"Insya-Allah Aiman. kita nak bawa apa-apa tak?"
"kita bawa roti canai kegemaran Fauzi, nak?"
"Roti canai?" soal Hafiz.
"kenapa?"
"nanti bertambah-tambah inci kawan kita tu. hehe.." gurau Hafiz.
"anta ni, ade pulak ke situ.. meh sini ana nak cakap satu benda."
"apa?" didekatkan telinganya ke arah Aiman.
"sebenarnya ana yang nak makan roti canai.. hehehe.." lambat-lambat dia berbisik.
satu tamparan mesra singgah di bahu Aiman.
"anta ni lagi teruk. kita ni kan nak ziarah Fauzi sebab dia sakit jatuh motor. boleh pulak ambil kesempatan nak makan roti canai."
"ana gurau sajalah.. semalam, Fauzi yang minta roti canai, sebab dia kena berpantang, takut lukanya bernanah. anta dah terkena.. 1-0."
"Aiman!!!!" diserabutkan rambut Aiman yang kemas bersikat.
berguling-guling dua sahabat itu atas lantai.
"Masya-Allah. Aiman, Hafiz, sudahlah tu. tak de gaya YDP langsung."
"YDP tu pangkat je Fizi, Aiman tetap Aiman." digeleteknya lagi Hafiz.
"haish, budak-budak ni. Hafiz, tu kawan nta tunggu kat bustop. Sape namanya tu, Ain?" Fizi cuba mengingat.
"Hafiz, ana musykil ni. sejak bila nta ada kawan perempuan ni? tak cerita kat ana pun.." risik Aiman.
"kawan lama. sekampung pula tu. dari tadika dah kenal, tak de apa-apa yang istimewalah.. tadi mak ana telefon, dia kirim lauk mak ana kot. bulan lepas terserempak dengan dia kat perpustakaan." terang Hafiz sambil mengenakan T-Shirt "Al-Quds is belong to ME!".
"dia sorang je ke yang datang?"
"ntahlah. biasanya dia bawa kawan dia, Hawa."
"Hafiz, ni mak kau bagi lauk. dia tanya bila kau nak balik kampung. dia suruh kau telefon dia."
"ok. Thanks ye Ain. aku baru je call mak aku tadi." dikerling Hawa yang menemani.
"Hafiz, nak minta tolong boleh?" Hawa pula bersuara.
"Insya-Allah. kenapa?"
"ni bagi kat Aiman." Hawa menghulurkan bungkusan pada Hafiz.
"lauk apa mak anta kirim?"
"sambal ikan bilis dengan tempe dan kerabu mangga. ni untuk anta." bungkusan tadi bertukar tangan.
"mak anta pun kirim barang untuk ana?"
"tak. tu Hawa yang kasi."
"Hawa? kawan Ain?"
Hafiz sekadar mengangguk. Aiman sekadar memandang bungkusan itu tanpa membukanya. Helmet dan kunci motor dicapai dan mereka bergegas untuk menziarahi Fauzi.
"Assalamualaykum!!"
"waalaykumsalam.. oh Aiman. jemput masuk." pelawa Puan Hani.
"ana bawa roti canai ni ke dapur dulu." Hafiz memberitahu.
"Apa khabar Fauzi? best tak cuti lama-lama?"
"sedih la Aiman, ana kena cuti sem ni. Kaki ni lama lagi baru baik. Tak sangka pula jadi seteruk ni. Ingatkan hari tu luka biasa saja, ni dah kena infection pula.." Empati Aiman mendengar..
"Insya-Allah, ada hikmahnya. anta pun boleh juga belajar di rumah. satu sem je extend. Insya-Allah, berkat musibah yang Allah timpakan dapat kurangkan dosa-dosa anta... Ana pun cemburu tengok anta, sekurang-kurangnya anta dapat kurangkan dosa, ana ni lagi bertambah dosa pula rasanya. Nauzzubillah.."
"Aiman, nta ni memang pandai ambil hati ya.." Aiman sekadar tersenyum.
"Fauzi, nah." bungkusan tadi bertukar tangan.
"Apa ni?"
"Untuk anta."
bungkusan dibuka. sekeping coklat di dalam.
"Wah! bahagianya jadi orang sakit ni. dapat hadiah pula!" giat Hafiz dengan dulang membawa roti canai ke meja bersebelahan.
Aiman tersenyum. puas melihat temannya gembira.
"Aiman, tu bukan yang Hawa kasi ke?" Hafiz bertanya sambil mengenakan topi keledar.
"Hafiz, anta ni macam baru kenal ana sehari pula."
"Aiman, ana kagum dengan anta, walaupun ramai yang minat anta, anta macam tolak satu persatu. Kenapa? Anta tak berminat dengan perempuan ke? ke dah ada pilihan sendiri?"
"Hafiz, bukan tak berminatlah, ana cuma menjaga diri ana dan ana bukannya nak sakitkan hati sesiapa. anta faham kan maksud ana? Bab pilihan sendiri tu betul kot, kan Allah dah pilih untuk ana sejak azali lagi.. hehe.."
"Itu dah pasti. hehe.. Ana harap, ana pun dapat jaga diri ana."
"Maksud anta, Ain?"
Hafiz mengangguk.
"Dia tu kawan sekampung ana. keluarga kami rapat sangat. cuma dia tak faham macam kita faham. ana tahu semua ni pun dari anta. kalau ana silap langkah, mungkinana dah sama macam mat-mat bunga yang lain tuh.. hihi.."
"Insya-Allah, perlahan-lahan anta cuba terangkan pada dia."
kedua-duanya senyum simpul. Sambil menghidupkan enjin motor, Aiman teringat sepotong pesan dari Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
"7 golongan yang dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya; imam yang adil, pemuda yang hidup membesar dalam beribadah kepada Allah, seseorang yang hatinya selalu tergantung kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah baik ketika bertemu atau sesudah berpisah, seorang laki-laki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan kaya nan cantik, maka ia tolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah, seorang yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tidak ketahui oleh yang kiri apa yang dilakukan oleh kanannya dan seorang yang berzikir ingat kepada Allah dalam sendirian, sehingga bercucuran air matanya."
Aiman ligat memikirkan perbualannya dangan Hafiz tadi. Juga perbuatannya memberi hadiah pemberian Hawa kepadanya, lalu diiberikan kepada Fauzi. Setiap manusia ada potensi untuk berubah, cuma perlukan satu anjakan dan tolakan di dalam diri untuk menjadikannya lebih baik dari semalam.
Bukan semua orang baik, juga bukan semua orang jahat. Setiap insan melakukan kesalahan. Lalu, kemaafan dari Tuhanlah sewajarnya dituntut. Kita sebagai manusia yang saling melakukan kesalahan, apalah haknya untuk membeza-bandingkan manusia?
to be continued....
No comments:
Post a Comment