"Kak, ana nak tanya sesuatu ni.." tanya salah seorang acik kepada ibu si kecil.
"Nak tanya apa?"
"Macam mana life lepas walimah?"
"Alhamdulillah.. banyak benda akak belajar"
"Ana ada kemusykilan sikit.."
"Kenapa? mana tahu akak boleh bantu"
"Kak, betul ke kalau dah kahwin ni, akhawat kita makin slow dalam amal?"
wajah si adik ditenung dalam. dia pasti si adik banyak berfikir dan belajar dari memerhati kakak-kakak di sekeliling. dia pasti si adik sangat memerlukan penjelasan yang tepat dan bernas..
"Kenapa enti kata macam tu pula?"
"Ana harap tak menjadi fitnah kepada sesiapa.. cuma sejak ana tengok kakak-kakak yang dah walimah, makin payah nak muncul dalam program. yang tinggal mesti yang bujang, bukankah sepatutnya tak begitu? bukankah sepatutnya Baitul Muslim itu lebih melajukan amal? jadi ana rasa takut nak walimah, ana takut ana jadi macam tu, akak pun tahu, bagi kita semua, kerja dakwah ni dah macam darah daging. kalau disebabkan walimah ana akan ketinggalan dalam dakwah dan tarbiah, ana tak akan korbankan tarbiah dan dakwah ana, kak."
mata si adik direnung dalam. wajah itu semakin menunduk, tak berani bertentang mata dengan si kakak. si kakak pasti si adik banyak memendam perasaan. patutlah bila diajukan soalan mengenai Baitul Muslim pasti akan dielakkan dengan pelbagai alasan. Mujur akhirnya dia bertanya, kalau diam saja, bukankah lebih menambah kekeliruan?
"Enti kena tahu dan faham keadaan akhawat kita yang dah berkahwin. Tanggungjawabnya lebih, pada keluarga, pada suami, pada anak-anak.. tak lupa pada adik-adik mad'u. mungkin apa yang enti tahu apa yang enti nampak, ada lagi perkara yang enti tak nampak dan tak tahu. masalah biasalah akan timbul, hidup bujang pun ada masalahnya kan? halangan dari keluarga, cabaran menghadapi peperiksaan dan sebagainya, tak begitu?"
"Betul kak.. jadi maksud akak, sebenarnya akhawat kita tak begitulah ya?"
"Tepat sekali. mungkin dulu masa kita duduk bersama ketika bujang, kita nampak segala aktiviti dan pergerakan akhawat kita. bila dah walimah, kita hanya tahu aktiviti akhwat kita bila berjumpa di program, dan meeting. tapi sebenarnya, amal fardhi dan tarbiah akhawat kita berjalan seperti biasa, Insya-Allah.. cuma bukan nyata di pandangan kita. dan sebenarnya mujahadah dan adventure akhawat yang dah walimah lebih hebat lagi.."
diam...
"sebab itulah pentingnya berbaik sangka dengan akhawat kita.."
"betul lah tu kak. segalanya akan berbalik pada diri kita sendiri. ke mana kita nak bawa diri dan istiqamah dengan tarbiah.. tak kira bujang atau dah walimah.."
"tapi bila walimah, lagi banyak yang manisnya enti.."
si kakak cuba membuka minda si adik.
"kalau bujang amal kita biasanya seorang diri, hanya uruskan diri sendiri.. tapi bila walimah, kita ada seorang yang menjadi pendorong kuat untuk terus mujahadah dalam amal. bila kita futur atau lupa ada yang mengingatkan, beramal bersama-sama.. belajar mengenal kehidupan, mengumpul pahala dari pengurusan rumah tangga dan banyak lagilah yang manis, kalau nak tahu kena walimah dululah.."
merah padam wajah si adik.
"akak ni pandai je. ana tak habis belajar lagi.." sengaja memberi alasan.
"ambil buku ni. baca.. nanti akak nak soal." kebetulan buku tersebut baru dipulangkan tadi oleh seorang akhawat. Allah nak susun begitu, mungkin.
Di Jalan Dakwah Aku Menikah
"apa ni kak? ana bukan nak kahwin sekarang."
"baca dulu.. nanti akak nak soal.. boleh?"
buku disambut dan terus disimpan di dalam beg. malu kalau ada yang melihat..
Ya Allah, apakah sudah sampai masanya? si adik bermonolog sendirian..
"kak, bila kita nak tahu bila kita dah bersedia?"
"bila kita kata kita dah bersedia, kita akan cuba untuk bersedia. kalau tak, sampai bila pun kita tak bersedia"
seorang demi seorang wajah ukhti yang sudah walimah muncul di kotak fikir. dahulu sama-sama hidup membujang, setelah seorang demi seorang kakak yang walimah, tinggallah dia yang paling muda di antaranya yang belum berkahwin.
singgah di kotak fikir, soalan dari mas'ulahnya ketika usrah yang lepas,
"enti dah bersedia nak walimah?"
kerana soalan itu, segala kemusykilan harus dirungkai.. kerana ini adalah urusan melengkapkan separuh dari agama!
to be continued...
jangan lupa kiter ye...:)
ReplyDeletex penah lupa fauzeah sayang...
ReplyDeletekak khairun? ni kisah k.khairun ke?
ReplyDelete