Thursday, 27 January 2011

al muslim akhu al muslim..

"Mahukah kamu beriman pada Tuhan yang Esa, Tuhan Yang Maha Menciptakan, Tuhan Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Kaya dengan Kebesaran ZatNya, yang memberi balasan baik kepada sesiapa yang membuat kebaikan dan balasan buruk kepada sesiapa yang melakukan kezaliman?"

"Siapakah dia sahabatku?"

"Dialah Allah..."

"Saksikanlah Allah itu Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, dan Muhammad bin Abdullah adalah hamba dan utusan Allah.."

"Aku bersaksi La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah"

Tatkala Rasulullah masih trauma dengan peristiwa di Gua Hira', di antara wajah yang singgah di birai matanya adalah sahabat kesayangannya, Abu Bakar As-Siddiq, tanpa lengah lagi baginda lantas menyampaikan niatnya kepada teman yang dicintai dan dipercayai itu. Alangkah bersyukurnya baginda tatkala mendengar penyaksian sahabat karibnya itu. Bahkan ketika itu baginda belum terbayang tentangan yang maha dahsyat yang akan dilaluinya dalam menyampaikan risalahnya. Bahkan beliau tidak pernah terbayang sahabatnya itulah yang akan berdiri bersama di kala susah atau senang sehingga ke akhir hayatnya.. dia yang membenarkan tatkala manusia memperolokkan..

Abu Bakar akhirnya menerima seruan Islam tanpa mempersoalkan lantaran kepercayaan kepada insan yang terbukti memiliki akhlak yang terbaik di kalangan kaumnya...

di atas ikatan ini, ikatan Aqidah, wujudlah satu perisai yang melindungi hak sesama mereka..

As narrated by Abu Hurairah, from Rasulullah (PBUH):

"....... A Muslim is the brother of a Muslim : he does not oppress him, nor does he lie to him, nor does he told him in contempt. Taqwaa (Piety) is right here (and he pointed to his chest three times). It is evil enough for a man to hold his brother Muslim in contempt. The whole of a Muslim is inviolable for another Muslim : his blood, his property and his honour."


...al muslim akhu al muslim...

jika kita seorang Muslim, dengan menghayati intipati hadith di atas, pasti akan singgah di benak kita, perasaan hormat sesama muslim sehingga tidak sanggup menuturkan kata menghinanya, merendahkannya, memburukkannya apalagi memfitnahnya..

bahkan akan singgah di hati rasa simpati tatkala melihat saudara semuslimnya ditekan, difitnah, dikeji apalagi direndah-rendahkan martabatnya...

pasti akan mendidih darah kita apabila mendengar seorang muslim merendah-rendah dan memburuk-burukkan saudara muslimnya yang lain.. like two brothers, if you pinch him, i promise i'll beat you back!

kerana ia adalah perisai seorang muslim dari syaitan yang memusuhi anak Adam, yang akan menanamkan perasaan dengki, amarah dan benci di antara Muslim dengan Muslim yang lain..

jika asas perhubungan kita adalah kerana Allah, cukuplah hadith di atas untuk mengingatkan kita akan perisai yang melindungi hak di antara saudara sesama muslim... itu hakikat yang tak boleh diubah..

apa yang menyedihkan, realitinya, sesama Muslim kita bercakar, saling merendah-rendah dan memperlekehkan.. memburukkan lebih teruk memfitnahnya dengan perkara yang salah.. hanya kerana kemarahan yang pernah bertanda... hanya kerana perbezaan yang wujud di antara keduanya...

lupakah Muslim itu akan hadith ini?

saat Abu Dzar r.a ditegur Rasulullah s.a.w kerana kata-kata yang disebut kepada Bilal r.a memanggilnya anak hitam, beliau lantas berkata:
"Bilal, kau pijaklah kepalaku seandainya itu mampu membuatkan kau memaafkan aku.."

jika aku menjadi Bilal, pasti aku akan menangis lantaran kasihnya pada seorang sahabat yang sanggup dipijak kepalanya semata memohon kemaafan.. pasti lantas aku akan memeluknya erat tanda kemaafan...

wahai orang-orang Muslim...
berdamailah kerana Islam itu membenci perpecahan..

jika Muslim itu difitnah, selidikilah sedalam-dalamnya dan bertanyalah pada kedua belah pihak sebelum memutuskan... carilah bukti-bukti yang kukuh sehingga jelas di matamu yang benar dan yang palsu...

A : kau nak tahu sesuatu tak?
B : apa?
A : aku sayang kau..
B : apa jiwang ni?
A : aku sayang kau sebab iman yang ada dalam hati kau..
B : oh... ingat apa lah tadi..
A : kalau iman dalam hati kau dah tak de, aku benci kau..
B : kau terbaiklah bro!

1 comment: