Monday, 1 February 2010

pesan buat adik!!

Dalam perjalanan ke masjid menghantar Amin ke masjid untuk Solat Jumaat, saya bercerita kepada adik-adik saya yang ada dalam kereta: Amin (12), Maryam (10) dan Umairah (7).. kisah saya melawat seorang akhawat yang baru menjalani transplant sum-sum tulang dari adiknya, Ukhti Nabilah Huda Bt Zaim dan Asma' Adilah bt Zaim..

"Nak tahu tak, ada sorang kawan Ca ni, sebaya dengan Ca taw. dia sakit, kat hospital sekarang. dia kena duduk dalam bilik dan orang lain boleh cakap dari luar je, mak ngan ayah dia pun takleh jumpa dia, kena tengok kat tingkap je.. dia sakit leukemia, barah darah. jadi darah dia dah tak elok, kena ganti darah baru.. tapi kalau nak darah baru, dia kena amik sum-sum tulang orang lain.."

"sum-sum tulang tu apa pulak?" Umairah mencelah..

"sum-sum tulang tu cecair yang ada kat dalam tulang belakang kita ni.. sum-sum tulang ni boleh buat darah baru untuk dia.. pastu nak tahu tak, ada sorang adik beradik dia yang boleh derma sum-sum tulang untuk dia.. tapi kalau nak amik sum-sum tulang tu, adik dia tu kena baring meniarap, pastu tulang dia kena tebuk nak keluarkan sum-sum tulang tu.."

"eiii... sakitnya.."

"ha, tau pon.. tapi nak tahu tak, adik dia tu kan, sebaya umur ngan Umai.. kecik lagi, baru darjah satu.."

semua senyap..

"macam Umai bagi sum-sum tulang kat Ca lah ye.."

"ha, macam gitulah..."

"jadi, kesimpulannya, jangan gaduh adik beradik sebab kita tak tahu bila kita susah. sebab bila kita susah, adik beradik kita yang akan tolong kita.."

klik untuk blog Ukhti Nabilah Huda atau Ukhti Nabilah Huda
moga tabah hati tak berbelah bagi..

p/s: sebenarnya saya tak kenal Ukhti ni secara langsung, tapi alhamdulillah.. ukhuwah tu tak de sempadan..

3 comments:

  1. salam..terima ksh kakak atas nsht tu(perasan muda)

    nisa, nabilah ni y mana 1?tk sure.
    kak aby ke? ke y amik dentist kt jordan tu?

    ReplyDelete
  2. wsalam.. la ba'sa 'alal wajib.. eheheh..

    ni nabilah yang amik syariah kat jordan

    anak akhi Zaim.. bukan akhwat SAK.. kakak dia, k safiah keje ngan aman palestin, mgkn k ila penah jumpe..

    ReplyDelete
  3. nabilah dentist jordan tu nabilah yaakub

    kak aby : nabihah..

    ReplyDelete