Terharu pada balasan Nadira yang mengingatkan sesuatu. ".... datangnya Ramadhan juga tanda Anniversary Friendship kita.."
Rupanya sudah satu tahun berlalu. Semoga sedikit nota hati ini mampu membugarkan kasih sayang kita dalam keberkatan bulan mulia ini, ukht fillah! =D
Hari itu hari pertama liqa' kami setelah pulang dari bercuti. Jika sebelum cuti, kumpulan kami bersepuluh, kini hanya tinggal separuh kerana separuh lagi sudah tamat pengajian dan pulang ke kampung halaman masing-masing..
Membetulkan niat itu penting. Fokus pada yang sedikit Insya-Allah lebih baik.
Kami memulakan bulatan cinta dengan pengisian basah setelah lama berpisah. Oleh kerana liqa' diadakan di dalam surau, seorang jemaah surau tiba-tiba masuk dalam liqa' kami, mungkin dia fikir itu adalah aktiviti surau pada hari itu, memandangkan hanya kami di dalam surau yang megah tapi sunyi itu.
Orang yang di dalam hatinya cintakan ilmu bukan sebarang orang. Kami mengalu-alukan kedatangannya dengan sepenuh cinta. Bertaaruf dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama. Pelajar baru ACCA rupanya. Alhamdulillah. Junior saya juga. terasa dekat walau baru bertemu. Di akhir pertemuan, kami bertukar no telefon. Berpisah apabila menuju ke bilik masing-masing. Berjanji bertemu lagi di liqa' seterusnya.
Minggu berikutnya, seperti biasa saya menambah sedikit pembacaan sebagai persediaan untuk liqa' malam itu. SMS menerjah masuk.
"Akak, saya nak bawa kawan sebilik saya sekali.. boleh ke kak?"
Masakan tidak boleh.. hehe. Alhamdulillah. Saya memberi balasan positif padanya. Allah, You always plan all things beautifully.
Subhanallah. bilangan kita berkembang menjadi berbelas orang. Setiap minggu selepas itu bertambah ahli. Dan Ramadhan pun tiba. Walau liqa' kita "bercuti" bagi memberi ruang menambah amal fardhi merebut kebaikan di bulan penuh keberkatan ini, perjumpaan kita lebih kerap dengan halaqah tilawah selepas terawih setiap malam.
Maha Suci Allah yang memegang hati-hati manusia, Dia yang menggerakkan dan Dia jugalah yang berkuasa membisikkan hati-hati manusia mendekatiNya. Itulah HidayahNya.
Saya menerima balasan dari AJK Surau yang mahu saya kongsikan buat kamu, ukhti fillah.
"Akak, bagusnya adik-adik akak, istiqamah benar diorang datang surau lepas terawih untuk tilawah sama-sama. Kalau diorang takde, kecil je halaqah tilawah tu. Diorang datang, terus meriah."
"Semuanya datang dari Allah, dik." Balasku ringkas.
Ramadhan membuka mata ini untuk melihat sebuah episod kehidupan yang disusun Allah penuh teliti. Kamu bukan insan biasa. Tekadku, semoga mampu menjadi sahabat terbaik buat kamu. Allah, bantulah aku.
Saya melihat kebaikan memenuhi jiwa kamu, potensi-potensi yang ada harus dibaja dan disuburkan.
Buat ukhti fillah,
maaf, jika aku bukan yang terbaik untuk kamu. tapi, kamu memberi satu pengajaran terbaik buat diri ini. Ramadhan kali ini Anniversary pertama kita. dan setiap kali Ramadhan datang, inilah kenangan terindah kita. Walau seribu kali Ramadhan tiba, ini kisah kita.
Semoga tetap istiqamah dalam tarbiah dan kuat seperti tazkirah kita bersama sambil terapung-apung di dalam kayak disaksikan deru angin dan alunan ombak kecil Tasik Shah Alam.
Sayang kamu hingga ke Syurga.
Ramadhan Kariim.. Happy Anniversary.
Rehlah student ACCA sebelum start Final Exam. 22-11-11.
Saya-Nafisah-Hani-Asiah-Hajar-Nadira-Yus-Atikah-K Ili-Ika
tiada dalam gambar : Maryam, Jannah, Maisarah, Nadya.
akk! rindu ramadhan taun lpas..subnallah rasanya nikmat yg Allah berikn tu sgtla bermkna... rindu ukhwwah ukhti2 :)
ReplyDelete"Komunikasi adalah satu wasilah mengukuhkan ikatan hati. Agar terasa dekat walau jarak memisahkan. Ramadhan kali ini Anniversary pertama kita. dan setiap kali Ramadhan datang, inilah kenangan terindah kita. Walau seribu kali Ramadhan tiba, ini kisah kita." reaksi yam..? yam menangis dalam hati.. teringat kenangan kita bersama Ramadhan lepas.. o Allah memori itu indah bila kami dekat denganMu.. walau jauh masing2 dengan hidup masing2.. Islam itu satu agama yang indah yang menyatukan kita bersama.. Islam agama seantero dunia..~ insyaALLAH moga Allah terima taubat kita dan ampunkan dosa kita di bulan Mulia ini..amin..~ jazakillah khairan katsira buat kak nisa utk post yg mengharukan~
ReplyDeleteYa Allah..terharunya. Ingat nisa tak reply mesej saya..rupanya,di reply dekat blog..betul!bagi saya, ramadhan is our anniversary..i will never forget last ramadhan.kalau lupa tahun sekali pun,saya ada 1 sijil mahal antara semua sijil2.which is sijil tadarus.sebab tu the only one..kat sijil tu kan ada tahun (:
ReplyDeletepertama kali saya masuk usrah, pertama kali tadarus..masa failed both papers, rasa nk give up buat acca.tapi i thing i realised was that,without acca,saya takkan kenal anda semua.semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk jadi yang lebih baik.Thank you nisa for this beautiful post and to all for being part of my life..
1 thing..[correction]
ReplyDelete