Ahlan kepada semua teman-teman blog yang sudi mampir ke mari. Harapnya masih sudi melayan hikayat-hikayat saya di blog yang baru ni. hehe..
Kiranya saya mahu memohon maaf kepada semua followers blog Qurratul Ain dan Allah'in kullariyiz ve dusunce kerana saya telah memprivatekan kedua-dua blog dari public access kerana sebab2 yang tertentu. ^__^
Insya-Allah dalam blog ni, saya telah import beberapa content kedua-dua blog dan juga blog-blog private saya yang lainnya, semoga perkongsian ini lebih bermanfaat.
Sejarahnya, saya memulakan alam blog ini di akhir tahun 2004 (masa tu masih form 4). Almaklumlah apa fikiran seorang remaja tipikal macam saya ni kan.. Semua nak dicerita.. semua nak diblog. kadang-kadang bila baca memang gelak sorang-sorang.. betapa banyak kisah hidup yang melucukan dlm sejarah hidup ni. Mengimbas kembali episod hidup selama membesar di bumi Allah ini.. Maka, lebih moleklah kalau semuanya itu hanya untuk tatapan saya dan anak-anak (Insya-Allah) saja nanti.
Tapi, niat awal untuk berblogging ni tak terhenti di situ. Apatah lagi semenjak beberapa tahun penuh hikmah yang berlalu, begitu banyak perkara dan peristiwa berlaku membuatkan saya terus bersemangat untuk menekan papan kunci menembak kata-kata sebagai satu medan menempah tiket ke syurga, Insya-Allah!!
Maka, beberapa artikel yang sesuai dikongsi, saya muatkan dalam blog ini sebagai perkongsian saya dengan anda. Juga beberapa artikel dari blog private saya (Sang Mujahid dan Bidadari Ramadhan) yang saya mahu kongsikan dengan anda.
Moga bermanfaat!!
No comments:
Post a Comment