
Masih terasa kehangatan pelukannya. Masih tergambar ketenangan wajahnya. masih terngiang suara lembut dan tegasnya yang penuh dengan semangat. masih terbayang mata dan ucapan salam tatkala berselisih.. bagaikan mimpi tapi itulah realiti. ketika para hadirin muslimat mula menyerbu sekujur tubuh untuk bersalam dan menciumnya, aku turut sama beratur mengambil giliran. bila sampai giliranku pula, tak terhulur tangan untuk bersalam, lantas aku memeluknya, tak terucap kata-kata, hanya terkeluar "uhibbuki Fillah!!!" badanku yang kecil ini terasa selamat dalam pelukannya... mungkin tubuh itu kerapkali memberi ketenangan buat muslimat di sana.. buat isteri-isteri yang kehilangan suami... jua ketenangan buat ibu-ibu yang kehilangan anaknya...
kesempatan bertemu sayap kiri perjuangan seorang syahid Hamas, Rasya alAdluni, isteri As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi hari itu menjadikan aku lebih bersemangat untuk mencontohi peribadinya... walau kesyahidan suaminya hampir mencecah usia 5 tahun (ketika itu), beliau tidak kelihatan seperti kehilangan seorang suami, malah semangatnya tetap membakar jiwa-jiwa manusia yang menatap wajahnya yang menggambarkan betapa kukuhnya ketahanan jiwa seorang wanita Gaza.
wanita Gaza ni hebat!
mereka ni memang dari keturunan jiwa kental, kata-kata mereka menusuk, ditambah keindahan bahasa Arab Fushah yang unik, setiap dari kata-katanya memang bagaikan hujanan emas dari langit...
aku mengambil tempat di hadapan sekali. agar jelas matanya dapat kutatap. kehadirannya ke negara ini sungguh membakar semangat para ibu dan gadis yang ada untuk menjadi sepertinya.. pertemuan singkat itu sungguh bermakna. rupanya di bahagian bumi yang lain, masih ada manusia sepertinya..
wanita Gaza ni unik!
menurutnya, pembangunan jiwa anak-anak dan manusia tak lain hanya perlukan guidance dari sunnah rasul. dari ceritanya, semua wanita Gaza cuba untuk menghidupkan Sunnah2 Rasul dan menanam jiwa Sahabiah di zaman Rasulullah dalam kehidupan mereka. berdepan dengan musuh tak sekali melunturkan semangat mereka.
saban hari kita membaca kisah keperitan kehidupan mereka di sana. akan tetapi, hakikatnya mereka sungguh berbahagia hidup di dalam suasana itu. setiap hari ada yang syahid dan ada pula yang menunggu-nunggu untuk syahid.. hanya demi tanah air yang dijajah.. tanah air milik umat Islam...
seorang hadirin bertanya apakah amalan khusus yang mereka lakukan sehingga membentuk peribadi yang sungguh kukuh..
beliau menjawab tidak lain tidak bukan...
"tiada amalan khusus yang kami lakukan, akan tetapi amalan biasa yang kalian lakukan. Setiap ayat alqur'an difahami dan diamalkan sepenuhnya.."
beliau juga menambah:
"ada di antara yang bertanya, mahu menghantar tentera ke sana bagi membantu, tapi saya hanya menjawab: " itu tempat tinggal kami, perjuangan di sana, perjuangan kami. tempat anda di sini, para wanita haruslah mendidik anak-anaknya sehingga menjadi Muslim yang sempurna, agar dapat membela Islam di tempat anda.."
dan sungguh banyak mutiara yang dikongsikan. sungguh aku tak percaya masih ada sebilangan manusia di dunia ini, tatkala materialistik dan zaman globalisasi yang menggugah iman-iman umat Islam..
dan sungguh aku merinduinya.. mata yang redup itu..
Akak jumpe die ke kak?
ReplyDeleteha'a.. akak jumpa dia..
ReplyDeletelike2~
ReplyDeleteMasyaAllah! jzkk ukht atas entry yg menarik & membangkitkan semangat ini!
ReplyDelete