Thursday, 22 January 2009

ini bukan isu pisang goreng

"pisang goreng"

laku bila panas.. sedap dimakan begitu saja..

isu palestin bukan isu "pisang goreng"

kelmarin, semalam dan hari ni, di sini (read: uitm shah alam) diadakan program "jom Selamatkan Palestin".. satu usaha murni yang wajar dipuji.. sebab di sini.. TIADA isu itu dibangkitkan.. hikmah perang di sana.. buat kami di sini.. Alhamdulillah.. kami semua masih berdiri bersama masyarakat..

maka, lahirlah jiwa-jiwa yang bangun menunjukkan pendirian.. sayang.. yang dilaungkan.. "INI ISU KEMANUSIAAN".. (dipendekkan huraian).. kalau berani masa tu, memang nak je dok kat microfon.."sahabat2.. ini ISU AGAMA.. bukan kemanusiaan semata-mata"..

jiwa melonjak-lonjak rasa macam masa tu jugak nak bagi ceramah.. hamburkan apa yang kita tahu.. rasa masa tu jugak, nak ketuk satu-satu hati para hadirin.. "JOM kita BERSATU.."

ini satu pintu jalan pintas Allah nak beri pada Daie sekalian.. KETUK HATI mereka!! jangan buang masa.. ini modal kita.. tapi, aku lihat sekeliling.. mana Daie? mana Daie.. mereka ada.. jangan risau.. teruskan dengan cara kita.. Insya-Allah, Allah bersama kita..

sedih.. jika akhirnya program itu hanya macam "SYOK SENDIRI".. hadirin tak terasa sikit pun.. hanya sekadar nak kutip kupon aktiviti di akhir program.. bukan salah mereka, mereka tak faham.. salah kita!! teruskan bekerja!! berikan keFAHAMan yang JELAS!!!

Ayuh..
kita masih tak terlambat..
mungkin tak banyak dapat kita kontribusikan..
walau hanya menampal stiker "SAVE GAZA" di pintu kereta..
mungkin tak mencukupi..
tapi biarlah mereka tau..
kita di antara yang menyokong..
isu ini bukan isu "pisang goreng"..

teruskan bekerja!!!

No comments:

Post a Comment