Thursday, 20 May 2010

Sabar . Baik Sangka . Jadi Baik .

Susah . tapi best .
Halangan . kena kuat .
Sedih . Jangan nangis!
Geram . Jangan Marah... bagimu syurga..

sharing from sini

Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh!



Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :
”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:
1. seorang mukmin yang dengki padanya
2. munafiq yang membencinya
3. kafir yang membunuhnya
4. syaitan yang menyesatkannya
5. hawa nafsu yang menggodanya”

Mengapa mereka dengki?
Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Ya Allah! Thabatkan! Lembutkan hati kami.. leburkanlah hasad di antara kami..
Syaitan!! awak duk jauh-jauh.. jangan menyibuk..


-bila kawan sendiri bertindak macam bermusuh.. apa rasa?- risau...

No comments:

Post a Comment