Ustaz Kacak..
"Handsomelah ustaz tu! Nampak beriman je.."
"Mana.. mana.." Ain menjengah ke arah pandangan Hawa.
The communication of a proposal is complete when it comes to the knowledge of the person to whom it is made-Section 4(1), Contracts Act 1950. hurm.. ok.. Khaulah meneruskan pembacaan. sekejap-sekejap tangannya laju menyalin baris-baris ayat di dalam kertas. Garis sana.. bulat sini.. highlight pula... garis lagi... berkerut-kerut dahinya cuba menghadam ayat-ayat skema undang-undang.
Tiba-tiba gegendang telinganya deras menangkap suara sedikit garau di sebelahnya. diselangi gelak tawa yang cukup dikenali. Ain dan Hawa. yang garau tu?
"Hafiz."
"sejak kurun mana kau ada kat sini? kau amik course ape ni?"
"Dentistry. aku dah setahun la kat sini. kau tu yang baru masuk.."
"whatever.. by the way, meet my lovely clan, the mushy-dovey Hawa and the bright-light Khaulah."
Hafiz toleh sebentar ke arah dua sahabat Ain. Yang bertudung litup ungu ni mungkin Hawa, yang lagi satu ni lain pula. Bertudung labuh, mungkin yang ni Khaulah. khusyuk benar nampaknya. ikutkan Hawa dengan Ain ni, si Khaulah ni lain sikit.. macam tak mesra saja gayanya. mungkin buku tebal setengah inci tu lagi menarik kut. biarkanlah..
"Hafiz, awak kenal ke "ustaz" tu?" Hawa mula bersuara.
"Ustaz? yang mana? yang pakai kopiah tu ke? ke yang pakai baju melayu tu?"
"bukanlah.. yang tengah baca surat khabar tu."
"owh. tu bukan ustaz, tu Aiman. kawan sebilik saya. YDP Kolej Teratai."
Khaulah menoleh sekilas. Aiman. Nama itu bagai ada tarikan. dia kat sini ke? Ala, macam la dia sorang je boleh guna nama tu. Mata singgah di wajah seorang lelaki yang berkerut dahi sambil membaca akhbar. Sah. memang dia. Aiman Mubarak bin Akram. Memori hitam yang rasanya dah didelete dan diremove dari recycle bin minda seakan-akan menjelma semula..
"Ain, Hawa. Jom kita pergi kelas sekarang. nanti kena berebut lif pula." serius. buku dikemaskan laju.
"okeylah Hafiz, nak gerak dulu ni."
"okey.."
tamat saja kelas Corporate Law hari itu, tiga sekawan laju menapak menuju ke kolej. tadi mata masing-masing hampir terkatup, sekarang mata masing-masing segar-bugar. Lagi-lagi Ain. Nasib baik En. Abu Bakar tak perasan masa dia tersengguk-sengguk tadi.
dulu, aku pun pernah tersengguk-sengguk dalam kelas juga. tapi itulah kali pertama dan harapnya itulah kali terakhir.
kira-kira dua tahun yang lepas. di awal pagi yang dingin. jam 1.40 pagi. Aku nekad. Hasil perbincanganku dengan Ummi petang tadi harus diberitahu pada Aiman. Aku benar-benar nekad dengan keputusan ini. Mungkin ini yang terbaik bagi kami berdua.
"kenapa Khaulah? salah ke kita kawan?"
ana pun tak tahu, Aiman. tapi ana rasa tak sedap hati dan ragu-ragu. ragu pada relevannya semua ni. macam semua ni salah. satu kesalahan yang kita tak sepatutnya lakukan. bisik hati Khaulah.
jari laju menekan keypad telefon bimbit pemberian abah. Alangkah berdosa rasanya menggunakan teknologi pada jalan yang sia-sia.
"Aiman, ana harap sangat anta faham. kita ni dua-dua menolak istilah couple. bahkan kita sama-sama membenci couple. tapi, kita tak sedar yang kita ni dah menjurus ke arah tu. maaf, semua ni silap ana. kalau ana tak contact anta dulu, mungkin semua ni takkan terjadi. jadi, biarlah ana yang akhirkan semua ni. harap sangat anta faham."
Khaulah. Gadis yang pertama bertitle istimewa dalam hatinya. sejak berkenalan dengannya, Aiman cukup berhati-hati menutur kata dan tingkah laku agar gadis itu boleh didekati.
"ana tak tahu kenapa nti tiba-tiba msg macam ni. maafkan ana kalau ana ada buat silap. tp ana bangga dengan nti. nti berani tegakkan prinsip nti. please stay like this. tegas pada lelaki. wsalam."
mesej terakhir diterima. noktah. macam tu saja ia berakhir. dia tak silap. aku yang silap. semua ni takkan terjadi kalau aku tak menaruh harapan pada dia. harapan. harapan agar dia yang menemani tiap kesunyian, harapan dia yang mengisi kekosongan. harapan yang dia sentiasa ada di sisi. walau tak nampak di mata, tapi dekat di hati.
mungkin masa tu aku hilang naluri seorang hamba. yang sepatutnya terlebih dahulu mencari Tuhannya di kala kesunyian, yang tahu Tuhan itu sentiasa ada untuk mengisi setiap rongga kekosongan. mungkin aku juga lupa bahawa aku ada Tuhan yang sentiasa dekat di sisi.
atau mungkin masa tu aku lupa fungsi aku sebagai sahabat. yang sepatutnya saling menjaga sahabatnya jauh dari jurang nista dan maksiat. sahabat yang sentiasa mendorong untuk saling berjanji menjadi RIJAL agama. cuma, dia seorang lelaki dan dia pernah menjadi sahabatku. lalu, aku harus tinggalkan dia untuk menjaga RIJAL agama ini dari dilalaikan aku, fitnah terbesar bagi seorang lelaki. fitnah yang paling ditakuti..
dan begitu ia berakhir..
sebab tu masa kelas Managing Finance pagi tu sangat mengantuk. mujur tak lewat ke kelas dan dapat duduk barisan belakang. cuma tersengguk-sengguk tu memang tak dapat tahan. Alhamdulillah, Safiah sangat bersabar dengan kerenahku yang sangat murung.
petang itu, Khaulah dengan rutinnya membaca al-Ma'thurat. cuma kali ini lain sikit. tanpa disedari air matanya mengalir perlahan-lahan. bagai terasa amat bersalah pada Allah. setiap ayat yang dituturkan dan difahami maknanya bagai mengutuk diri sendiri. sakit sampai ke hati. agaknya itulah balasan lupa pada Tuhan.
Safiah yang risau melihat teman sebiliknya itu berendam air mata, terus menanyakan masalah Khaulah. dengan berat hati, Khaulah menceritakan dari awal ke akhir.
"Khaulah, nti kan boleh kahwin dengan dia. selesai masalah nti."
dengan mata yang berair, Khaulah memandang tepat mata teman kesayangannya.
"Safiah, nti dah lupa ke pesan Ummi? memanglah kahwin tu penyelesaiannya bagi kes ana ni. tapi, Ummi kan selalu berpesan. Baitul Muslim yang nak dibina tu harus kukuh asasnya, dan sekukuh asas adalah asas agama. dua hati yang diikat kerana dakwah. agar jalan yang dilalui dihiasi semangat dai, dan anak-anak yang lahir turut mewarisi dakwah kedua abi dan uminya. ana sangat mengimpikan hidup yang sebegitu. tapi untuk masa sekarang, ana malah dia belum bersedia untuk semua itu. kami masih baru dalam tarbiah. banyak lagi persiapan yang perlu kami buat untuk masuk ke stage tu. banyak lagi yang perlu ana prepare."
"Khaulah, pesan Ummi yang tu ana tak pernah lupa. Tapi ana takut Akh Aiman salah faham."
air mata dikesat dengan hujung baju. lencun.
"dia akan faham satu hari nanti. ana yakin. ana doa dia akan faham."
Aiman pernah bercerita tentang sekolah lamanya. tak seperti Khaulah, Aiman sangat bertuah dibesarkan dalam suasana penuh semangat dan suasana Islam. batas pergaulan lelaki dan perempuan sangat terjaga. Khaulah yakin dia pasti akan faham, bahkan Aiman yang membawa dan mengenalkan dia dengan jalan yang dipilihnya kini. pasti dia lebih memahami.
"jadi, apa plan nti sekarang?"
"Ana pun tak tahu. Cuma, Insya-Allah, ana akan teruskan hidup macam biasa, persiapkan diri sebaiknya, jadi pelajar terbaik, sahabat terbaik, anak terbaik dan hamba yang terbaik sebelum ana jadi ibu terbaik buat rijal-rijal ana. Sebelum ana melangkah dengan langkahan yang lebih jauh. Insya-Allah, sampai satu masa yang sesuai nanti, semoga Allah akan permudahkan urusan ana."
"Akh Aiman macam mana? Nti akan lupakan dia terus?"
"hurm... ntahlah Safiah, dia pernah hadir dalam sejarah hidup ana dan mencorak hari-hari ana. Jadi ana dah letak dia di satu ruang yang terpencil dan invisible, antara ada atau tak. Hanya takdir yang akan tentukan dia masih wujud atau tak. Insya-Allah. doalah ana kuat."
"Ana kagum dengan nti. Kalau ana, mesti ana susah nak lepaskan dia. Akh Aiman tu memang seorang lelaki yang sangat istimewa. serba lengkap, rupa ada, karisma ada, ilmu agama pun tak kurang.. Bak kata orang, Soleh gitu.."
"Ok. Dah cukup nti puji dia? Jangan lupa, dia tu macam insan lain juga, pernah berdosa dan pernah melakukan kesalahan."
"Bukan macam tu Khaulah, nti tak rasa rugi ke buat macam tu?"
"Tak. dan tak pernah rasa rugi. Ana tinggalkan dia kerana Allah, Insya-Allah." nasihat Ummi terngiang-ngiang.
"semoga ini keputusan yang terbaik nti pernah buat. ana akan sokong dari belakang."
"terima kasih sangat2. owh ya, Safiah, ni rahsia kita berdua saja ye.."
"baik bos.." tangan diangkat bagai beri tabik hormat. Ketawa pecah di perut.
Khaulah senyum penuh makna. situasi itu sungguh berat. mujur Safiah sanggup berkongsi. itulah pentingnya sahabat dalam dakwah. yang memahami dan dipercayai.
Sedang di sebuah surau, sekujur tubuh tegap khusyuk menunaikan fardhu Maghrib berjemaah. Sunat Rawatib selepas Maghrib disusuli bacaan Al-Qur'an.
Aiman merenung kosong helaian mushaf agung itu. satu perasaan singgah di jiwa lelakinya. walaupun masih keliru dengan apa yang berlaku malam tadi, Aiman yakin itulah jalan terbaik untuk mereka. Bukan dia buta untuk menilai semua itu. dia tahu, memang tak sepatutnya dia membiarkan dirinya dalam situasi yang boleh mendatangkan fitnah. Pernah dia cuba membataskan perbincangan dengan Khaulah mengenai perkara-perkara yang penting sahaja. Ah, dia kalah pada syaitan. Dalam situasi itu, memang segalanya akan nampak betul, nampak halal, nampak dibolehkan. Habis tu, apa nilai dia ditarbiah dahulu?
Dia bersyukur Khaulah berani mengakhirkan semua ini. Kalau tidak, mungkin lama lagi kisah hitam ini akan berakhir. Sedikit kagum terselit buat Khaulah. Hanya kekaguman biasa terhadap kekuatan Khaulah yang berani mempertahankan maruahnya.
Ustaz Yahya menegur Aiman yang dilihatnya termenung panjang.
"Assalamualaykum. Aiman, kaif hal?"
Tangan menyambut salam yang dihulur.
"waalaykumsalam, ustaz. Alhamdulillah, bikhair, ustaz?"
"Alhamdulillah.. Ana tengok anta panjang termenung. ada masalahkah?"
Aiman tersenyum. Murabbinya yang seorang ini memang istimewa. Bijak meneka isi hatinya. Rasa hormat pada Ustaz Yahya membuatkan Aiman malu sendiri untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Aiman cuba berdalih.
"Ustaz, ingat tak hari tu ustaz ada ceritakan tentang bidadari syurga seperti yang diceritakan Allah di dalam Al Qur'an, boleh ustaz kongsikan dengan ana, bagaimana ustaz berjumpa dengan bidadari ustaz? maksud ana, Ustazah Nusaibah?"
Rupanya, masalah ini yang mengganggu fikiran Aiman, anak murid kesayangannya. Walau sekental mana pun ego seorang lelaki, tiba di satu ujian Allah mengenai soal teman hidup, pasti kadang-kadang ada yang goyah, namun begitu masih ada yang tetap kuat imannya.
"huhu.. lain macam saja anta ni. tapi tak pelah, ana boleh kongsikan, tapi dengan syarat, anta kena simpan sendiri dan kena jawab soalan ana dulu."
"Insya-Allah, ana cuba."
"Anta sudah ada pilihan ke?" berhati-hati Ustaz Yahya bertanya.
Merah padam muka Aiman menahan malu. pecah rahsianya. tapi Aiman tetap mengawal reaksi muka.
"Allah dah tentukan untuk ana sejak azali lagi, cuma mungkin ana tak berjumpa lagi. tunggu di syurga kut ustaz, mungkin.."
Bijak. Nilai Ustaz Yahya.
"Baiklah, ana ceritakan, tapi anta pegang janji anta tadi."
Kisah yang diceritakan Ustaz Yahya difikir Aiman berulang kali di atas katil sebelum melelapkan mata. Alangkah bertuahnya Ustaz Yahya berjaya menyunting bunga yang mekar harum di taman larangan. Jarang sekali dia mendengar kisah yang sebegitu unik.
Malam itu, Aiman jelas dengan hala tuju hidupnya. Perancangan hidupnya dikemas kini agar setiap agenda tersusun rapi. Kini, perkara malam semalam tidak lagi menjadi masalahnya. Mungkin Khaulah ada alasan tersendiri. Aiman menyerahkan seluruh urusan itu pada takdir Allah.
Kalau dulu, mengikut perkiraannya, kehadiran Khaulah dalam hidupnya sebagai sahabat sangat memotivasi Aiman untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa. Rupanya, percaturannya silap. Seharusnya, Allah yang lebih utama untuk menjadi motivasi menuju cahaya cinta Allah yang tak pernah malap.
Betul kata Ustaz Yahya, sebagai seorang Rijal, perkahwinan itu adalah di antara cita-cita untuk melengkapkan separuh iman dan mencari teman yang bisa menjadi sayap kiri perjuangan dakwah bukanlah perkara yang boleh diambil ringan. persiapan menjadi muslim yang terbaik harus dititikberatkan sebelum melangkah ke gerbang Baitul Muslim.
dengan satu niat, Aiman berdoa moga dia berjumpa dengan bidadarinya satu hari nanti. sayap kiri perjuangan dakwah yang akan sama-sama berjuang demi mengangkat martabat Islam kembali. semoga esok hari lebih baik dari hari ini, dan hari semalam.. Insya-Allah...
to be continued..
No comments:
Post a Comment