Wednesday, 6 January 2010

KEM LEPASAN SPM 5

masih terbayang di minda saya, kami peserta KLS 2005 menari tarian "banana split" yang diajar kakak-kakak yang balik bercuti dari Australia, yang menjadi fasilitator kami waktu itu. masa "kanak-kanak" dulu..

kini, buat tahun keduanya, saya menjadi JK bagi program yang ditunggu-tunggu pelajar lepasan SPM. pertamanya saya memohon kemaafan kepada JK yang lain sekiranya kurang penglibatan ketika promosi dan mesyuarat2 awal.

memang agak sukar bagi saya mengikuti mana-mana aktiviti ketika minggu peperiksaan. tumpuan saya ketika itu 100% pada exam. kerana itu saya minta agar ditugaskan ketika program. tapi, alhamdulillah, sahabat2 sangat memahami, sangat banyak membantu dalam banyak perkara.

Kem Nur Sungai Merab, Kajang.
25 Disember 2009

alhamdulillah, KLS is doing better than year before. so exciting. adik-adik peserta yang bersemangat dan peramah. JK yang efisien, fasilitator yang ceria dan mantap..

KEM LEPASAN SPM 5
anjuran PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

lebih pengisian bermanfaat. peserta didedahkan skop kursus secara terperinci oleh pembentang-pembentang berpengalaman yang dijemput khusus untuk adik-adik lepasan SPM. sebenarnya, peserta KLS sangat bertuah dapat berjumpa barisan fasilitator yang dipilih secara terperinci untuk memandu peserta ke arah hala tuju selepas SPM.

bukan itu sahaja, peserta dipersiapkan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang tak diduga ketika memasuki alam universiti yang sangat penuh ranjau dan duri.

alhamdulillah, semoga adik-adik peserta perempuan ingat pesanan akak masa malam persembahan tu sampai bila-bila dan nasihat serta tunjuk ajar dari kakak-kakak lain yang sangat rindukan adik-adik.

keep in touch with us. pliz do not hesitate to contact us. Insya-Allah, this bond will last forever... rindu korang sangat-sangat..

Salam rindu buat semua adik-adik peserta KLS 5... do best in ur life.. for Islam.. for Allah..

No comments:

Post a Comment