5 hari lagi Ramadhan. Bahang semakin terasa. stok makanan sebulan dah dibeli [takmo pi pasar dlm Bulan Ramadhan, duk habis masa shopping =D]. Dah sebulan bekerja di Gold Trim. Sebuah syarikat milik usahawan Melayu di Shah Alam ni.
Selama mana pun saya bergelumang dengan manusia, selalu saja dibentang suasana asli [baca : realiti] masyarakat di Malaysia. Dari kehidupan seorang pengemis sehinggalah kehidupan seorang jutawan atau menteri. Bukan saya mahu mengkategorikan manusia mengikut kelas ekonomi masing-masing. Tapi, itulah hakikatnya. Cara manusia mengkategorikan manusia. Kaya-Miskin.
Betapa indahnya Allah telah menitipkan di dalam AlQur'an bahawa yang membezakan seseorang itu hanyalah Iman dan Taqwanya kepada Allah. Tapi, sayang, tak semua manusia mempunyai pandangan seperti itu. Neraca manusia vs Neraca Ilahi.
Manusia memang tidak adil!
Apa buruk sangatkah kalau seseorang itu Miskin. Apa mulia sangatkah manusia itu jika Kaya?
Lainlah jika Miskin Amal Kebaikan. memang sangat buruklah nasibnya di akhirat nanti.
Ataupun lainlah jika Kaya Jiwa dan Amal Soleh. Siapa yang tak cemburu? Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai siap bidadari menanti mereka Jutawan Amal Kebaikan ni.
Tapi Realitinya bukan begitu.
Manusia lebih melihat material itu lebih utama dari segala-galanya.
Ibu dibunuh.
Ayah ditetak.
Anak di dera.
Isteri dijual.
Adik disuruh melacur.
Buruknya situasi ini jika alasannya adalah kerana WANG RINGGIT!
Allah! Selamatkanlah kami~
sungguh menyayat hati jika betul-betul menyelami hakikat keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial yang melanda Negara cintaku ini.
Jiwa mana yang tidak runsing melihat masyarakat serba bejat inilah yang akan menjadi insan yang bergaul dengan adik beradik kita, anak-anak kita, saudara mara kita dan sebagainya.
Sungguh Umat ini sangat memerlukan sekelompok Insan yang mampu mengeluarkan mereka dari kepompong hina ini. Yang mampu mengubati segala penyakit yang melanda umat ini.
Sungguh Umat ini menanti Generasi yang mampu membawa perubahan dan menyelamatkan mereka.
Sungguh Umat ini menantikan Kamu, Umat Muhammad.
No comments:
Post a Comment