=D he. senyum dulu. ALHAMDULILLAH.
Tepat jam 6.30 pm 14 June 2012 dengan langkahan terakhir dari Dewan Peperiksaan ACCA di INTEC s18 Shah Alam, bermulalah penantian yang sangat mendebarkan. Keputusan akhir 2 kertas terakhir ACCA yang dinanti sejak sekian lama. walau apa pun keputusannya, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Sungguh, sejak di bangku IPT banyak mengajar erti Tawakkal yang sebenar pada Ilahi. teringin rasa nak kongsi 6 tahun bersama ACCA yang sarat dengan Tarbiah direct dari Allah.
ALHAMDULILLAH!
tak sempat nak ber"honey moon" atau bermalas-malasan =P sehari berikutnya terus melaporkan diri ke Gold Trim Image Consultancy sebagai Accountant. Alhamdulillah, rezeki sambung menyambung. Sebenarnya owner Gold Trim dah "booked" sebulan sebelum sebagai Accountant tapi sengaja letak syarat lepas exam baru masuk ofis.
ALHAMDULILLAH!
PNB dah call dan menyampaikan berita baik yang dinanti-nanti. Sungguh, Allah Maha Hebat perancanganNya.
ALHAMDULILLAH!
Khamis yang lalu saya PASS Computerised Unit Trust Examination (CUTE) yang melayakkan saya menjadi Unit Trust Consultant bagi Public Mutual Sdn Bhd.
ALHAMDULILLAH!
Bisnes El Widaad sudah bermula dan sambutan begitu menggalakkan. Walaupun ikut perancangan asalnya, awal Julai baru mula berbisnes, tapi, perancangan Allah begitu teratur dan penuh hikmah. Sebaik mana kita merancang, Allah lebih baik perancangannya.
Begitulah bermulanya alam kerjaya saya. Tidak sampai seminggu, saya menjadi Accountant, part timer Businesswoman dan UTC. Berkat kesabaran. Sabar, tunggu sebentar sehingga tiba waktu yang terbaik. Sungguh Allah Maha Teliti perancangannya.
Saya berdebar sebenarnya. Berdebar cuak jika belum mampu menggalas tugasan dan pembahagian masa selayaknya untuk Dakwah dan Tarbiah. Walau dimomokkan bilangan yang gugur setelah menempuh alam kerjaya. Saya sungguh berharap dan berdoa agar tetap teguh ditetapkan di atas Jalan Dakwah selamanya.
Ameen.
No comments:
Post a Comment