kata-kata hukamak:
"kam min 'amalin kabiirin tusaghghiruhu binniah wa kam min 'amalin saghirin tukabbiruhu binniah"
-boleh jadi perkara yang besar menjadi kecil kerana niat dan boleh jadi perkara yang kecil menjadi besar kerana niat-
oleh itu: menjaga niat adalah sangat penting dan mustahak.
jadilah seorang saudagar niat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang pernah diriwayatkan dalam sejarah, selalu memperbanyakkan dan memperbaharui niat dalam setiap langkahnya. wallahua'lam..
Allah Maha Menyayangi hambaNya.. tak sekali-kali dibebankan atas hambaNya sesuatu yang tak mampu ditampungnya..
Allah Maha Besar dalam susunan pentadbiranNya, segala yang diatur itu ada sebab yang munasabah hanya untuk kebaikan hambaNya, tanpa mengurangkan sedikit pun zatNya..
tak perlu JAWATAN tinggi2 untuk cari redha Ilahi..
biarlah hanya insan biasa..
tapi niatnya seluas lautan..
setinggi langit..
bukan kemuliaan yang dicari,
bukan pujian yang ditagih..
bukan ucapan tahniah yang diharap2..
tapi keredhaan Allah itu sendiri yang lebih penting..
Gahnya Sultan Muhammad Al-Fateh kerana dialah insan yang disebut Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik pemimpin bagi sebaik-baik tentera.. mungkin tak mampu menjadi sebaik mereka, tapi cukuplah jika dapat mencontohi mereka dalam setiap tindak-tanduk..
menjadi yang terbaik bukan mudah.. hebat dugaan.. itu yang mematangkan.. dewasa itu perlu.. agar jiwa terbang tinggi jauh dari angan-angan..
kapak harus diasah kembali..
sinsingkanlah lengan bajumu..
kerahkan keringatmu..
umat memerlukanmu..
teruskan langkah..
perjuangan belum berakhir..
Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud~
takbir!! ALLAHU AKBAR!!
No comments:
Post a Comment