usia 20 tahun.. adalah satu fasa penting peralihan fizikal, mental dan rohani ke arah lebih mendewasakan diri dari alam remaja.. saya sendiri akui.. dahulu semasa saya masih berusia 19 tahun, bila sesiapa bertanya umur saya, saya akan menjawab "19 TAHUN!!" bangga dengan mudanya umur diri sendiri.. merasakan saat2 manis bergelar remaja sangat perlu dihargai sepenuhnya.
tapi bila hari lahir ke 20 disambut.. bagaikan ajaib.. bila orang bertanya umur, saya akan menjawab "umur saya 20-an".. rasa2 jika kita berumur lebih tua dari yang lain, lagi best.. huhu.. macam-macam..
umur hanyalah ukuran kiraan berapa lama kita terdedah kepada dunia luar dari rahim ibu kita.. tapi ketika alam peralihan ini amat2 saya rasai perubahan insan2 di sekitar saya.. ramai yang sudah mula mencari calon jodoh.. malah ada yang lebih awal dari itu sudah ada calon sendiri!!!
haha.. bukan satu kepelikan.. cuma cara kita handle diri kita yang membuat kita "berbeza" dengan orang lain..
saya pernah ditanya "mengapa kita perlu mencari jodoh.." jujur saya katakan.. saya sangat tak arif tentang jodoh-kahwin-cinta.. sebutlah apa-apa mengenai ia.. saya angkat tangan "surrender"..
ya, Rasulullah sendiri sangat menyukai umatnya yang berkahwin hingga mereka dikatakan telah menyempurnakan separuh dari agama mereka.. dan perkahwinan atau baitul muslim sangat2 penting dalam membina masyarakat muslim.. sebab itulah usaha mencari jodoh adalah satu titik penting untuk menentukan keluarga itu menjadi sebuah "madrasah" mendidik rijal2 Islam.. dan inilah institusi yang cuba dihancur punahkan oleh Israel bagi menghalang pembentukan tentera2 Islam..
cuba kita lihat satu pendekatan seorang yang berusia 20 an ini.. dia juga mencari jodoh, tapi caranya sangat2 lain.. tiada "survey" mencari jodoh, tiada "test2 market", tiada istilah "putus cinta atau break up".. dan hidupnya tak sunyi kekosongan, malah sungguh gembira.. katanya, sudah ada jodoh bagi dirinya, cuma belum berjumpa lagi.. jadi, dia lebih mempersiapkan diri sebelum bertemu jodohnya.. perkara-perkara berikut perlu dihabiskan sedaya upaya sebelum dia bernikah..
1. khatam hafazan Al-Qur'an
2. menjaga solat di awal waktu
3. melazimi amalan2 sunat hingga mendarah daging..
4. melatih diri mendidik "anak-anak singa" kerana dia mahu anak-anaknya nanti jadi "anak-anak singa" yang berjuang kerana agama Allah.
5. berjaya mengamalkan "30 minutes for cooking"
6. berusaha mencari pendapatan sendiri secara kecil-kecilan
7. berusaha menjadi pelajar yang terbaik, anak yang terbaik, ahli keluarga yang terbaik..
dan ada beberapa lagi yang saya sendiri tak berapa nak ingat.. huhu.. lihatlah bagaimana dia membentengi diri dari perkara yang sia-sia dan menjerumuskan diri ke arah yang terpesong.. patutlah tak berasa sunyi, rupanya selang detik hidupnya di isi dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.. ajaibnya kasih sayang Allah..
betapa bertuahnya jika semua wanita sepertinya.. dan alangkah bertuah lelaki yang berjaya memperisterikannya.. pasti agenda mencapai ustaziatul alam bertambah mudah.. Insyaallah!!!
jadi, wanita-wanita yang mencari jodoh.. hentikan usaha anda menambat hati lelaki yang belum pasti untuk kita dengan sms atau perbualan di larut malam yang membazirkan duit dan masa malah mengganggu tidur orang lain.. (saya adalah seorang yang sangat direct)
persiapkanlah diri kita untuk bakal suami kita yang Allah dah janjikan "lelaki yang baik, adalah untuk wanita yang baik"
banyakkanlah berdoa pada Allah agar kita menjadi insan yang diredhai Allah dan meredhai takdir..
Insya-allah... selamat "menempuh alam mencari jodoh" dan "selamat bercinta"
"Ya Allah, berilah kami jodoh yang baik yang sama-sama mendokong agenda yang besar"
Ya Allah,
jika Kau telah ciptakan "dia" untukku,
baik untuk diriku, agamaku, hidupku dan matiku,
satukanlah hati-hati kami
di atas jalan agamamu
suburkanlah antara kami sakinah, rahmah dan mawaddah
hingga kami menjadi tulang2 dan sendi2 yang saling memerlukan
demi Mu dan demi Islam
dan biarlah kami tetap bersama
menjadi teman di syurga nanti..
good entry..i like it!salam perkenalan dari saya:)
ReplyDeletesyukran, kak siti khadijah..
ReplyDeletekak siti.. saya pun dah tgk blog akak.. akak ni kahwin muda rupanya.. seronok juga baca kisah akak..