sedar tak sedar, pantas sungguh masa berlalu.. aku cemburu dengan masa.. manusia yang harus mengejarnya, dan terlalu kejam mendahului semua. the heartless "time"..
memang indah bila suatu hari kita duduk merenung awan di langit, melakar impian dan harapan mewarnai perjalanan hidup dengan diiringi senyuman.. semuanya indah.. kehidupan yang sempurna.. teman yang setia.. cita-cita yang murni.. harapan dan anganan yang menggunung..
semuanya indah.. tersenyum menatap awan di langit yang berwarna warni dengan sebuah lukisan kehidupan..
saat pertama memalingkan wajah dari langit, melihat dan berpijak pada realiti.. ia tak semudah yang disangka! tiba-tiba ada yang menconteng lukisan itu dengan warna yang buruk. ada yang mengubah bentuk lukisan itu.. ada yang memadam separuh lukisan itu.
ada yang reject proposal lukisan itu!
dan bila yang melakukan semua itu adalah yang LEBIH BERKUASA, siapa kita untuk menjerit, AWAK ZALIM!
dan bila yang melakukan semua itu adalah yang LEBIH TAHU, siapa kita untuk menjerit, SUKA HATI AWAK JE!
tapi kerana AWAK PERCAYA pada DIA, AWAK TAHU siapa DIA..
di situ DIA uji titik SABAR.
di situ DIA uji KEPERCAYAAN anda.
di situ DIA menguji PENGETAHUAN anda..
Insya-Allah.. Sabar itu indah..
awak tak akan tahu apa yang DIA sediakan untuk awak..
awak tak akan pernah agak apa yang istimewa di sebalik semua ini..
cuma boleh bersabar.. dan menanti dengan sepenuh kepercayaan..
lalu, bila Dia mendengar rintihan anda jauh di dalam lubuk hati, DIA menghantar TANDA.
tanda DIA masih sayang.
tanda DIA ada di situ.
tanda DIA tahu.
dan DIA mahu memberitahu bahawa lukisan yang sebelumnya belum sempurna. DIA menambah contengan, memadam separuh darinya dan mengubahnya..
kerana DIA mahu menghadiahkan SEBUAH LUKISAN BARU..
yang lebih cantik..
yang lebih sempurna..
yang lebih indah..
kerana DIA MAHA MENGASIHANI..
Renung:
Adakah Rasulullah tahu dia akan terpilih menjadi Rasul yang terakhir? bagaimana reaksinya ketika wahyu pertama? Jika beliau tahu, beliau tak akan balik dari gua Hira' dalam keadaan menggigil..
Motivasi:
sabar... dan percayalah!
Terima kasih:
Buat mereka yang mengucapkan ALHAMDULILLAH!
"things happen for reasons"
No comments:
Post a Comment