara Rasulullah didik sahabat menerusi cara pembentukan Qaedah Sulbah..
ana pun masih lagi jahil dalam perkara2 sebegini. nak harapkan usrah yang ana ikut dari form 1, kalau seorang muallimah tu tak ajak ana usrah lepas spm, ana bukan ana hari ni.. mungkin tudung dah lain.. nauzzubillah.. mungkin dah berkepit dengan mana2 lelaki bukan mahram, nauzzubillah.. mungkin segalanya tunggang-langgang, dah tak de nilai.. nauzzubillah..
ana masih ingat zaman sekolah dulu, antunna sering digelar2 kerana antunna amat berbeza dan sering pergi program secara sirr. ana bukan di dalam golongan antunna tapi ana sering tertanya2 dan musykil dengan sikap antunna. "nak tarbiah tapi rahsia2". haha.. ana gelakkan diri sendiri. ana sendiri macam tu sekarang ni. hurm..
ana tak pernah terfikir nak ikut jejak langkah antunna, sejak ana dapat usrah dengan antunna, ana jadi takut sebab ana ni "kurang" serba serbi. ana mengaku, tudung yang ana pakai pun sebab dari kecik pakai cani. tapi alhamdulillah, Allah sayang kita, Allah nak tunjuk jalan yang betul, alhamdulillah, antunna terima ana dengan baik.. walaupun ana ni "biasa-biasa" je. terima kasih sahabat!!
kadang-kadang ana rasakan antunna amat bertuah, rasa nak beri je gelaran "assabiqun al awaalun" pada antunna. berhijrahnya antunna ke bumi mesir bagaikan hijrahnya Muhajirin ke Madinah meninggalkan bumi mekah. nak dengar cerita apa terjadi di bumi "mekah" yang antunna tinggalkan sebentar?
ana kecilkan sikit skop bumi "mekah" itu.
kami di UiTM amat sikit. maknanya amat sikit sangat. dan ana begitu kagum dengan semangat mereka, berkobar-kobar dan tak pernah berputus asa dalam mentarbiah manusia. biarlah ana ceritakan kisah peribadi2 mereka ni, supaya kita semua dapat mencontohi semangat yang mereka ada.
seorang akhawat A, tarbiah bukanlah dari zaman sekolah seperti kita. tarbiah itu dicari. Islam itu dicari dan dihayati. lalu berdirilah peribadi serba kurang ini menegakkan prinsipnya sendiri. Ana kagum dengan kentalnya semangatnya. dengan memasuki kelompok mad'u melalui wasilah kepimpinan pelajar, walau berdikit2, alhamdulillah, telah menghasilkan seorang lagi dan insya-allah ramai lagi pendokong2 di sini.. lalu bilangan kami pun bertambah.
seorang akhawat F, dahulunya tudung yang singkat menjadi hijab. kini bertukar wajah memakai hijab seperti kita. Allahu Akbar. Dia saja yang memberi hidayah pada insan yang dipilihnya. walau di usia belasan tahun, kini menjadi naib naqibah di kalangan kami. perubahannya mendadak. ana sendiri malu dengannya.. dan mualllimah2 kita sendiri kagum dengan dirinya. antunna pasti akan tak sabar nak jumpa dengannya sebab ana pun tak sabar2 nak perkenalkan dia pada antunna. alhamdulillah, bilangan kami bertambah lagi..
seorang akhawat K, bukanlah insan yang sempurna. hijabnya settle, tapi tak pernah berani untuk memegang usrah dengan pelbagai alasan. tarbiahnya dalam usrah cukup lama. tapi tak pernah mencari mad'u untuk menambahkan kekuatan kami. kini, walau terasing dari akhawat yang lain di bumi UiTM shah alam, dia berusaha menambah bilangan kami dan alhamdulillah dia berusaha mencontohi sahabat Rasulullah dengan seorang diri berdakwah di bumi luar UiTM S.A dan diberi kekuatan mencari pendokong di UiTM puncak Perdana yang tak jauh dari kampus induk. alhamdulillah, insya-allah berkembangnya lagi satu sayap kami.
seorang akhawat N, lemah lembut, bukan insan yang pandai berhujah tapi lembut dalam mendidik mad'u. nasihatnya cukup menguatkan semangat kami dan menjadi penasihat tak rasmi jika kami mula rebah dan jatuh.. kini berusaha mendidik pendokong-pendokong dengan begitu gigih, dan insya-allah akan mendirikan baitul Muslim. alhamdulillah, bertambahnya penguat2 di kalangan kami.
dan banyak lagi akhawat yang lain.. bukan ana pinggirkan mereka, tapi peribadi mereka juga hebat-hebat belaka.. hebat ana katakan kerana mereka lebih hebat dari antunna.. hehe.. boleh tak kalau nak cakap macam tu? mereka ni, insan biasa sangat2. dari tak pakai tudung, kini bertudung labuh, hasil tarbiah Islam, kini berdiri dengan lantang menaikkan semangat2 kami.. masya-allah.. dan kalau boleh ana nak perkenalkan mereka dengan antunna.. jadi kena balik Malaysia lah.. he.. jom qiam sesame lagi.. ana cerita semua sekali..
cerita kami para "Ghuraba' UiTM" amatlah pelik bin ajaib. walau dulu ana bagai "menyesal" berada dalam masyarakat yang "fadha", ana sendiri sayang nak tinggalkan medan itu kerana bagai terikat satu ikatan padanya. satu persatu tawaran luar negara ana terpaksa tolak sehinggalah ana yakin tarbiah di sini ada penerusnya. satu perkara yang ana sedari. kalau kita bersekolah agama, setinggi mana pun jawatan kepimpinan kita di sekolah dulu, tak bermakna apa-apa jika tak berusaha untuk memperbaiki tarbiah diri dan berusaha meneruskan tarbiah untuk diri sendiri terutama sekali dalam hal jemaah.
graduate sekolah menengah tak bermakna kita graduate usrah di sekolah. banyak ikhwah dan akhawat yang ana lihat hebat di sekolah satu persatu sungkur di usia muda dan tak kurang juga ikhwah akhawat yang dahulunya insan "biasa" kini hebat dalam mentarbiah masyarakat..
Ya allah, kuatkan lah ikatan2 kami, jangan biarkan satu dari mujahid2 dan mujahidah2 tersungkur di medan sendiri..
tapi jangan salah sangka, muallim2, muallimah2 dan bekas2 muallim muallimah hingga sekarang tetap sebut2 nama sekolah kita, kerana dari situ juga mereka mula mengenal medan yang sekarang mereka perjuangkan. setiap kali mereka memberi pengisian, pasti akan menyebut peribadi2 hebat di sekolah kita, bagai tak pernah luput sejarah manis di sana dan amat menyayangi sekolah kita..
ana amat berasa bangga, tapi bangga sorang-soranglah, sebab ana sorang je yang faham dan merasai zaman2 itu.
cerita yang ringkas dapat ana kongsikan.. insya-allah ana akan ceritakan lagi, insya-allah ana akan kumpul kisah2 akhawat Malaysia, bila ana berpeluang berjumpa dengan akhawat kawasan2 lain..
jangan lupa reply.. he..
'ala barakatillah.. ukhtukunna fil islam.. salam 'alaikum.. ilal liqo'!!!
maafkan ana jika ada yang tak berkenan di hati.. uhibbukunna fillah!!
p/s: hari tu ana pegi katibah, terserempak dengan ahli rumah antunna yang balik bercuti di mesia... what to say eh.. bila tau je mereka ni dari al azhar cairo.. ana terus nangis.. he.. asik nangis je.. bukan ape.. tapi terharu sebab rindu sangat100x dengan antunna.. and that night jugak kali terakhir jumpa iera.. nostalgia betul.. lepas ni..'iffah pulak. huhu..
doakan kami~
uiks..kite ade lagi kat mesia.
ReplyDeletelupe ke? opps..tak same lebel..
nape muni kate camtuh?
ReplyDeleteerm.. ok la.. silap ana.. meh ana tukar balik eh..
maaf ye.. kalau tersinggung..
bukan lupe kat muni.. ramai sangat orang kat mesia nih.. =D sampai tak nampak muni yang jelita.. he.. jangan marah ye..
maafkan tak ni..
"tak sama lebel" ??!!
manusia hanya dilevelkan dengan tahap keimanan dan ketaqwaan.. boleh jadi level kita sama, boleh jadi level muni lagi tinggi dari ana, boleh jadi level ana lagi tinggi dari murni..
'ala barakatillah..
maaf krn lama tak menjengah ke sini..rupanya ada perutusan khas utk kami..
ReplyDeletedi bumi mana pun kita berada..sama sahaja.yg Allah pandang adalah amal,usaha & taqwa kita.ingat,masing2 punya kelebihan tersendiri."mekah" & "madinah" ada kelebihan masing2.gunakan kelebihan & peluang yg ada sepenuhnya utk Islam.
"rasa nak beri je gelaran "assabiqun al awaalun".."
~ya Allah,jauhnya kami kalau nak dibanding dgn mereka..anggap sahaja kami sahabat yg sentiasa bersedia utk berkongsi apa sahaja..
~sori sgt sbb da lama tak sembang..laptop rosak huhu (alasan ke ni?)
salam ramadhan dari bumi para nabi.jgn nangis dah..ramai je lagi kawan nti kat msia tu.