Wednesday, 6 January 2010

KASBI


19 Disember 2009

semangat itu masih terasa. jeritan itu masih bersahut-sahutan. TAKBIR.. "Allahu Akbar" satu lagi mata diperolehi. senyuman dan ketawa itu masih kedengaran. peluh itu deras mengalir. disapu dengan hujung lengan baju. bunyi wisel juga bingit.

semua itu harga sebuah ikatan. ikatan hati. ikatan yang takkan telerai.

SHARK ALAM WARRIORS. pahlawan jerung. gerun. hehe.. itulah kami.

jerung menggegarkan padang GMI, Bangi. dua kontinjen wanita mewakili Shah Alam. Karnival Sukan Belia Islam anjuran PEMBINA. "Menzahirkan Keperkasaan Belia" motto yang membakar.

malam sebelumnya, kami bertiga yang akan bertolak dari UiTM (saya, fatimah dan ili) berlatih sakan. teman-teman yang lain tak dapat datang berlatih.

jam 1100 p.m kami menuju ke Pusat Sukan. Gelanggang bola tampar dicemar duli. Kelihatan peserta Karnival IKTIRAF beransur pulang melewati gelanggang kami. pelik tiga manusia terpacak di gelanggang memukul bola berkali-kali. hujan. gerimis. dan, lampu terpadam. latihan tetap diteruskan.

hujan makin lebat. latihan dihentikan. menuju ke kolej kediaman, tugas seterusnya: persiapan perbarisan. BUNCHO water colours dibancuh.. hitam dan putih. campurannya menjadi kelabu. warna jerung kami.. 20 jerung harus diwarnakan. seronok. mata mengantuk. tangan dah kotor. jam 3 pagi, saya syahid dulu meninggalkan dua teman menghabiskan mewarna.

esok pagi, seekor jerung warna biru. Fatimah nak jerung warna biru. Sirip jerung pun dah sedia.

bergegas ke UKM Bangi. kakakku menyambut dengan wajahnya yang "begitu".. huhu..

perasmian yang ringkas disusuli keberangkatan kontinjen wanita ke GMI. dan itu yang best, karnival sukan ni melibatkan lelaki dan perempuan, tapi tempat perlawanan diasingkan. rindu sekolah...

JERUNG MENUNJUKKAN TARING
kami menghantar satu kontinjen bola jaring dan satu kontinjen bola tampar.

bola jaring: kalah peringkat kumpulan
saya sempat keluar dari bola tampar sekejap (lwn Melaka) ke gelanggang netball (lwn Penang) untuk pertukaran pemain saat akhir. netball sangat memerlukan stamina yang tinggi, sangat penat berbanding volleyball. pemain netball sangat kuat semangat. walau diasak berkali-kali tetap memberikan saingan. tahniah!

bola tampar: menang tempat kedua...
kalah melawan Melaka
menang melawan DHL
menang melawan Penang

kedudukan tak menjadi persoalan. yang penting semangat kesukanan yang ditunjukkan dan sikap bertolak ansur.

satu yang menarik tentang SHARK ALAM WARRIORS ni adalah sorakan kami. dengan adanya Muallimah Elyah sebagai ketua pasukan sorak kami, semangatnya berbeza sikit dan hanya kami faham apa yang kami sorak.. hehe... contohnya: "dua digit... dua digit... dua digit.." atau "nasi ayam... nasi ayam..." dan selebihnya sorakan semangat yang biasa kedengaran...

ok. nak tahu apa maksud sorakan kami?

dua digit: oleh kerana perlawanan volleyball pertama kami melawan Melaka, kalah dengan mata 7-21, maka kami sorak "dua digit" sebab at least, mata tu biarlah dua digit.. huhu..

nasi ayam: juadah tengahari kami nasi ayam yang sangat sedap. tapi oleh kerana nasi ayam datang lambat dan perlawanan dah nak bermula, beberapa pemain tak sempat nak makan, terus terjun padang. "nasi ayam" tu dirujuk pada bola tampar, maksudnya, ambik, jangan tak ambik (passing bola ke pihak lawan)

alhamdulillah, rupa-rupanya akhawat shah alam ni kuat-kuat belaka. nampak je lembut.. hehe.. tangan yang menggoncang dunia... Insya-Allah!

semoga bertemu lagi dalam program PEMBINA yang lain... jomlah join PEMBINA... PEMBINA ni best....

No comments:

Post a Comment