"Di setiap kota terdapat pencawang tenaga elektrik. Para pegawai melakukan kerja pemasangan di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pencawangnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Sedangkan ketika itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pencawang elektrik, cuma tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."
Pencawang elektrik = Al Qur'an sebagai sumber kekuatan
Pegawai elektrik = Da'i, tugasnya mengalirkan kekuatan dan sumbernya ke hati manusia di sekitarnya
"... Ketika anda menjalankan tugas ini, anda harus ingat bahawa anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya..." -Abbas As Siisi-
Episod Fajar Baru
Tahun akhir adalah saat-saat yang dinantikan semua mahasiswa yang bertahun-tahun bertungkus lumus bergelumang di dalam lautan tekanan assignment dan dateline presentation. Ia juga saat-saat mereka mengenang zilion saat yang sudah dibazirkan untuk memperhambakan diri kepada buku dan nota demi segulung ijazah buat modal menjana kehidupan yang lebih "bahagia"..
Akan tetapi lain pula bagi mereka yang telah "memanfaatkan" zilion masa yang telah berlalu dengan "melabur" di dalam saham yang membawa pulangan terbaik, saham akhirat. Bahkan tahun akhir menjadi saat yang paling berharga untuk ditinggalkan kerana mereka bakal meninggalkan "gudang emas" buat modal pelaburan mereka.
Ini mungkin kisah seorang pelabur saham malah mungkin seorang pegawai elektrik.
Pintu dikuak perlahan.. bibir mengucap salam buat isi ruang sederhana luas itu. Salam disambut dan sesi perkenalan dimulakan. mata singgah pada susuk tubuh yang cukup dikenali. Miss Popular.. She is in the room and definitely will be my roommate! Allah, berilah kekuatan dan kesabaran!
Hari itu..
Mereka berdiskusi lagi, berkampung di atas katil.. Buku di meja dikemaskan. Nota-nota disusun dan disimpan di dalam beg H2O. Esok kelas pagi, kena bangun awal.. Bibir tersenyum mendengar suara yang bertanya dan suara yang menjawab pertanyaan di ruang tidur...
sambil memasukkan kalkulator ke dalam beg H2O, tiba-tiba ringan mulut itu menjawab..
"sebab jin dan syaitan tak tahu apa yang akan berlaku masa depan.. cuma perkara yang sedang dan sudah berlaku je ataupun yang sudah diketahui sahaja.."
"WHAT? i can't hear you.."
kaki melangkah mendekati tiga pasang mata yang menanti penjelasan. dan empat pasang mata itu berdiskusi lagi dari topik ke satu topik.. and that break the ice.. pertama kali bagi tazkirah dalam English sebab Miss Popular tu tak faham bahasa Melayu sangat. Tergagap-gagap juga nak korek vocabulary dalam otak..
dan di hari yang lain...
"So terrified! You read the news?"
"Yeah.. Egypt in riot.. Prisoners and crimes are everywhere.."
"Y'know thats the sign of Qiyamat just around the corner.."
... silence ...
malam menjelma.. bersila di atas katil sambil membaca Syed Sabiq : Aqidah Islamiah. ulangkaji bab Hari Akhirat.. nanti ada modal bila ditanya lagi.. Miss Popular tengah 'baca dalam hati' naskhah agung.. berdua di dalam bilik yang sunyi, masing-masing khusyuk dengan bahan baca di tangan.
"Can you help me?"
"Yes?"
"Can you check while I'm reading? Just to assure I'm pronouncing it right.."
"Orait.."
Surah al Baqarah, muka surat 4.. dia membaca dengan penuh khusyuk walau perlu mengeja satu persatu.. masih keliru sebutan sin dan shad, alif dan 'ain, dza dan dal.. tamat semuka naskhah agung itu dibaca.. masing-masing dengan agenda masing-masing.. azan berkumandang dan bersedia untuk solat Isya'..
"Am i read it bad?"
"No. You're good.. Everyone has their own start, and you have yours.." smile~
"I don't go to classes (kelas tajwid), so I don't know much"
"It's ok, you can ask me.."
"Thank You.."
"Alhamdulillah.." Terima kasih Allah!
... and the rest is history...
This is not my story, it is her story
Her story in this long journey..
May Allah bless..
... akan bersambung.
..dan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:
"Di setiap kota terdapat pencawang tenaga elektrik. Para pegawai melakukan kerja pemasangan di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pencawangnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Sedangkan ketika itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pencawang elektrik, cuma tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."
Menarik nye!!!
ReplyDeleteSape miss popular tu kak? huhu
(^^,)
best..
ReplyDeletedh tau dh siapa miss popular:)
ehe.. bila pula k ila datang bilik ana?
ReplyDelete