'Izzah Muslehah
Kata orang: "Anak-anak adalah permata." Permata yang diqiyaskan dengan perhiasan yang berharga dan amanah yang akan disoal pertanggungjawabannya. Bagaimana cara ibu bapa mencorakkannya, begitulah bentuknya, begitulah rupanya, begitulah nilainya.
Lima hari berkesempatan hidup 24 jam sehari bersama Azzam (1 tahun 10 bulan) yang sangatlah aktif dan manja, dan Izzah (6 bulan) yang sedang belajar merangkak, memberi saya pengalaman indah dlm membuka lembaran tahun 2012.
Sebenarnya,
saya dijemput K Zaireen untuk membantunya di rumah sementara zaujnya offshore. Kalau di oversea, bak kata K Zaireen, ia adalah satu kebiasaan untuk adik-adik bujang ni menjaga anak kakak-kakak yang bekerja atau mempunyai urusan penting. Kebetulan saya sedang bercuti, maka saya pun terimalah jemputannya itu.
Selama 5 hari tersebut, saya membayangkan diri saya berada dalam mesin masa yang boleh merentas masa akan datang. (ewah)
Melayan kerenah mereka berdua membuatkan saya terkenang bagaimana ummi membesarkan saya dan kakak saya sambil bekerja dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu, isteri malah bekerja sebagai akauntan.
Dari bangun tidur hingga tidur semula di malam hari, saya tak menyesal menerima pelawaan K Zaireen untuk meluangkan masa bersama mereka ni. Tipulah tak penat langsung, menjaga anak bukan satu tugasan yang mudah. Sebab tulah, Allah ciptakan wanita dengan kesabaran lebih tinggi dosnya daripada lelaki.
Terlalu banyak yang dipelajari sepanjang tempoh itu.
Saya menginsafi kegigihan seorang ibu yang bangun seawal sebelum subuh setiap hari bekerja untuk menyiapkan makanan, mengeluarkan EBM dari peti ais, menyalin EBM yang baru ke bekas, memastikan kebersihan alatan makanan untuk anak yang ditinggalkan sebelum bersiap-siap ke tempat kerja.
Saya belajar untuk memahami selera kanak-kanak ketika makan. Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tumbesaran. Kalau dah meragam tak nak makan, makan sikit dan tak habis, seorang ibu patut risau dengan perkembangan itu. Mana tahu, anak tak mahu makan sebab makanan tak sedap ke, bau tak sedap ke, tak menarik ke.. seorang ibu kena kreatif mencipta hidangan yang sedap, menarik dan yang penting berkhasiat. nak menyuap makanan pun satu cabaran lagi. Berlari-larian sambil menari-nari mengikut rentak lagu Bob the builders dan baacak-baacak untuk menyuap sesudu makanan bukan tugas yang mudah. Cabaran tu!
Dalam menguruskan anak-anak bagi wanita yang berkerjaya, amal fardi harus konsisten. Sesibuk mana pun, seorang ibu tetap perlu bermujahadah untuk bangun qiamullail, berpuasa sunat, menambah hafazan alQuran dan menambah amalan-amalan sunat. Mujahadah yang Maha Hebat tu!
Kakak-kakak senior tak putus-putus menasihatkan agar belajar menguruskan masa dengan sebaik-baiknya di ketika tidak banyak amanah terpikul di bahu. Bila saya melalui pengalaman ini, betapa bernilai dan benarnya nasihat itu. Itu belum dicerita pengorbanan seorang ibu yang diuji anaknya tidak sihat dan memerlukan rawatan intensif.
Subhanallah. No wonder "syurga di bawah telapak kaki ibu". memang hebatlah ibu-ibu ni. seorang gadis bujang yang keluar setiap malam menghadiri program atau mesyuarat, tak akan pernah sama keletihan seorang ibu yang membawa "handbag-handbag" yang banyak setiap kali ke program.
artikel bertarikh asal Januari 2012. Perap dah lama baru nak post sempena "Hari Ummi". sebenarnya setiap hari adalah Hari Ummi ^^
Khusus untuk ummi tersayang:
Semoga Allah membalas segala jasa dan curahan kasih sayang yang tak bersempadan dengan sebaik-baik balasan.
Thanks Ummi for make me strong, for never ending supports, for the eternal love. I am very proud of you.


No comments:
Post a Comment