Monday, 1 February 2010

Barakah Anak yang Solehah

Bismillah... Salam 'Alaykum..

Alhamdulillah syukur, Ummi dah selamat pulang dari Dungun malam Ahad yang lepas, KoBanna berjalan lancar dari pagi ke petang dan semua peserta KoBanna dari Shah Alam selamat pulang ke kediaman masing-masing.. Alhamdulillah.. terima kasih kat Amirah (adik saya) sebab mengambil alih tugas saya jaga adik2 kat rumah sepanjang Sabtu..

dan setinggi syukur Ya Allah, Wan dah beransur pulih.. bak usikan saya: "Iyalah, anak kesayangan Wan balik.." saya sempat bertanyakan khabar Wan pada Ummi yang bertolak pagi Jumaat ke Dungun.. sebenarnya Wan tak tahu pun Ummi balik Dungun, sorang-sorang pula sebab abah kerja dan adik2 sekolah.. Wan sangat terkejut melihat Ummi muncul depan pintu rumah, macam tak percaya (bidadari manalah pulak..hehe).. iyalah, biasanya kami hanya balik Dungun sekali atau dua kali setahun.. dan kami biasanya akan gayut telefon ngan Wan bila dapat call free dari Celcom masa birthday, 7 orang pakai Celcom x seminggu = 7 minggu..

Dari cerita Ummi, saya tahu Wan sangat merindukan anaknya yang taat mengikut suami ke Selangor, jauh dari keluarga.. dan banyak khatirah dapat saya kutip dari ujian Allah ni..

1. anak yang solehah dapat mengembalikan semangat untuk hidup buat ibunya yang hampir berputus asa. kestabilan psikologi pesakit lebih mujarab dari ubat yang berbungkus-bungkus..
2. ajaibnya anak yang solehah ini kerana doanya. kasih buat orang tuanya bukan kerana harta atau wasiat, tetapi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.
3. kasih seorang anak yang solehah tak boleh ditunjukkan tapi boleh dirasai.
4. di waktu ibu bapa melalui waktu tua dan uzur, dia hanya mahukan anak yang solehah di sisi..
5. bila mana ibu bapa merelakan anaknya mengikut suami (yang menjadi keutamaan lebih dari ibu bapa), anak-anak akan menjadi lebih prihatin kepadanya..
6. last sekali, tak susah nak jadi anak yang solehah.. tapi sangat mencabar emosi seorang perempuan yang asalnya adalah "manja"...

saya doakan semua anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, agar tak de lagi istilah "rumah orang-orang tua" untuk umat Islam.. jom sama-sama jadi lebih soleh dan solehah untuk umi abah kita, untung mereka ada kita di dunia dan di akhirat..

p/s: kalau ada yang degil sangat nak derhaka kat mak ayah, ingatlah bau syurga pun takleh nak cium!!

wallahua'lam... dan setiap peristiwa yang berlaku adalah untuk kita bersyukur dan berfikir...

No comments:

Post a Comment