"** dah pakai tudung?" taip seseorang.
"Since when?" saya bertanya.. "last week.." jawab aifa. "For good?" saya cuba mendapat kepastian.. "maybe, kalau tak, kenapa dia ke hulu ke hilir pakai tudung.."
perkenalan kami dua tahun yang lalu mengenalkan aku pada susuk tubuh yang tinggi lampai dan sungguh jelita. benar, sungguh jelita.. oleh kerana kami tidur sekatil (double decker), hubungan kami makin rapat dari hari ke hari.. hidup bersama mereka sungguh membuat aku rasa dekat dengan manusia yang sungguh istimewa..
Cuma, sejak beberapa tahun yang lalu, kami sudah tidak sebilik. aku menetap di rumah sewa dan sekarang di Kolej Melati.. sedang mereka semuanya di Seroja..
Syukur, Alhamdulillah.. saya doakan dia istiqamah dengan perubahannya sampai bila-bila.. sungguh, saya sangat gembira dengar berita-berita seperti ni.. bertali arus berita-berita gembira menyapa sejak akhir-akhir ni.. Alhamdulillah..
untuk dia,
semoga perubahan ini dilakukan kerana cinta kepada Allah.. kudoakan kebaikan menyusurinya di sepanjang hari-harinya..
"lihatlah kebaikan di dalam diri seseorang, nescaya kau akan menyenanginya..."
"hidayah tu Allah yang Maha Best yang kasi.. beruntunglah bagi mereka yang dikurniakan hidayah..."
No comments:
Post a Comment